Saturday, May 28, 2011

Biasiswa JPA: Jika Pakatan menang-Kuota dihapuskan

Pemberian biasiswa kepada pelajar sepatutnya berasaskan latar belakang keluarga dan pencapaian pelajar yang diberikan. Selain itu, letak sekolah di mana pelajar itu bersekolah.

Menseimbangkan antara pelajar bandar yang mempunyai ekses kepada semua kemudahan dengan cepat berbanding dengan pelajar yang bersekolah di kampung, sudah tentu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar, kerana pemilihan bukan berasaskan padang permainan yang sama.

Pelajar yang mendapat (9A+) di bandar tidak semesti lebih pandai dibanding pelajar kampung yang mendapat 9B, sebabnya seperti dikatakan di atas, padang permainan mereka berbeza, walaupun mempunyai buku teks yang serupa.

Pemberian biasiswa yang sekarang ini berasaskan kouta; 55% bumiputera dan 45% bukan bumiputera bukan menggambarkan komposisi kaum yang sebenarnya.

Sepatutnya komposisi yang tepat adalah 67% untuk kaum bumiputera dan 33% untuk bukan bumiputera.

Daripada 67% untuk bumiputera itu, 67% daripadanya dikhaskan kepada sekolah-sekolah luar bandar atas sebab para pelajar yang berasal daripada bandar, sudah tentu mempunyai keluarga yang berkampuan di banding mereka yang berada di luar bandar.

Namun cadangan ini hanya tinggal cadangan, kerana apabila Pakatan mampu merampas Puterajaya, mereka telah mecanangkan bahawa kouta akan dihapuskan.Sepertimana kata Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang PKR meminta kuota pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut kaum untuk pengajian luar negara dimansuhkan. Abas Awang yang juga bekas Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata, pemberian biasiswa mengikut kuota itu perlulah diberikan kepada penerima yang sepatutnya.

Jika kuota dihapuskan dan pemberian bisiswa berasaskan merit, telah pasti lambat laun bumiputera akan terus ketinggalan dalam dunia pendidikan yang bersifat profesional.

Pada ketika itu, bumiputera akan terus melopong dan senantiasa menjadi warga kelas ke-II, walaupun dalam negara tumpah darahnya.

Ibarat kata orang-berada dalam restoran namun masih kelaparan kerana tidak mampu membayar sekeping roti canai.

No comments:

Blog Archive