Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggugurkan tiga barangan yang diambil dari sel tempat ketua pembangkang itu ditahan sebagai bukti.
Yusof, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan mahkamah rayuan dan persekutuan sebelum ini mengenai barang bukti yang sama. Dua mahkmah itu mrmbuat keputusan "atas dasar ia adalah perkara interlokutori dan bukan dalam bidang defisini sesuatu keputusan pada hujung perbicaraan."
Pagi tadi, mahkamah memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.
"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.
Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima dan memerintahkan barang-barang berkenaan diketepikan.
Ketiga-tiga barang berkenaan diperoleh daripada lokap bahagian jenayah berat ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.
Anwar ditahan di lokap itu semalaman sehari sebelumnya.
Sehubungan keputusan itu, Yusof berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Apakah kesudahan kes sodomi II Anwar ini? Apakah pihak mahkamah akan memutuskan agar Anwar secara sukarela memberikan sampel DNAnya? Jika Anwar ingkar.. apakah tindakan mahkamah seterusnya?
Yang jelas keputusan Hakim ini menolak barang bukti yang diperoleh bukan secara sukarela, menjadi BENCKMARK, perkara yang sama akan datang. Akibatnya, pihak polis akan mengalami tugas yang berat selepas ini.

No comments:
Post a Comment