Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man didakwa tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online sebagai berkata, jika benar dakwaan itu, ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walaupun dengan menggunakan nama isterinya.
“Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Tuan Ibrahim (gambar) patut membela rakyat bukannya mengambil kesempatan,” katanya kepada Utusan.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam beberapa blog yang mendakwa Tuan Ibrahim yang juga pengarah jentera pilihan raya PAS di Kerdau, membeli tanah dengan menggunakan nama isterinya daripada peneroka.
Ismail Sabri berkata, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan pemimpin PAS seperti `cakap lain buat lain'.
“Sewaktu peneroka Felda tersepit kita sepatutnya membantu mereka, bukannya mengambil kesempatan, tindakan itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk jualan secara paksa,” katanya.
Utusan Malaysia Online juga memetik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai berkata pihaknya akan menyiasat tentang dakwaan itu.
Desas-desus pembelian tanah tersebut mula ditimbulkan oleh beberapa blog sejak beberapa hari lalu.
Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.
Ia, katanya, bagi melindungi kepentingan warga peneroka Felda.

No comments:
Post a Comment