Showing posts with label kes liwat saiful anwar. Show all posts
Showing posts with label kes liwat saiful anwar. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Karpal Singh pertikai kemunculan Saiful di TV3

Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikir itu yang patut oleh hakim," kata Karpal.
Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Friday, November 06, 2009

Nizar News: Pukul 3 Keputusan Rayuan Liwat Anwar Diputuskan


Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan ekoran dari rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menghalang pasukan peguam pembela Dato’ Seri Anwar dari mendapatkan dokumen/bahan bukti. Berikut adalah butiran mengenai kes tersebut: Hari: Jumaat, 6hb November 2009
Masa: Jam 3 petang
Tempat: Mahkamah Rayuan 2, Putrajaya.

Tuesday, November 03, 2009

Nizar News: Mohd Saiful Kempunan Tak Dapat Ikuti Proseding Pembicaraan Anwar

Buat pertama kali, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Mohd Saiful, 24, yang ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zambri Idrus, tiba di mahkamah pada 8.40 pagi.

Bagaimanapun dia tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding tetapi ditempatkan dalam bilik saksi.

Mengikut undang-undang, seorang saksi tidak dibenarkan masuk ke mahkamah semasa prosiding sehinggalah dia selesai memberi keterangan.

Selepas prosiding selesai, Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar, berkata beliau sudah lama bersedia untuk tampil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang sudah beberapa kali tertangguh.

Anwar, 62, yang hadir bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Aizah Wan Ismail, didakwa meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Nov.

Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan pada 1 sehingga 23 Julai lepas tetapi ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan oleh Anwar. BERNAMA

Friday, October 30, 2009

Nizar News: Kes Liwat Anwar: Spesimen Saiful Akan Diketahui 6 November

Pihak pendakwaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 6 Nov bagi keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan berhubung dokumen dan sampel spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, selepas mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, berkata mahkamah memerlukan masa untuk menimbangkan perkara itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi bagi pendakwaan membekalkan dokumen kepada Anwar, manakala Anwar membuat rayuan balas terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memaksa pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen kepada Anwar mengikut Seksyen 51 Kanun Atur Cara Jenayah (CPC) telah terkilaf dalam menafsir seksyen itu kerana ia diterjemahkan tanpa sebarang justifikasi perundangan atau autoriti.

"Lebih penting lagi, pentafsiran baru yang diletakkan pada Seksyen 51 Kod itu oleh Mahkamah Tinggi adalah bertentangan dengan semua prinsip yang telah dibuat dan peraturan pentafsiran sesebuah statut," katanya.

Mohamed Yusof berkata masa yang sesuai bagi Anwar membuat permohonan mendapatkan dokumen itu ialah pada peringkat pembelaan kerana beliau mahukan dokumen itu untuk pembelaannya.

Peguam R Sivarasa berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam keputusannya selepas membaca secara menyeluruh skop Seksyen 51 dan oleh itu mahkamah tidak mempunyai asas untuk campur tangan berhubung perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam rayuan balasnya, Sivarasa berkata bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan kimia berhubung sampel spesimen bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Katanya mahkamah perlu memberikan sampel itu walaupun ia telah dimeterai oleh ahli kimia kerana ia boleh dibuka di bawah pengawasan mahkamah.

Mohamed Yusof berkata sebaik sampel spesimen itu dibuka ia akan tercemar.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan kenyataan saksi yang dirakam dari pengadu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, tiga keterangan saksi lain dan dokumen-dokumen lain.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Pada 24 Julai 24, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi perintah itu kepada pihak pendakwaan, sehingga penyelesaian rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 3 Nov.

Blog Archive