Thursday, August 26, 2010

PAS-DAP hanya kawan sementara

Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, atas sebab itu, Pas-Dap tidak akan kekal lama. Walaupun ikatan dua parti itu masih bertahan (telah dua tahun), namun disebabkan isu negara islam dan Hudud, maka di masa depan dua parti itu akan berpisah.

Pas terpaksa melaungkan isu negara islam-hudud untuk mengekalkan sokongan penyokong taksubnya, dilain pihak secara zahirnya Pas tidak akan melaksanakan konsep itu. Bagi AYT Pas tidak serius untuk melaksanakannya dan ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.

Desakan PAS agar supaya DAP menerima hudud menjadi perbalahan teruk antara DAP dan PAS.

Dakwaan Nik Aziz bahawa Karpal Singh hanya bersendirian menolak negara islam-hudud, ditempelak oleh Lim Kit Siang sendiri.

Sebabnya adalah kedua-dua parti itu berlainan ideologi. Kerjasama dua parti itu bukan berasas pemerintahan namun hanya berasas politik.

PAS sebelum ini meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Pas tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Namun Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tetap menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama PR.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Minggu lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

No comments:

Blog Archive