Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Ong Tee Kiat Gugur

Mantan Presiden MCA dan MP Pandan, Datuk Ong Tee Kiat tidak terpilih bertanding pada PRU-13. Senarai calon-calon MCA yang diumumkan Presiden parti itu-Datuk Seri Chua Soi Lek sebentar tadi, kawasan P100 Pandan ditandingi Penasihat Undang-undang MCA Bahagian Pandan Gary Lim Chin Yee.

Gary Lim dijangka berdepan dengan Rafizi Ramli daripada PKR.

MCA pada PRU kali ini hanya bertanding 37 kerusi Parlimen, kurang 3 berbanding PRU-2008. Kawasan yang dipinjamkan adalah Parlimen Gelang Patah di Johor, Parlimen Kuantan di Pahang dan Parlimen Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan.

Tujuan peminjaman kerusi-kerusi tersebut adalah strategi parti itu bagi untuk masa depan, demikian menurut Chua melalui kenyataan akhbar.

Thursday, November 05, 2009

Nizar: MCA Bergoncang Lagi: Semua J/K Disiplin Letak Jawatan

MCA hari ini menerima satu tamparan lagi apabila keseluruhan lima anggota jawatankuasa disiplin parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut baru-baru dan surat rasmi peletakan jawatan mereka telah diserahkan oleh pengerusinya, Ng Cheng Kiat hari ini.

Anggota jawatankuasa tersebut dipercayai tidak senang dengan campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat, mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Mengikut perlembagaan parti, semua keputusan jawatankuasa disiplin perlu disahkan oleh majlis presiden sebelum dibawa kepada jawatankuasa pusat parti itu.

Kedua-dua badan tersebut mempunyai kuasa untuk menolak atau meminda keputusan jawatankuasa disiplin itu.

"Dalam kes kami, ianya adalah soal disiplin. Tetapi bila ia dibawa kepada jawatankuasa pusat dan majlis presiden, mereka membuat keputusan politik.

"Sistem ini tidak berkesan untuk menguatkuasakan tindakan disiplin," kata seorang anggota jawatankuasa disiplin itu yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan peletakan jawatan secara beramai-ramai itu ada kaitan dengan sisatan terhadap Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di mana syor jawatankuasa disiplin memecatnya, telah dibatalkan.

Satu sumber berkata penarikan balik penggantungan ketua bahagian Ipoh Timur, Thong Fah Chong juga merupakan satu lagi contoh campurtangan politik dalam tugas jawatankuasa tersebut.

Beliau menegaskan bahawa peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan mana-mana kes yang khusus, kerana jawatankkuasa itu tidak puas hati dengan keseluruhan sistem disiplin parti.

Ekoran siasatan yang dijalankan, jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan Ogos lalu supaya Chua dipecat kerana mencemarkan imej parti kerana skandal DVD seks.

Syor itu disahkan oleh majlis presiden tetapi ianya kemudiannya dibatal oleh jawatankuasa disiplin dan digantikan dengan hukuman penggantungan keahlian Chua selama empat tahun.

Ekoran itu, penyokong Chua mendesak mesyuarat luar biasa (EGM) diadakan pada 10 Oktober, yang menyaksikan perwakilan menolak keputusan jawatankuasa tersebut.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi dan pengarah akhbar berbahasa Inggeris The Star milik MCA, Datuk Leong Tang Chang kini merupakan pengarah bukan eksekutif akhbar tersebut.

Perubahan tersebut dibuat dua minggu selepas Leong dipecat daripada jawatan biro undang-undang MCA.

Wednesday, November 04, 2009

Nizar News: Krisis MCA Makin Kusut: Chua dan Liow Berebut No.2 MCA

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Krisis dalaman MCA semakin kusut setelah parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden parti itu Selasa.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, Selasa sebulat suara menerima keputusan ROS itu dengan alasan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Okt lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya Dr Chua dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua Soi Lek, dengan itu Datuk Seri Liow Tiong Lai akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya.

Ong berkata parti itu tidak akan menghalang jika Liow mahu mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu selepas ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa mesyuarat itu juga menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru parti seperti yang didesak 16 anggota Jawatankuasa Pusat itu sebelum ini.

Sementara itu, Dr Chua berkata beliau tidak terkejut apabila menerima surat keputusan ROS pukul 11.30 pagi Selasa. "Setiap masa saya berasakan saya masih Timbalan Presiden jika merujuk kepada perlembagaan parti," katanya secara ringkas.

Satu sidang media berasingan diadakan untuk Liow menyatakan pendirian mengenai keputusan terbaru itu. Liow secara sinis berkata MCA kini mempunyai Timbalan Presiden 'kembar' memandangkan beliau juga masih berhak untuk menduduki kerusi itu.

"Saya akan mencabar keputusan ROS, dan saya juga akan menggunakan hak saya untuk ke mahkamah untuk mencabar pengisytiharan ini," tegas Liow yang ditemani Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan Mesyurat Luar Biasa MCA pada 10 Okt lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua.

"Apabila Jawatankuasa Pusat menggunakan Perkara 174 bagi mentafsir dan mengenalpasti maksud Aturan EGM, ia tidak boleh dipersoalkan, dicabar, disemak semula atau ditolak olah mana-mana mahkamah perundangan. Kedudukan ini adalah dengan sokongan penuh Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," kata Liow. -- BERNAMA

Tuesday, November 03, 2009

Nizar News: Liow Tiong Lai Memaksa Jadi No.2 MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut.

Chua menerima surat dari ROS itu pagi ini sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat untuk membincangkan pelan damai antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat petang ini, Liow berkata, beliau ada hak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu.

Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos. Jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Chua dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun.

Manakala Liow yang dilantik memegang jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.Bercakap dalam satu lagi sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat, Tee Keat berkata, mesyuarat hari ini menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden. Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari.Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu.

Liow memberitahu sidang akhbar bahawa "saya masih lagi timbalan presiden".

Katanya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu.Liow juga melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan Tee Keat memecat empat anggota CC yang dilantik, yang menyokong menteri kesihatan itu pagi tadi.

Beliau berkata, ia bukanlah satu cara untuk menjayakan pelan damai kerana "keempat-empat mereka menjadi mangsa sebelum pelan itu dapat dilaksanakan".

"Pelan itu mestilah inklusif dan bukannya tindakan drastik seperti pemecatan (mereka)," katanya. Hadir sama dalam sidang akhbar Liow ialah penyokong kuatnya, termasuk Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong.Hadir ialah sembilan orang lagi anggota CC yang menyokogn Liow.

Liow memberi tiga sebab mengapa pengekalan jawatan Chua sebagai timbalan presiden adalah tidak sah, iaitu.

1. Jawatankuasa pusat menggantung keahlian dan jawatan Chua sekaligus.

2. ROS tidak ada hak untuk campurtangan dalam keputusan CC.

3. Ia adalah tindakan disiplin dan bukan satu penyingkiran.Sementara itu, bekas ahli Parlimen Melaka, Wong Nai Chee - salah seorang daripada tiga orang yang mengemukakan desakan diadakan mesyuarat luar biasa (EGM) MCA - berkata EGM itu pastikan akan diadakan.Beliau yang juga seorang peguam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tee Keat yang menyatakan desakan untuk mengadakan EGM itu bercanggah dengan perlembagaan parti.

Sehubungan itu, Wong berkata, mereka akan menemui setiausaha agung MCA dan ketua biro undang-undang parti itu untuk menyesuaikan kandungan resolusi bagi mengadakan EGM tersebut.

Menurutnya, setiausaha agung MCA perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM itu Khamis ini.

Thursday, October 15, 2009

Nizar: Akhirnya Lim Kit Siang Berjaya Jatuhkan Ong Tee Kiat

Adakah Ong Tee Keat menjadi mangsa permainan politik Lim Kit Siang. Serangan yang terus menerus Kit Siang terhadap Tee Kiat dalam isu PKFZ, menyebab Tiong King Sing membuka mulut mengenai wang 10 juta yang diterima Tee Kiat.

Keputusan pada mesyuarat tergempar MCA pada Sabtu lalu yang menolak Tee Kiat dan kini bererti Tee Keat berkemungkinan besar terpaksa meletakkan jawatan dan pemilihan baru diadakan. Beliau dijangka mengumumkan keputusannya Khamis depan.

Perwakilan turut menolak Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden tetapi mahukan penggantungan empat tahun ke atasnya ditarik balik, bererti Soi Lek masih ahli MCA dan boleh bertanding jawatan presiden jika pemilihan semula diadakan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin tidak menolak apa yang berlaku terhadap Tee Keat adalah permainan politik yang dirancang oleh Lim Kit Siang secara teratur.

"Bermula dengan isu PKFZ, Najib hanya membiarkan Tee Keat bergelut sendirian menyelesaikan perkara itu. Malahan sehingga kini beliau langsung tidak mengeluarkan kenyataan berhubung masalah parti terbesar masyarakat Cina itu tetapi hanya berkata beliau hanya mahukan sebuah MCA yang kuat," katanya.

Ternyata kenyataan seperti ini bertentangan dengan semangat kerjasama yang diamalkan BN sebelum ini. Restu Najib ini seakan membuktikan usahanya mengantikan kepimpinan MCA yang dilihat tidak akur dengan kehendaknya.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian pula menyatakan bahawa masalah MCA tidak akan selesai melainkan pemilihan semula diadakan.

"Perwakilan sudah menolak politik angkuh Tee Keat dan masalah moral Soi Lek, dan jika bergantung kepada Jawatankuasa Pusat(CC), tentunya yang dilantik adalah Naib Presiden yang kanan. Beliau pula tentunya ada hubungan mereka (sama ada Tee Keat atau Soi Lek)," kata Dr Siva lagi.

Tee Keat yang kalah dalam undi tidak percaya dalam mesyuarat agung khas lalu enggan membuat keputusan berkenaan masa depan politiknya sebelum berbincang dengan jawantankuasa pusat(CC) yang akan bermesyuarat 15 oktober ini.

Mahathir berkata MCA kini perlu memilih calon berkecuali di kalangan mereka serta mendapat sokongan akar umbi bagi memulihkan semula kekuatan parti berkenaan.

"Dari segi moral, kedua-dua mereka patut berundur."Pilih seorang yang tidak tercemar dan kedua-dua pemimpin itu beri sokongan penuh kepada orang baru," katanya.

Nizar Kamu Gembira Ong Tee Kiat Rebah: Penyebabnya: Lim Kit Siang Bukan Najib

Monday, August 31, 2009

EGM MCA: Malapetaka bagi Ong Tee Kiat

Tercium oleh Ong Tee Kiat usaha penyokong Chua Loi Lek yang dipecat untuk mengadakan EGM MCA, dengan tangkas Ong Tee Kiat pula akan mengadakan EGM dalam tempoh 30 hari.

EGM MCA kali ini adalah bertujuan untuk mengesahkan keputusan majlis presiden MCA memecat Chua Loi Lek.

Namun berasaskan maklumat akar umbi, EGM itu berkemungkinan besar menjadi malapetaka bagi Ong Tee Kiat. Kemngunkinan besar EGM itu akan mencadangkan untuk memecat beliau dan seterusnya mengembalikan kedudukan Chua Loi Lek.

Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng Masuk PKR

Chua Jui Meng

Chua Jui Meng (66) (gambar) sah masuk PKR. Punca keluarnya mantan menteri kesehatan ini daripada parti MCA kerana kecewa tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi orang nombor 1 parti komponen BN itu.

Setelah mengecap keistimewaan selama 22 tahun sebagai menteri penuh kabinet, maka pada tahun 2005 mencoba nasib bertanding presiden parti melawan Ong Ka Ting, tetapi kecundang. Hasratnya menduduki kerusi no 1 MCA dicuba lagi pada 2008 menentang Ong Tee Kiat, pun tewas juga.

Dengan hanya berpegang jawatan ketua bahagian MCA bagi Bakri, Johor, anak watan Johor ini merasakan bahawa masa depan politiknya hampir padam. Kerana itu lah, angin perubahan bagi dirinya perlu ditiup agar namanya tidak lenyap di kanca politik tanah air.

Apakah andaian ini benar ataukah kerana terlalu kecewa mengejar jawatan mengakibatkan Chua Jui Meng keluar MCA?? hanya Ong Tee Kiat yang dapat menjelaskannya.

Blog Archive