Showing posts with label bajet 2016. Show all posts
Showing posts with label bajet 2016. Show all posts

Sunday, November 08, 2015

Apa Kah DS Najib Lepasi Ujian 16 November?

1. Pada 16 November ini, MP pembangkang cuba menghalang Bajet2016 untuk diluluskan di Dewan Rakyat. Pada tarikh itu, bacaan kali kedua Bajet2016. Melalui acara itu, pihak pembangkang cuba menolaknya. Namun, oleh kerana jumlah MP pembangkang yang tidak mencukupi, maka memerlukan sokongan MP Bn, sekurangnya 24 atau 41, jika mengambilkira kedudukan MP pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan, menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terkubur.

2. Pembangkang kini, cuba bermain psikologi songsang, dengan mengatakan, peluang kumpulan itu merampas Putrajaya lebih mudah, jika DS Najib Razak terus memimpin Bn, kerana menurut mereka, kempen menumpaskan Bn akan lebih berjalan lancar, memandangkan banyaknya skandal atau isu yang menyelubungi Perdana Menteri.

3. Apa yang cuba dilakukan pembangkang tersebut, sebenarnya tiada kena mengena dengan kehidupan harian rakyat, malah tidak menganggupun. Isu 1MDB yang diwar-warkan, kalau dilihat sepintas lalu, telah memberi manafaat yang banyak kepada rakyat, termasuklah penurunan tarif litrik, malah bagi mereka yang memerlukan bantuan, CSR syarikat itu telahpun sampai ke tangan yang memerlukan.

4. Bagi penduduk luar bandar, khususnya yang tiada kemudahan bekalan air luar bandar, telah mendapat bantuan CSR daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, bagi bidang keagamaan, setiap musim haji, sekurang-kurangnya 1,200 bakal haji diberikan peluang menunaikan fardu haji, malah tempat-tempat beribadat seperti masjid dan tempat beribadat agama lain, juga mendapat bantuan CSR syarikat tersebut.

5. Isu berkaitan RM2.6bilion, tidakpun melibatkan wang rakyat atau wang negara, kerana wang tersebut merupakan wang daripada luar negara dan merupakan derma daripada pihak tertentu. Kemasukan wang tersebut dalam negara sebenarnya mempunyai impak yang berganda, kerana menambah pendapatan kepada pihak-pihak tertentu, khususnya mereka yang terlibat dalam PRU-13 lalu, misalnya pembuat bendera, pembuat banting, pembuat topi, pembuat T-Shirt dan sebagainya. Bisnes yang terwujud melalui sumbangan tersebut sebenarnya cukup besar. Sebenarnya sumbangan tersebut telah memberi manafaat kepada yang memerlukan, kecuali kepada mereka yang tidak mendapat tempias, seperti pemimpin pembangkang dan penyokong tegar mereka.

6. Jika pembangkang menganggap, kononnya mudah bagi mereka merampas Putrajaya, jika DS Najib terus menjadi Perdana Menteri, sebenarnya hanya igaun, atas sebab, rakyat yang mengundi khususnya mereka yang berada dalam kumpulan 40 peratus rakyat negara ini, merasa beruntung mempunyai Perdana Menteri seperti DS Najib, kerana untuk pertama kalinya seorang Perdana Menteri negara ini, memberi perhatian khusus kepada kumpulan yang kurang bernasib baik.

7. Yakinlah, pada PRU-14 akan datang, UBN akan terus mencapai keputusan yang cemerlang, kerana rakyat tahu betul menilai, mana satu kaca dan mana batu dalam memangkah calon semasa PRU tersebut.

8. Kempen bertali arus mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk mendesak Najib meletakkan jawatan, bukan sahaja mendorong rakyat untuk menyokong Bn, malah rakyat mula berfikir, apa kah sumbangan mantan PM tersebut kepada rakyat secara langsung. Malah kini, rakyat majoriti hanya dapat menyaksikan, bahawa selama 22 tahun, hanya individu-individu tertentu yang dikategorikan sebagai kroni yang menikmati kekayaan negara, termasuk anak-anak mantan PM tersebut.

9. Bagi rakyat Sabah pula, tidak akan terlupa, bagaimana rakyat Sabah dianak tirikan selama 9 tahun bermula Tahun 1985, sehingga Sabah jatuh sebagai negeri termiskin dalam negara.

10. Bagi pembangkang yang mengharapkan sokongan MP Bn pada 16 November untuk menolak Bajet2016, akan hanya berangan-angan, jika semua MP Bn mengikat diri pada amanah yang diberikan rakyat yang mengundi mereka pada PRU-13. Yakinlah, para MP pembangkang tersebut adalah mewakili rakyat yang tidak tahu bersyukur dan tidak mahu berterima kasih bagaimana kerajaan menyediakan berbagai kemudahan untuk mereka, termasuk berbelanja berbilion ringgit, namun sokongan diberikan kepada mereka yang hanya tahu bercakap dan menabur fitnah.

Saturday, November 07, 2015

Bajet2016: Siapa MP Kerajaan Berpaling Tadah?

1. Bajet Tahun 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan pada 23 oktober lalu, akan diundi di Parlimen pada persidangan dewan rakyat yang akan berakhir pada 3 Disember ini. Walaupun Bn tidak mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat, namun telah mencukupi, jika bajet tersebut mendapat sokongan majoriti mudah. Majoriti mudah merupakan 112 daripada 222 seluruh anggota parlimen.

2. Bn mempunyai 134 MP termasuk MP Pekan yang juga Perdana Menteri. Pada PRU-13, Bn hanya menang 133, namun melalui PRK Teluk Intan, Bn menambah satu kerusi apabila Presiden parti Gerakan, parti komponen Bn berjaya merampas kerusi tersebut daripada DAP.

3. Pembangkang yang mempunyai 88 kerusi MP termasuk seorang ahli bebas, memerlukan tambahan 24 MP Bn, untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan DS Najib Razak tersebut. 

4. Daripada 88 kerusi pembangkang, 14 daripadanya adalah daripada Pas. Presiden Pas sudah menyatakan tidak akan menyokong sebarang cadangan menolak Bajet2016, kerana penolakan bajet tersebut hanya menyebabkan rakyat menjadi korban.

5. Sebenarnya, tujuan pembangkang menolak Bajet 2016 adalah cara lain memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan. Kerana melalui penolakan tersebut, maka telah menggambarkan, bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan.

6. Pihak-pihak tertentu yang mahu DS Najib meletakkan jawatan, termasuk Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, mendesak agar ada MP Bn bersengkokol dengan MP Pembangkang mengundi tidak percaya terhadap DS Najib di dewan rakyat dan tindakan itu tidak berjaya, maka tindakan alternatif adalah melalui penolakan Bajet 2016.

7. Bajet 2016 yang berjumlah RM267.2bilion merupakan bajet yang dilihat untuk membela rakyat khususnya mereka yang berada dalam kumpulan 40 peratus. Kumpulan ini, dilihat scara umum merupakan penyokong tegar barisan nasional. Sebagai gambaran, walaupun pada PRU-13, Bn kehilangan undi popular kerana tindakan pengundi bandar yang beramai-ramai menolak Bn, namun kerana sokongan kumpulan 40 peratus, maka Bn mampu menang 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

8. Melihat kepada wakil rakyat Bn yang ada, rata-rata mereka itu mewakili kumpulan 40 peratus, termasuk MP Gua Musang, Semporna, dan Pagoh. Jika terdapat MP Bn yang berpaling tadah berpihak kepada pembangkang menolak Bajet 2016, ertinya mereka tidak amanah dan mengenipikan kepercayaan para pengundi yang memberikan mereka undi semasa PRU-13.

9. Menjatuhkan kerajaan bukan melalui hasrat rakyat, sebenarnya melanggar amanah yang diberikan rakyat. Walaupun tindakan seperti itu pernah berlaku di Sabah dan Perak, namun tindakan seumpama itu bukan cara yang perlu diikuti.

10. Dakwaan para pemimpin tertentu yang mahu menumbangkan DS Najib, hanya bersandarkan kepada isu 1MDB, sedangkan sehingga kini, belum terbukti apa-apa, bahawa terdapatnya salahguna kuasa dalam urusan syarikat tersebut yang menyebabkan wang rakyat terlibat. Kemelut dalam 1MDB yang disensasikan hanya merupakan urusan perniagaan biasa. Selain itu, pihak-pihak tertentu yang tidak mempunyai isu besar terhadap DS Najib, mempergunakan wang derma RM2.6bilion yang diberikan kepada DS Najib, sedangkan wang tersebut bukan wang rakyat.

11. Berkaitan dengan GST yang dijadikan modal untuk menghentam DS Najib, sedangkan percukaian baru tersebut merupakan sistem percukaian yang adil untuk semua pihak, kerana sekian lama, sistem percukaian negara yang bersandarkan kepada SST, hanya untuk golongan yang sedikit, sedangkan kumpulan yang sewajarnya membayar cukai terlepas.

12. Akan terlihat, semasa pengundian meluluskan bajet2016, apa kah ada MP Bn yang berpaling tadah? Sama-sama kita tunggu.

Blog Archive