Thursday, August 26, 2010

Biarkan Rakyat Sarawak Tentukan Nasib Taib Mahmud

Biarkan rakyat Sarawak tentukan nasib Taib Mahmud. Meskipun PBB dimana Tiab adalah presidennya adalah komponen BN dan penentuan calon adalah tergantung restu pengerusi BN, dalam hal ini Perdana menteri, AYT mengsyorkan agar nasib Taib Mahmud ditentukan oleh partinya sendiri.

Bagi UMNO janganlah ikut campur dalam penentuan calon-calon parti kompnen lain khususnya Sarawak, kerana sentimen dalam komponen parti BN adalah berlainan.

Taib 2 hari lalu di Kuching telah membayangkan bahawa jika khidmatnya tidak diperlukan, maka beliau bersedia berundur diri.

Perlu diingat, Taib masih lagi Presiden PBB parti komponen BN-Sarawak yang terbesar. Samalah kedudukkan dengan Umno di peringkat nasional. Adalah tidak logik presiden sebuah parti dominan, tidak mengetuai partinya dalam pilihanraya.

Oleh itu sebarang komen mengenai isyarat Taib itu terutama daripada Umno perlu lah dikekang, agar supaya tidak kelihatan, bahawa Umno meengekang pimpinan komponen parti dalam BN.

Para pemimpin Umno jangan terlalu yakin, bahawa BN-Sarawak akan menang tanpa Taib. Taib merupakan pemimpin ulung negeri Sarawak.

Jangan lah termakan isu pembangkang, kononnya kehadiran Taib akan membawa bencana kepada BN. Sebenarnya kehadiran Taiblah yang mengerunkan pihak pembangkang.

Kenyataan Setiausaha Agong Umno Adnan Mansor semalam semasa mengulas isyarat Taib mahmud itu bahawa keputusan Taib berundur LANGSUNG TIDAK AKAN MENJEJASKAN PELUANG BN adalah kenyataan yang mengelirukan dan langsung tidak menghormati Taib sebagai pemimpin Sarawak lebih 30 tahun.

Kepada Adnan janganlah terlalu angkuh mengatakan bahawa rakyat Sarawak akan terus mengundi BN tanpa Taib.

Ingat sejarah parti Berjaya Sabah pada tahun 1985. Sebelum pilihanraya Sabah tahun 1985, Perdana Menteri masa itu Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa beliu bersedia "sink and swim with berjaya" dan merasa yakin bahawa rakyat Sabah akan terus menyokong parti Berjaya- ekoran dipecatnya Pairin Kitingan daripada parti itu.

Umum mengetahui bahawa pada PRU-Sabah itu telah kecundang dengan teruk sekali.

Diingatkan jangan berulang peristiwa Sabah itu. Oleh itu, biarkan lah rakyat Sarawak menentukan nasib Ketua Menterinya sendiri.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Dalam perkembangan mengenai isu tersebut Tengku Adnan menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan.

Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, "ADA PEMIMPIN LAIN" yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

No comments:

Blog Archive