Monday, August 30, 2010

Jangan ganggu Singa Sarawak

Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik tanah air berkocak sedikit dan ramai yang menghadaikan bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.

Sehari setelah Taib menzahirkan bahawa jika beliau tidak diperlukan lagi, maka Ketua Menteri Sarawak tersebut bersedia mengundurkan diri; disambut oleh kenyataan Setiauasaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor, bahawa BN-Sarawak akan tetap milik BN tanpa Taib. Malah Adnan menambah, ketiadaan Taib tidak membawa kesan langsung kepada kekuatan BN Sarawak.

Kenyataan Adnan Mansor itu hanya berasaskan persepsi, bagi AYT tanpa Taib BN-Sarawak dalam keadaan limbo.

Sitauasi Sarawak berlainan dengan di Semenanjung, situasi Sarawak berasaskan kepimpinan in-situ.

Pada PRU-12 yang lalu tiada yang menyangka bahawa kedudukkan BN Semenanjung akan mengalami tsunami politik, termasuk Tengku Adnan Mansor sendiri. Pada ketika itu, ramai pemimpin kanan BN, malah berhujah, keputusan PRU-12 akan lebih baik dibanding keputusan PRU-11. Namun, keputusannya adalah sebaliknya. Negeri kaya seperti Selangor tumbang, diikuti Pulau Pinang, Perak, Kedah dan sudah tentu Kelantan kubu kuat Tok Guru Nik Aziz.

Untuk itu adalah lebih baik para pemimpin Semenanjung memberi perhatian yang lebih kepada sitausi politik di Semenanjung dibanding ikut campur percaturan politik di Sarawak. Bagi AYT, biarkan rakyat Sarawak menyelesaikan hala tuju mereka dalam politik nasional.

Apa yang diragui kepada kepimpinan Sarawak? Mereka telah membuktikan sejak merdeka lagi, bahawa perjuangan mereka adalah untuk memelihara dan memastikan kerajaan BN senantiasa menang dan menerajui kerajaan.

Bagi AYT adalah lebih elok agar pemimpin seperti Tengku Adnan Mansor menyusun strategi yang jitu bagi menawan semula negeri-negeri yang dirampas oleh Pembangkang.

Menurut pemantuan hingga ke saat ini, adalah terlalu sukar bagi BN merampas negeri-negeri yang dirampas pembangkang. Malah pada PRU-13 akan datang, negeri Perlis akan ikut tumbang, Terengganu masih dalam kedudukan 50:50, manakala Perak akan ditawan semula oleh Pembangkang.

Negeri-negeri yang diperkirakan masih selamat bagi BN adalah Johor, Melaka, Negeri sembilan (kehilangan 2/3 majoriti)dan Pahang negeri Perdana Menteri sendiri.

Pada PRU-13 akan datang untung nasib kerajaan BN adalah terletak kepada negeri Sarawak dan Sabah, di mana 2 negeri Malaysia Timur tersebut sekurang-kurang boleh menyumbang 55 kerusi parlimen.

Jumlah kerusi parlimen bagi seluruh negara adalah 222, jika Sabah dan Sarawak menyumbang kerusi 55 parlimen, maka negeri-negeri di Semenanjung hanya perlu menyumbang 57 kerusi parlimen dengan itu BN masih menubuhkan kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

PRU-13 adalah survival bagi BN dan Pakatan; mana partipun yang membentuk kerajaan selepas itu akan menentukan hala tuju politik negara ini.

Atas dasar itu, Singa Sarawak dalam hal ini Pehin Seri Taib Mahmud jangan diganggu. Biarkan pemimpin ulung Sarawak itu mencaturkan masa depan Sarawak dalam percaturan politik nasional. AYT sangat yakin dengan seyakin-yakinnya, bahawa Taib adalah pejuang unggul BN hingga ke akhir hayat.

No comments:

Blog Archive