Wednesday, March 23, 2011

Anwar tuduh Hakim Mohd Zabidien Mohd Dia ditekan! Siapa yang tekan?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur- Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menarik keputusannya dalam TWT berhubung barang bukti yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan reman pada 16 Julai,2008.

Menurut Hakim, keputusan TWT terpaksa disemak, atas sebab penahanan Anwar adalah sah disisi undang-undang.

Mendengar keputusan tersebut hari ini, OKT Anwar menuduh bahawa Hakim terpaksa menyemak semula keputusannya, kerana Hakim itu dalam keadaan tertekan, daripada pihak DS Najib.

Berasaskan kepada keputusan Hakim tersebut, maka tiga barang bukti-sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala good morning dan sebotol kecil air berjenama cactus, diterima sebagai barang bukti mahkamah.

Pada tiga barang bukti tersebut, telah dikenalpasti bahawa DNA Lelaki Y yang dijumpai pada anus Saiful, adalah sepadan dengan DNA yang dijumpai pada tiga barang bukti tersebut.

Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun,2008 di sebuah kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Anwar dituduh dibawah 377B CPC, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun dan sebatan.

Esok, pihak pendakwaan akan memanggil ahli kimia Dr Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan untuk mengemukakan tiga barang tersebut.

No comments:

Blog Archive