Saturday, April 02, 2011

Video sex: IGP kata video itu tulen-Benar kah lelaki dalam video itu Anwar?

Sejak Datut T mendedahkan video sex yang dikaitkan dengan Anwar pada pagi Isnin 21 meca,2011; ramai yang berteka teki, benar kah lelaki yang dirakam melakukan hubungan sex dengan pelacur wanita cina itu Anwar?

Anwar pada petang 21 Mac-telah menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya, walaupun wajah lelaki dalam rakaman itu mirip wajahnya. Alasan Anwar, bahawa lelaki yang melakukan sex itu berperut lebih buncit daripada perutnya.

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, ekoran laporan itu, pihak polis menubuhkan pasukan khas dan menyiasat aduan itu di bawah seksyen 292 CPC.

Ekoran laporan polis itu, kumpulan yang mendakawa diri mereka Datuk T telah mendedahkan identiti mereka kepada umum. Trio yang dimaksudkan adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka dan kini Pengerusi RISDA, Datuk Eskay Abdullah bekas teman rapat Anwar dan Datuk Shuib Lasim bekas senator dan kini Bendahari PERKASA.

Trio Datuk T juga telahpun disiasat oleh pasukan Khas Polis yang ditubuhkan itu dan menyerahkan rakaman asal Video Sex yang dimaksudkan dan seutas jam tangan jenama Omega kepada pihak polis.

Semalam, selepas lebih seminggu menganalisis rakaman video yang membabitkan Anwar itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah rakaman tulen. Namun, pihak polis belum mengumumkan siapa lelaki yang melakukan hubungan sex dalam rakaman itu.

Pihak penyokong Anwar serta pemimpin PKR mahukan agar pihak polis mengumumkan siapa lelaki itu.

Isu video sex yang mengemparkan ini samalah dengan isu DNA lelaki Y yang dijumpai pada anus Mohd Saiful Bukhri Azlan, selepas berteka teki, akhirnya padanan DNA Lelaki Y itu didapati ada padanan dengan barang yang digunapakai oleh Anwar semasa ditahan di lokap IPKKL pada 16 Julai,2008. Kini barang bukti tersebut telah menjadi bukti mahkamah, Sambungan sodomi II akan berlangsung pada 18 April ini.

Walaupun, ramai yang boleh menduga, bahawa lelaki dalam video sex itu, namun ramai rakyat masih menunggu pengesahan pihak polis, kerana pihak polis.

Walaupun, salah seorang Datuk T-yakni Eskay telah mendedahkan bahawa individu dalam video sex itu adalah Anwar, namun pihak polis perlu menelitinya dengan seksama termasuk pendapat pakar daripada luar negara.

Isu video sex tersebut, kini menjadi isu politik, kononnya pendedahan video tersebut adalah langkah terkahir Umno untuk mencalar imej Anwar Ibrahim. Malah pemimpin veteran Umno KULI-ikut-ikut membidas pendedahan video tersebut, kononnya pendedahan itu bukan cara islam dan bukan budaya melayu.

Bagi AYT, dalam perekembangan budaya kini, pendedahan itu bukan berkait dengan agama atau suku bangsa, namun pendedahan itu ada kaitan dengan moral seorang pemimpin. Di Amerika, semasa Bill Clinton masih Presiden Amerika, pendedahan isu sexnya yang melibatkan staff Gedung Putih-Monica lewskey juga didedahkan. Bill Clinton, hampir meletakkan jawatan kerana isu itu.

Majoriti rakyat Malaysia belum boleh menerima seorang pemimpin yang mempunyai moral jelek, apatah lagi perbuatan sex (zina) itu haram disisi agama islam.

No comments:

Blog Archive