Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai pandangan yang disuarakan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kewibawaannya sebagai seorang pemimpin.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau tiada masa untuk menonton temubual eksklusif Raja Petra dengan TV3.
Dalam wawancara yang disiarkan malam Khamis, Raja Petra berkata Anwar telah hilang kewibawaan apabila beliau gagal mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008 seperti yang dijanjikannya.
Mengenai video seks yang didakwa memaparkan aksi seorang pemimpin pembangkang, Lim berkata: "Biar saya tonton video itu dahulu, kemudian baru saya beri ulasan".

No comments:
Post a Comment