Tuesday, June 15, 2010

Salah Kah Kalau Melayu Bangkit?

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pihak tertentu yang mengaitkan perhimpunan 'Melayu Bangkit' - yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu - dengan perkauman sehingga mendorong ia ditangguhkan.

Katanya tindakan tersebut seolah-olah melupakan sejarah yang seterusnya menyebabkan mereka "mengulangi kesalahan yang sama berkali-kali".

"(Perhimpunan sebegini) bukan hendak rampas hak bangsa lain. Melayu ini amat pemurah. Kita memberikan tempat dan kerakyatan serta terima orang lain sebagai warganegara, tidak seperti di negara lain di mana Orang Asli dan bumiputeranya tidak sanggup memberikannya," katanya.

Berucap dalam perhimpunan anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu , Dr Mahathir turut menyatakan pendapatnya bahawa tragedi rusuhan kaum pada tahun 1969 itu berlaku bukan sahaja disebabkan oleh perbezaaan warna kulit.

"Sebab itu 13 Mei menjadi contoh perpisahan (pemecahan) kaum, ditokok tambah dengan perpisahan (ekonomi) antaranya yang kaya dengan yang miskin," katanya sambil menyifatkanya fenomena itu sebagai 'peperangan antara kelas'.

Setelah ditangguhkan hampir sebulan perhimpunan Melayu Bangkit ditangguhkan, Dr Mahathir hari ini tampil berucap dalam majlis itu, antaranya menegaskan keperluan orang Melayu bersatu supaya tidak menjadi golongan minoriti, sekali gus tidak lagi berkuasa di negara ini.

Katanya, berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana orang Melayu 100 peratus bangun menentang Malayan Union - yang kemudiannya melahirkan Umno - orang Melayu kini berpecah kepada tiga parti.

"(Melayu terbahagi kepada) 20 peratus setiap parti yang lawan sesama sendiri. Ini menjadikan kita sebagai minoriti," katanya merujuk kepada parti yang didominasi orang Melayu, iaitu Umno, PAS dan PKR.

Bercakap di harapan kira-kira 1,000 orang awam dan aktivis daripada 45 NGO di seluruh Terengganu, Dr Mahathir menyeru orang Melayu berubah sebelum negara ini menjadi seperti Singapura di mana kaum itu kini hanya 15 peratus sahaja daripada populasi rakyatnya.

"Melayu di Singapura terbongkok-bongkok di hadapan orang lain," katanya.

"Orang kata bercakap mengenai Melayu ini rasis. Mulanya saya cuba elak bercakap tentang Melayu tetapi saya tak dapat (lakukannya).

"(Keadaan) Melayu sebagai penduduk asal sekarang dalam krisis, genting dan cemas."

No comments:

Blog Archive