Showing posts with label post prk sibu sarawak. Show all posts
Showing posts with label post prk sibu sarawak. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Pakatan Menang P212 SIBU Ibarat Kera Mendapat Bunga

BUKAN main riuhnya Pakatan apabila diumumkan menang. Kelebihan 398 undi bukan besar sangat, namun perlakuan para pemimpinnya terutama Anwar Ibrahim seperti kera mendapat bunga.

BN Kalah tidak ada pengaruhnya terhadap kedudukkan BN baik Pusat mahupun negeri. Sepatutnya Pakatan lebih kecoh kerana, dalam masa singkat telah kehilngan beberapa kerusi dewan rakyat dan dewan negeri.

Kepada Anwar dan Lim Kit Siang, jangan anggap bahawa kemenang di P212 Sibu merupakan pengakhir kepada segala-galanya. BN kalah di Sibu, hanya BN gagal mendapat separuh daripada sokongan kaum cina, sepertimana lazimnya pada setiap pilihanraya di kawasan tersebut.

Kali ini BN agak lalai dalam menghadapi cara kempen Pakatan yang bercorak baru. Mereka menjadikan medan kempen sebagai medan hiburan dengan para peghibur semasa kempen. Cara ini menarik golongan muda untuk hadir, yang pada mulanya datang untuk berhibur, akan tetapi masa itu diselitkan dengan kempen, maka bagi pemuda yang masih atas pagar, bukan lah satu perkara luarbiasa jika mereka memangkah DAP.

Kempen BN semasa PRK Sibu cukup kewalahan berhadapan dengan kempen agresif Pakatan, kempener BN belum siap sedia menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan pantas dan jitu. Seperti komentar DS Najib, cara kempen BN masih ditakok lama.

Penolakan pengiundi terutama kaum cina terhadap BN adalah berasaskan isu setempat, bukan berasas isu di peringkat pusat mahupun negeri.

Para pengundi terutama kaum cina, mahu, bahawa selama 2 tahun ini, DAP mengetengahkan masalah mereka di peringkat nasional kerana selama ini masalah mereka itu hanya berputar-putar di kawasan Sibu sahaja.

Mantan MP mendiang Robert Lau, telah berjaya menyimpan baik-baik isu tempatan, sehinggakan isu-isu seperti masalah banjir, hanya diketahui sepenuhnya semasa kempen PRK Sibu.

Para pengundi Sibu, hanya mahu masalah mereka diketahui dan diselesaikan.

Kemenangan DAP di Sibu bukan perkara luarbiasa. Sebelum inipun parti itu telah menang di Sibu mengalahkan pemimpin Gaint SUPP Datuk Wong Sung Kai pada tahun 80-an. Namun kemenangan itu hanya boleh bertahan hanya sepenggal. Tahun 1990 kawasan Sibu dimenangi semula oleh BN.

Para penganalisis yang pro Pakatan mengatakan bahawa kekalahan BN di Sibu adalah faktor Taib Mahmud. Menangnya DAP menunjukkan Tusnami politik telah sampai di pantai Sarawak, sehinggakan mereka mendakwa bahawa Sarawak dan Sabah bukan lagi FIXED Deposit BN. Mereka tersilap, sebelum PRU-12 pun, pada PRU negeri, DAP, PKR termasuk Pengerusi DAP negeri yang baru sahaja menang parlimen P212 Sibu telah menang dalam pilihanraya negeri. Namun, pada PRU-12, tidak pun berlaku tusnami poltik di negeri Sarawak.

Kepada Anwar dan Lim Kit Siang, jangan lah anggap kemenangan P212 Sibu satu petanda, kerana kawasan P212 bukan mewakili persepsi secara keseluruhan penduduk akar umbi Sarawak dan Sabah. Kepada Pakatan.. bermimpi lah ..sepuas-puasnya.. Pada PRU-13 akan datang.. Sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan tetap BN.

Selain itu Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan kepada parti komponen kaum Cina dalam BN.

Parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN.

Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.

Sejak Mac 2008, nampaknya sokongan kaum cina kepada DAP telah meningkat. Faktor ini merupakan penyumbang kepada kekalahan BN di Sibu.

Kaum cina merasakan bahawa DAP telah membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang.

Selain itu mereka juga termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri.

Para pengundi Sibu belum mengenali Anwar secara dekat, oleh sebab itu mereka termakan apa yang diucapkan oleh pemimpin Umum PKR itu.

Mereka juga tidak mengetahui bahawa ketua pembangkang bijak menaburkan janjinya yang berlainan mengikut kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India demi kepentingannya.

Keputusan PRK Sibu bukan lah menggambarkan keputusan penerimaan secara umum oleh penduduk akar umbi Sabah dan Sarawak. Keputusan PRK Sibu adalah keputusan terpencil, yang berkait rapat dengan isu tempatan.

Kekalahan BN kerana faktor calon yang tidak disukai penduduk kerana faktor monopoli perniagaan keluarga LAU. Selain itu, isu-isu tempatan yang gagal diselesaikan oleh mendiang Robert Lau, juga menyumbang kepada kekalahan BN.

Perlu diingat juga, bahawa sebelum ini pun kawasan Sibu pernah dimenangi oleh DAP dengan mengalahkan pemimpin utama SUPP Datuk Wong Song Kai. Namun, sejak tahun 1990 sehingga 9 April lalu, kawasan Sibu telah diwakili BN.

Bagi pemimpin Pakatan, jangan dulu mendabik dada, adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. BN akan berkerja keras untuk merampas P212 Sibu pada PRU-13 akan datang.

Tuesday, May 18, 2010

Cina Jadi Ketua Menteri Sarawak Kalau Pakatan Menang

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan kepada parti komponen kaum Cina dalam BN.

Parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN.

Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.

Sejak Mac 2008, nampaknya sokongan kaum cina kepada DAP telah meningkat. Faktor ini merupakan penyumbang kepada kekalahan BN di Sibu.

Kaum cina merasakan bahawa DAP telah membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang.

Selain itu mereka juga termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri.

Para pengundi Sibu belum mengenali Anwar secara dekat, oleh sebab itu mereka termakan apa yang diucapkan oleh pemimpin Umum PKR itu.

Mereka juga tidak mengetahui bahawa ketua pembangkang bijak menaburkan janjinya yang berlainan mengikut kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India demi kepentingannya.

Keputusan PRK Sibu bukan lah menggambarkan keputusan penerimaan secara umum oleh penduduk akar umbi Sabah dan Sarawak. Keputusan PRK Sibu adalah keputusan terpencil, yang berkait rapat dengan isu tempatan.

Kekalahan BN kerana faktor calon yang tidak disukai penduduk kerana faktor monopoli perniagaan keluarga LAU. Selain itu, isu-isu tempatan yang gagal diselesaikan oleh mendiang Robert Lau, juga menyumbang kepada kekalahan BN.

Perlu diingat juga, bahawa sebelum ini pun kawasan Sibu pernah dimenangi oleh DAP dengan mengalahkan pemimpin utama SUPP Datuk Wong Song Kai. Namun, sejak tahun 1990 sehingga 9 April lalu, kawasan Sibu telah diwakili BN.

Bagi pemimpin Pakatan, jangan dulu mendabik dada, adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. BN akan berkerja keras untuk merampas P212 Sibu pada PRU-13 akan datang.

Jangan Panik Sebab BN Kalah Di Sibu

Konsep 1Malaysia Najib masih belum mampu untuk menambat hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu dan Cina di Sibu.Benar Kah? atau kah sebab lain.

Penduduk Sibu majoritinya terdiri daripada kaum cina keturunan foochow dan kebanyakan menganut agama kristian.

Kempen DAP yang membangkitkan isu penggunaan Allah, ternyata mengena, dibanding isu pembangunan ala bomba oleh BN.

Dalam pilihan raya kecil itu, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi.

Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Lagipun, pengundi Sibu berpendapat, apapun keputusan PRK Sibu, tidak bererti apa-apa pada kerajaan Bn. Menang atau kalah tetap sama. Namun, mereka mendapat iktibar di beberapa PRK yang lalu, bahawa BN tetap menunaikan janji walaupun BN kalah pada kawasan-kawasan tertentu.

Bagi penduduk Sibu, kemenangan atau kekalahan BN tidak signifikan bagi mereka, namun kekalahan merupakan faktor pembangkit kepada pemimpin Bn untuk membangun kawasan mereka.

Bagi pemimpin BN jangan panik. Jangan salahkan Taib Mahmud atau Najib atau Muhyiddin, kerana kekalahan BN. Sentimen semasa perlu diambilkira. Tetapi yang jelas, kekalahan BN kerana faktor calon. Calon yang diplih adalah calon yang tidak disukai, kerana faktor monopoli perniagaan. Kelaurga LAU adalah kelaurga peniaga yang memonopoli peniagaan di bandar Sibu.

Pemimpin Pusat Perlu Selesaikan Segera Masalah Sabah dan Sarawak Jika Mahu 2 Negeri ITU FIXED Deposit BN

BAGI pengundi Sabah dan Sarawak isu pemimpin LAMA atau Baru bukan faktor penentu kemenangan pilihanraya. Yang menjadi penentu adalah pembelaan kepada mereka. Apa kah janji-janji telah ditunaikan. Apa kah hak sebagai warganegara tidak diabaikan. Apa kah keperluan asas mereka disediakan.

Penduduk Sabah dan Sarawak terutama pribumi adalah rakyat yang berdikari. Mereka hidup walaupun kais pagi makan pagi,namun tetap meneruskan hidup. Keperluan asas mereka sebagai warga negara merdeka, walaupun diabaikan puluhan tahun, tetap memberi sokongan kepada kepimpinan negara yang berteraskan pribumi.

Disebabkan tidak bersuara ini lah, para pemimpin yang diberi kepercayaan dan amanah telah alfa kepada mereka. Saban hari mereka terbaca di dada-dada akhbar, TV dan internet, bahawa bantuan menurah-curah kepada kaum yang bukan asal, yang mana telahpun maju, menikmati semua keperluan asas, menikamti kek kemajuan negara, namun bantuan demi bantuan tetap dicurahkan kepada mereka.

Kaum pribumi bukan tiada keluhan, bukan tiada rintihan,namun semuanya hanya bisa keluar dari mulut yang tidak berbisa, tidak bertaring, kerana keluhan tersebut hanya berkisar di kawasan kampung yang nun terpencil. Lain lah dengan keluhan kaum bukan asal yang telah maju, sebaik sahaja keluhan terfikir, maka keluhan tersebut terus sampai kepada teliga orang-orang tertentu yang mempertahankan jawatan dan kuasa. Akhirnya berlumba-lumba lah orang-orang yang mabuk kuasa ini memberi segala bantuan, segala gula-gula demi menarik sokongan sekaligus menutup mulut. Mulut tempayan boleh ditutup, namun bangkai gajah tetap ternganga, sukar ditutup, malah bantuan dan tutup mulut menjadi senjata makan tuan.

Projek konon di umumkan di Sabah dan Sarawak. Memang benar projek dilaksana di Sabah dan Sarawak, namun semakin banyak projek mengalir ke negeri-negeri ini semakin miskin pula penduduknya. Sebabnya duit projek bukan berlegar-legar di negar1-negeri ini, namun berlegar-legar di KLCC, Pavilon, Mega Mall, malah Singapura atau Bangkok.

Orang Sabah dan Sarawak masih mentah bersiang dengan saudara-saudara daripada Semenjanung dalam soal urus mengurus projek, kerana itu di setiap segi, mereka senantiasa kalah bersaing. Contohnya, bekalan makanan ke asrama sekolah berasramapun, kontraktor asal negeri ini tidak mampu bersaing, yang dapat memang berkad pengenalan Sabah atau Sarawak, namun siapa di belakang mereka.Apa tak lagi projek besar! jauh ikan dari api.

Melalui keputusan PRK SIBU Sarawak, ramai para pemimpin terutama daripada Semenanjung mengatakan bahawa kekalahan calon BN kerana faktor Pehin Seri Taib Mahmud. Namun mereka lupa, bahawa melalui PRK itu, para pemimpin Sarawak tidak diberi peranan, malah dianggap sebagai penumpang.

Para pemimpin ini lupa hakikat, bahawa semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri, walaupun telah berkuasa lebih 20 tahun,namun pada PRU 1999, BN tetap menang 2/3 kerusi dewan rakyat. Tun Abdullah hanya berkuasa kurang 5 tahun, namun apa yang terjadi pada PRU-12, BN hampir kecundang.

Jangan sandarkan kekalahan kepada individu tertentu, tanya apa penyebab kekalahan itu secara makro atau keseluruhan.

Kalau lah para pemimpin BN Pusat berani, cuba arah Pehin Seri Taib Mahmud bersara bukan kerana kehendak Taib sendiri dan pilih lah pemimpin baru yang lead Sarawak.AYT dapat bayangkan, Sarawak akan dikuasai oleh pembangkang secara keseluruhannya.

Jangan fikir jauh-jauh. Apabila keputusan PRU-12 diumumkan,BN kehilangan 2/3 kerusi dewan rakyat, dan berjatuhannya negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, maka yang jadi sasaran adalah Tun Abdullah. Mukhriz Mahathir adalah orang pertama meminta Pak Lah berundur. Apabila Pak Lah berundur, perubahan sokongan rakyat tidak juga berubah. Fakta dapat di lihat melalui PRK, daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU-12, hanya 3 kawasan yang dimenangi BN.

AYT merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN terutama para pemimpinnya.Sifat sebahagian para pemimpinnya yang masih berlagak dan sombong adalah sifat yang memuakkan dan membosankan. Walaupun tidak semuanya para pemimpin BN demikian, namun kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Jika keputusan PRK Sibu diambilkira AYT merasakan samada pimpinan Umno/BN terima atau tidak kekalahan ini adalah tidak penting. Samada BN mahu menunaikan pelbagai janji yang telah pun ditabur kepada pengundi di Sibu adalah urusan lain.

Bagi AYT yang penting adalah hakikat perkembangan baru politik telah berlaku.Rakyat dan pengundi tidak lagi mampu digula-gulakan. Pengundi bertindak dengan maklmat. Media baru memerdekakan mereka. Pemberian saat saat akhir meskipun berjumlah jutaan ringgit tidak akan dinilai oleh rakyat/pengundi. Mungkin mereka mengambil segala pemberian tetapi mereka tidak jamin akan memberi undi kepada si pemberi kalau pun mereka itu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Ini jelas telah disaksikan di Hulu Selangor meskipun tidak merata kepada semua kaum etnik. Kaum Cina lebih tegas dari orang Melayu atau India disegi ini. Kelompok pengundi bandar atau pinggir bandar atau lebih tepat lagi yang memilikki maklumat dan informasi, lebih tegas pendirian mereka tentang hal ini.

Mereka menolak cubaan ‘merasuah’ mereka di saat-saat akhir. Mendapat 48 peratus undi bukan satu perkara mudah apatah lagi berdepan dengan sogokan lebih RM 100 juta. RM 3 juta SRJK (C) di Rasa Hulu Selangor dan RM 5juta di Rejang Park di Sibu akan terpahat sebagai tanda aras kekebalan pengundi dalam Politik Baru.

PRK Sibu sekali lagi menunjukkan fenomena kesedaran yang sama. Peningkatan undi kepada calon DAP bukan sahaja disaksikan di kalangan pengundi Cina, bahkan di kalangan Melayu-Melanau, walaupun sedikit. Mereka mula mengerti akan nilai-nilai keadilan dan kesaksaman. Mereka celik dengan gelagat pimpinan yang membolot kekayaan negeri. Mereka juga tidak mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dan ancaman.

Menakutkan pengundi Cina dengan negara Islam juga tidak semudah itu ditelan mereka. Bogey atau hantu itu tidak lagi mereka terima seperti zaman silam.

Kini rakyat tahu bahawa masalah utama mereka tidak kian selesai sebab pemimpin tidak peduli dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau di Sibu jelasnya ialah masalah banjir, tanah, kemiskinan dan pekerjaan untuk golongan remaja.

Mereka telah sedar bahawa negeri mereka kaya tetapi mereka tetap miskin sementara pemimpin membolot kekayaan. Apabila gelombang Politik Baru sudah terbudaya dan capaian maklumat telah mula menular, tidak ada cara lagi gelagat buruk pemimpin mampu diselindungi dengan akta atau undang-undang.

Di Sibu amat mudah Pakatan dan DAP berkempen. Satu undi untuk SUPP adalah satu undi untuk TAIB. Bukan sahaja orang Cina suka dan faham slogan DAP ini, ia juga difahami oleh kelompok Melayu-Melanau yang sedang mengalami ‘pencerahan’ akibat dari terdedah kepada maklumat dan Media Baru. Melayu-Melanau mengalami sedikit peningkatan undi. Malangya Iban masih ditakok lama.

Apabila DAP menang di Sibu, meskipun tipis yakni 398 undi sahaja, ia tetap merupakan isyarat bahawa PRU ke-13 akan bakal menyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarah politik pilihanraya. Kita akan saksikan ‘prelude’ atau muqaddimahnya dalam pilihnaraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah ‘fixed deposit’ BN yang sukar ditembusi dahulu.

Sebaliknya, Hulu Selangor dan Sibu membuktikan bahawa pola sistem 2-parti dan Koalisi semakin diperkasa yang sekaligus juga memperkasakan rakyat selaku pemilik utama kuasa di negara ini. Pimpinan BN masih belum faham fenomena gelombang Politik Baru ini dan masih dalam penafian untuk menerima realiti ‘sistem 2-parti-koalisi’ sejak Mac 2008.

Mereka boleh menyalahkan pelbagai pihak termasuk calon dan jentera serta slogan yang tidak kreatif semacamana yang Najib kata dan lakukan post-mortem kekalahan mereka sehingga ke peringkat mikro. SUPP mendakwa mereka tak tahu mengapa pengundi tolak mereka. Malang. Mungkin Ketua Menterinya pun tak tahu kenapa BN kalah.

Tetapi andainya BN masih tidak mahu faham tentang fenomena gelombang Politik Baru dalam era ‘Pencerahan’ ini, maka mereka bakal diturunkan oleh rakyat dalam PRU ke-13 akan datang dan bakal menjadi pembangkang di Parlimen Malaysia.

Keputusan PRK SIBU: Dasar Terhadap Kaum Cina Perlu Dikaji

Telah 10 PRK selepas PRU-12. Sokongan kaum cina terhadap BN tidak berubah aka sama seperti keputusan PRU-12.Keputusan PRK SIBU, merupakan pukulan knock Out terhadap BN.

Sejak Najib dilantik menjadi PM pada april tahun lalu, keutamaan PM ke-6 itu adalah menarik undi atau sokongan kaum cina. Dasar ini diikuti dengan dengan lawatan Najib ke negara tembok besar Cina sebaik sahaja dilantik menjadi PM.

Pada setiap PRK, bantuan untuk kaum cina terutama bantuan kepada sekolah-sekolah cina cukup banyak, namun semuanya itu ibarat mencurah garam ke laut. Kaum cina tetap menolak BN.

Parti komponen BN yang berteraskan cina, semuanya tidak mampu menggamit sokongan kaum mereka. Di semenanjung, MCA dan Gerakan gagal kini SUPP di Sarawak juga gagal.

Dasar Najib yang kelihatan sangat lebih condong kepada pembangunan kawasan cina, bukan sahaja memberi tamparan buruk kepada BN, namun mula menghakis sokongan kaum bumiputra yang memang menjadi tulang belakang BN.

Di Sibu, fakta itu berbicara, kaum bumiputra-melanau, iban adalah penyokong kuat BN, namun kali ini, mereka memberi sokongan kepada DAP, walaupun belum pernah mereka buat selama ini.

Akibat sokongan bumiputra ini kepada DAP, maka BN terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal sekali.

Pengumuman Najib untuk membantu sekolah cina dan sekolah missionry yang berjumlah 18 juta di mana sekolah-sekolah itu jauh lebih elok dibanding sekolah bumiputra, ternyata langsung tidak berbaloi dan tidak dihargai.

Jika seandainya bantuan 18 juta ini diberikan kepada kawasan bumiputra, kemungkinan keputusan PRK SIBU berlainan seperti yang telah diumumkan pada 10.40 malam 16 Mei lalu.

Di Hulu Selangor, walaupun berjuta-juta bantuan diberikan kepada kaum cina, namun sokongan kaum itu, bukan meningkat, malah menurun, kalau bukan sokongan padu kaum melayu HULU Selangor tidak akan tercium oleh BN.

Keputusan PRK SIBU perlu diambil sebagai iktibar kepada kepimpinan kerajaan, bantu lah kaum yang "die hard" kepada BN. Hilangkan hayalan.. mengejar sokongan kaum yang tidak akan menyokong, kerana mereka nampak.. penyokong "die hard" yakni melayu dan bumiputra belum kuat dan masih ragu-ragu memberi sokongan kepada BN, kerana dasar BN yang tidak membantu sepenuh hati kepada mereka.

Monday, May 17, 2010

Gelombang Tsunami Politik Telah Sampai Di Malaysia Timur

Diakui atau tidak gelombang tsunami politik telah sampai di Malaysia Timur.

Kejayaan DAP merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil semlam agak mengejutkan kerana dikhbarkan bahawa para pemimpin DAP tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenanginya.

Di kalangan para pemerhati politik pula, keputusan semalam sekaligus menunjukkan bahawa tsunami politik yang melanda Semenanjung pada 2008 kini sudah sampai ke pantai Sarawak dan akan merebak di seluruh Malaysia Timur.

Dalam pilihan raya kecil semalam, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewaskan BN - walaupun dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron hanya mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Bagi undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

Kejayaan DAP untuk memenangi kerusi parlimen Sibu hari ini juga banyak dibantu oleh peralihan sokongan pengundi Cina kepada parti tersebut.

Pada keseluruhannya, kira-kira 10 peratus undi Cina kepada BN pada 2008 telah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Paling jelas dilihat perubahan sokongan ini ialah di kawasan majoriti pengundi Cina di Pelawan, di mana kira-kira 5,000 undi BN pada 2008, telah beralih kepada DAP.

Begitu juga dengan kawasan majoriti Cina di Bawang Assan di mana calon DAP mendapat sokongan besar penduduk di situ.

BN juga kehilangan sokongan pengundi kaum Melanau-Melayu juga dilihat turut beralih kepada Pakatan Rakyat walaupun jumlah tidak sebenar pengundi Cina.

Bagaimanapun, keputusan pengundian hari ini juga menunjukkan pengundi dari kalangan kaum Iban pula masih taat menyokong BN.

Perubahan sokongan tersebut antara sebab utamanya dilihat sebagai penolakan kepada dinasti politik di peringkat parlimen dan negeri itu.

Ia juga dilihat sebagai tanpa protes penduduk terhadap kekurangan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Sibu, khususnya masalah banjir yang sering dihadapi penduduk, sertai cukai tanah yang terlalu tinggi.

Perkembangan hari ini harus dipandang serius oleh kepimpinan BN yang selama menganggap Sarawak sebagai 'simpanan tetap' BN yang tidak pernah gagal menyumbangkan banyak kerusi parlimen pada setiap pilihan raya umum.

Malah, pada 2008, Sarawak dan Sabah menyumbang 39 kerusi parlimen ketika BN gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Sekiranya gejala ini berjangkit, pasti ianya bakal menjadi satu masalah besar terhadap BN dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Namun, kekalahan BN di Sibu ada kaitan dengan berbagai faktor. Faktor pertama adalah calon yang ada kaitan dengan keluarga LAU, adalah calon yang tidak disukai oleh penduduk foochow, kerana dikaitkan dengan monopoli ekonomi di bandar itu. Faktor kedua adalah kegagalan Lau SR membawa pembangunan untuk penduduk yang tiada kaitan dengan keluarganya dan ketiga kerana isu tanah ADAT bagi kaum bumiputra, yang gagal ditangani oleh kerajaan negeri, ke empat kerana Taib Mahmud hanya sebagai pemimpin penyokong dalam PRK kali ini, Pemandunya adalah Najib, Muhiyiddin dan Rosmah.

Blog Archive