Wednesday, March 23, 2011

Video Lucah: Datuk T boleh dipenjara dibawah seksyen 292 CPC

Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi Selasa.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara pada pagi Isnin.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata semalam, bahawa dia tidak bersedia menyerahkan pita video itu kepada baik kepada polis atau pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini sepertimana dijanjikan.

No comments:

Blog Archive