Saturday, February 26, 2011

Kalau semua surat khabar berbahasa melayu tutup-rakyat akan sokong Pas: Hadi Awang

LAGi-LAGI surat khabar berbahasa melayu jadi sasaran Presiden PAS Datuk Hadi Awang.

Surat khabar berbahasa melayu (Harakah tidak??? suara keadilan??) di negara ini kata presiden Pas itu hanya memperbodohkan orang melayu-kerana sifat itu-maka orang melayu tidak tergamak menyokong Pas.

Perlu diingatkan bahawa pembaca surat khabar adalah mereka yang waras fikiran, tahu membezakan mana yang benar mana yang salah. Mereka tahu mengambil keputusan mana yang perlu disokong dan mana yang tidak. Pembaca tahu menilai mana yang benar dan mana yang palsu. Pembaca tahu mana yang retorik dan mana yang serius.

Dalam situasi terbuka abad ini-surat khabar cetakan bukan lagi boleh dikatakan boleh mempengaruhi mentaliti rakyat-sebaliknya-dunia siberlah yang banyak mempengaruhi tindakan, keputusan dan pilihan.

Rakyat kini boleh dikatakan rakyat berpendidikan, telah celik ilmu, celik IT, jadi tidak benarlah bahawa sokongan yang kurang daripada kaum melayu terhadap PAS disebabkan oleh surat khabar berbahasa melayu.

Rakyat menyokong sesuatu parti bukan kerana pengaruh surat khabar, akan tetapi sumbangan parti itu kepada rakyat.

Bagaimana rakyat boleh menyokong Pas, jika negeri yang ditadbirnya pun bukan betambah maju malah bertambah mundur. Kelantan misalnya-sebahagian besar pembangunan di negeri itu adalah atas ikhsan Barisnal Nasional, demikian juga negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan-misalnya Pulau Pinang dan Selangor-sebahagian besar pembangunan di negeri-negeri itu adalah ikhsan kerajaan barisan nasional.

Berasas kepada keadaan ini, rakyat telah bijak memilih mana satu yang perlu disokong. Rakyat melihat kepada kenyataan bukan retorik atau janji-janji kosong. Kurangnya sokongan kaum melayu terhadap Pas bukan kerana surat khabar berbahasa melayu, akan tetapi rakyat tahu bahawa Pas tidak mempunyai kemampuan..

No comments:

Blog Archive