TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam memberi amaran kepada pemimpin pembangkang supaya ‘tidak bermain dengan api’ atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan parti pembangkang itu sengaja mahu menimbulkan huru-hara dan juga bertujuan memporak-perandakan kerajaan, menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat.
Katanya, ia juga menunjukkan perbuatan tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab pembangkang jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara di rantau berkenaan yang sedang berdepan pergolakan politik.
"Tujuan mereka hanya untuk membuat porak-peranda...mereka lebih seronok kalau negara ini hancur, ada krisis atau pertembungan antara kaum, sebab itu mereka nak membuat provokasi.
"Saya nak bagi amaran jangan bermain dengan api yang bahaya. Ini provokasi pembangkang. Bagi saya ianya tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu mencetus huru-hara sedangkan semua orang tahu...pemberita pun tahu bahawa situasi negara ini aman, makmur dan membangun dengan pesat.
"Rakyat juga sedang menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara berkenaan," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Badok, di sini, semalam.
Muhyiddin sebelum itu turut solat Jumaat di Masjid Kampung Badok bersama penduduk tempatan. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Rodzuan Zaaba dan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Muhyiddin berkata, menteri Kabinet sudah diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah mereka pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang cuba menghasut rakyat dengan mengadakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan seperti berlaku di Asia Barat.
Beliau berkata, pembangkang sepatutnya membuat perbandingan dengan jujur dan tepat.
"Sebaliknya, mereka bukan buat perbandingan yang betul. Apatah lagi bila nak buat provokasi...macam main dengan api supaya rakyat bangkit menentang kerajaan sedangkan situasi di sini tidak begitu.
"Rakyat sendiri tidak ada perasaan sedemikian sehingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara kerana mereka menghargai keamanan dan rakyat tahu ada saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan pandangan dan perkara yang perlu diberi perhatian kerajaan," katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan BN sentiasa mengamalkan sistem demokrasi yang segar apabila setiap lima tahun sekali diadakan pilihan raya umum.
"Ini sudah cukup membuktikan negara ini negara demokratik, bukannya mengamalkan autokrasi, diktatorial. Jika pembangkang mahu membandingkan Presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, sebenarnya tidak boleh buat perbandingan.
"Dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, ada kalanya BN menang dan ada juga kita kalah dan keadaan sama berlaku kepada pembangkang, " katanya.
Ditanya tindakan kerajaan untuk menangani perkara berkenaan, Muhyiddin berkata, negara ini mempunyai sistem undang-undang keselamatan bagi memastikan perkara berkenaan tidak semakin buruk.
Sementara itu di MERLIMAU, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengesan gerakan dipercayai didalangi pembangkang yang cuba menimbulkan kekacauan. (Berita Harian)

No comments:
Post a Comment