Monday, May 30, 2011

Muktamar Pas: Ulama mula tercabar

Datuk Harun Taib- Ketua Dewan Ulama Pas terpaksa bersuara, bahawa bagi menghadapi Muktamar Pas yang berlangsung bermula Jumaat ini, mengingatkan perwakilan agar meneruskan tradisi parti itu, supaya Presiden dan Timbalannya daripada golongan ulama.

Dalam pertandingan Timbalan Presiden Ustaz Nasha ditentang oleh Mat Sabu (bukan ulama) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (ulama).

Melihat kepada kenyataan Harun tersebut, pilihan perwakilan Pas hanya kepada dua individu, semada mempertahankan Nasha atau memilih Tuan Ibrahim.

Pada pemilihan tahun 2009, Ustaz Nasha ditentang oleh Hussam Musa dan Mat Sabu, kedua-duanya bukan ulama, atas sebab itu ustaz Nasha menang, walaupun tidak mendapat undi popular.

Dikhabarkan dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu mendapat sokongan kuat daripada akar umbi Pas berasaskan jumlah pencalonan-walaupun jumlahnya hanya Mustapha Ali yang tahu.

Apa kah melalui muktamar Pas kali ini, pihak ulama merasa kepanasan, sehinggakan Harun Taib terpaksa membuat kenyataan? Sama-sama kita tunggu hasil muktamar itu.

No comments:

Blog Archive