Tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengadakan sidang akhbar bersama DAP bagi menafikan wujudnya konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian sangat mencurigakan orang Melayu dan Islam, kata mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.
Katanya, sungguhpun beliau percaya kemungkinan besar apa yang didakwa oleh penulis blog terbabit adalah tidak benar, namun “jika sesuatu itu membabitkan DAP maka tidak ada apa pun yang mustahil”.
“Orang Melayu tertanya-tanya CFM boleh sahaja memanggil mereka yang terbabit dalam persidangan yang didakwa dan menafikannya. Saya percaya Utusan Malaysia bersedia menyiarkan di muka hadapan akhbar mereka juga.
“Alangkah baik dan manisnya jika CFM mengadakan sidang akhbar bersendirian dan menafikan dakwaan jurublog-jurublog terbabit. Bukankah CFM sepatutnya kekal menjadi penaung kepada penganut Kristian tanpa kecenderungan politik kepartian?” soal Dr Khir dalam tulisan di blognya hari ini.
Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?”
Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu.
Dr Khir mendakwa orang Melayu sentiasa mencurigai DAP kerana parti itu sentiasa mengaut keuntungan politik dengan mencetuskan konflik antara kaum atau antara agama seperti mana mereka lakukan pada 1969.
“Saya percaya dalam isu Hindraf yang hampir menyembabkan konflik agama Islam- Hindu (kaum Melayu - kaum India) menjelang pilihan raya 2008 juga mempunyai tangan-tangan DAP di belakangnya.
“Jika diingat konflik Kristian - Islam ini juga cuba dicetuskan oleh sebuah parti politik pada tahun 2000 apabila mereka mendakwa seorang wakil rakyat BN beragama Kristian bertanggungjawab mengkristiankan ramai gadis Islam di selatan Kedah. Namun siasatan kemudiannya mendapati terbukti tidak benar.
“Hari ini parti lain dari Pakatan yang sama cuba mencetuskan konflik Islam - Kristian dengan mengapi-apikan kononnya Umno cuba mencetuskan kemarahan orang Islam terhadap penganut Kristian melalui Utusan Malaysia,” katanya lagi.
Menurut Dr Khir cubaan mewujudkan konflik agama sangat berbahaya bagi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
“Ia bukan sahaja berbahaya kepada keselamatan rakyat, malah kepada ekonomi negara.
“Ketika Perdana Menteri berusaha keras meningkatkan ekonomi negara ada kumpulan yang begitu berminat mencetuskan pertikaian dan konflik agar boleh meraih keuntungan politik,” katanya.
Dr Khir juga mengingatkan rakyat agar tidak lupa peristiwa perbalahan dan konflik antara kaum dan agama membabitkan kaum Serbia, Croatia dan Bosnia yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dan memecah belahkan sebuah negara.
“Jangan kerana hendak seronok berpolitik sehari dua, akhirnya menderita berabad lamanya,” akhiri tulisannya itu.
Dr Khir juga menulis secara peribadi beliau berpendapat adalah lebih baik jika Utusan tidak menjadikan kenyataan dua buah blog itu sebagai berita muka hadapan mereka.
Namun, katanya Utusan seperti akhbar lain bersaing merebut ruang iklan melalui jumlah edaran dan jualan.
“Mereka terpaksa merebut pembaca, dan kenyataan seperti itu sangat tinggi nilai beritanya kepada pembacanya,” kata Dr Khir.
Beliau seterusnya mempertahankan akhbar milik Umno itu dan mendakwa Utusan mengamalkan pemberitaan yang berimbang.
“Utusan tentulah berani menyiarkan dakwaan yang serius ini kerana ia datang dari blog yang dikenali identiti pemiliknya. Utusan hanyalah penyampai berita. Malahan tindakan Utusan menyiarkan penafian YB Jeff Ooi menunjukkan mereka mengamalkan pemberitaan yang seimbang, katanya.
Mantan menteri besar Selangor itu sebaliknya mempersalahkan akhbar-akhbar bukan berbahasa Melayu yang didakwa lebih banyak menyiarkan kenyataan menghasut, berbohong dan memfitnah terhadap pemimpin bukan dari kaum mereka.
Dakwanya lagi, dalam sesetengah akhbar itu, terdapat hasutan membenci pemimpin Melayu, menuduh rasis dan sebagainya tersiar dengan sewenang-wenangnya tanpa disiarkan kenyataan balas pun.
“Pemimpin politik dan Menteri yang mengkritik Utusan harus menyatakan apakah kerana Utusan Malaysia akhbar Melayu maka ia harus menjalani ukuran kewartawanan yang lain berbanding akhbar bukan berbahasa Melayu dan portal-portal berita anti-Umno?
“Apakah Utusan tidak boleh menyiarkan berita kontroversi tetapi akhbar lain boleh? Baca sahaja forum pembaca dan ruangan sms akhbar bukan milik orang Melayu yang kadang-kadang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Melayu dan Islam tetapi tiada pula kecaman terbuka daripada mereka ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment