Wednesday, April 06, 2011

Video Seks Anwar: Anwar Antara 35 Individu Dipanggil Polis

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara 35 orang yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks melibatkan pelaku yang didakwa mirip beliau.

Individu lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, ketiga-tiganya yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" dan yang mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan.

Acryl Sani berkata keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".

"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Acryl Sani berkata polis akan memanggil dua atau tiga lagi individu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Acryl Sani berkata kertas siasatan kes berkenaan kini telah siap 95 peratus dan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video itu adalah tulen.

Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Blog Archive