Showing posts with label Zukefli main wayang. Show all posts
Showing posts with label Zukefli main wayang. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Zulkefli Main Wayang Lagi: Media Baru Pula Dituduh Putar Belit

Apa sebenarnya matalamat Zul-Kulim ini? Semasa dalam PKR pun bermasalah, sehingga dipecat daripada parti itu.

Semasa berucap di dewan rakyat bagi menjunjung kasih ucapan Yang Dipertuan Agong, dia membuat pendedahan bahawa ada orang ke-3 yang mempengaruhinya mensabitkan Najib dan Rosmah dalam projek Altanyua. Selain itu, Zul juga mengaku bahawa diapun sempat membuat akuan bersumpah untuk orang lain bagi membabitkan Najib dan Rosmah.

Dalam blognya hari yang bertajuk THE TRUTH mempertikai laporan-laporan yang memetik pendedahannya itu seolah-olah media baru seperti blog tersalah tafsir aka berunsur fitnah.

Zulkefli mengulangi tidak seorangpun nama disebutnya,melalui ucapannya tersebut. Namun para penulis memberi tafsiran bahawa pendedahannya itu mengarah kepada orang-orang tertentu.

Zulkefli juga tidak mahu disamakan dengan Zaharin kerana semasa pendedahannya pada 17 Mac lalu, dengan jelas menyebut nama-nama orang-orang tertentu.

Ini lah bezanya Zaharin dan Zul. Zaharin suka berterus terang tanpa berselindung, namun Zul hingga kini suka bermain wayang.

AYT ingin bertanya pada saudara Zul, sampai bila wayang ini akan selesai. Kalau tidak mahu orang menginterpasikan macam-macam, maka alangkah baiknya kalau berterus terang.

Zaharin perlu diberi TABIK kerana keberaniannya dan keterus terangannya. Seseorang pemimpin yang diinginkan adalah bila seseorang itu berkata lurus,jelas, terus terang tanpa berselindung.

AYT berharap kepada saudara Zul berhentilah bersandiwara.

Projek Altantuya: Pendedahan Zulkefli Ada Orang Ke-3: Pasti Atasan Zul??

SIAPA orang ke-3 yang dimaksudkan oleh Zulkefli Noordin? Disebabkan orang ke-3 itu mampu mempengaruhi Zul adalah pasti orang itu berpengaruh dan juga atasan wakil rakyat Kulim-Bandar Bharu itu.

Kalau orang ke-3 itu bukan atasan Zul, tidak mungkin boleh mengarahkan YB dari Kedah itu.

Atasan Zul dalam PKR adalah Presiden Parti itu Wan Azizah Wan Ismail dan juga pemimpin Umum Parti itu Anwar Ibrahim.

Semalam apabila dikemukakan soalan mengenai projek Altantuya sepertimana pendedahan Zulkefli di dewan rakyat kepada Anwar, Anwar melenting malah menuduh wartawan yang bertanyakan soalan itu dibayar orang tertentu.

Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar daripada perbicaraan sodomy II semalam berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh Zulkifli.

"Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan ucapannya di Parlimen..

"Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya.

"Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Wednesday, March 24, 2010

Dewan Rakyat: Wayang Zul Hebat

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.

Jelasnya, beliau juga menerima gangguan daripada "pihak ketiga" dalam usahanya untuk mewakili tertuduh dalam perbicaraan kes berkenaan.

Zulklifi ketika itu adalah peguambela bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, seorang daripada tiga tertuduh dalam kes berkenaan, sebelum menarik diri.

"Sebab itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya muystahil untuk bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut," katanya lagi.

MP PKR yang dipecat itu juga cuba mencari jalan tengah berhubung dakwaan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulklifi meminta supaya tuduhan liwat membabitkan wakil Permatang Pauh itu ditarik balik.

Katanya, fitnah terhadap Anwar dan juga Najib tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam kerana agama menuntut umatnya bersangka baik.

Mengulas tuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar, Zulkifli berkata tuduhan itu perlu dihentikan manakala prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar, perlu diteruskan di mahmakah Syarie.

"Saya mengambil pendirian kita tidak sepatutnya menuduh Permatang Pauh dengan tuduhan liwat bawah undang-undang sekular iaitu menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Sebaliknya sebarang pertuduhan jika ada hendaklah dibawa menurut peruntukan hukum syarak, kita ada peruntukan bawah Skesyen 25 Akta ini. Jadi saya sokong ketua umum sebenarnya," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan menggunakan undang-undang sekular dan menafikan hak Anwar juga merupakan satu penghinaan.

"Ini juga satu penghinaan. Saya mendesak pertuduhan liwat ke atas Permatang Pauh di mahkamah sekular ditarik balik.

"Sebaliknya hendaklah diwakili dan dijalankan sepenuhnya menurut peruntukan syarie di mahkamah syarie yang ada bidang kuasa. Ini akan membolehkan Permatang Pauh mendapatkan haknya sebagai Orang Islam termasujk menggunakan pembelaan qazaf.,

"Bagi maksud itu saya juga mendesak prosiding qazaf yang sedang dibawa oleh Permatang Pauh di mahkamah syariah dibenarkan.

Katanya, beliau yakin mahkamah Syarie dapat mencapai keadilan dan mencari kebenaran bagi kedua-dua pihak.

Thursday, March 11, 2010

Kenapa Zulkefli Noordin Takut Sangat Nak Sebut Siapa Firaun-Firaun Kecil ITU?

Hingga kini Zulkefli Noordin masih berkias dan belum menamakan siapa kah yang dimaksudkan dengan firaun-firaun kecil dalam PKR.

Zul bukan lagi ahli PKR, namun apa kah sebab musababnya hingga kini masih bermain sandiwara terutama mengenai firaun-firaun kecil dalam parti asalnya itu.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

Dia juga ada  membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Zulkifli berkata beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan jerayawara (roadshow) bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

"Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Saturday, March 06, 2010

Lagi Surat Terbaru Zulkefli Ke MPP PKR: Bertajuk Jangan Gali Kubur Sendiri

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Ahli Parliman Kulim-Bandar Bahru Zulkifli Noordin mengutus surat terbuka kepada anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal pagi ini — kira-kira lapan jam sebelum ia bermesyuarat untuk menentukan nasibnya.

Dalam surat itu, Zulkifli berkata beliau telah meminta supaya MPP agar membuat keputusan yang boleh membawa “parti itu ke horizon yang lebih tinggi, bukannya menggali kubur sendiri”.

“Saya cuma menulis meminta mereka (anggota MPP) mengambil keputusan terbaik melibatkan kes saya... saya tidak memberikan mereka kata dua, cuma rayu akan memberikan perbicaraan yang adil kepada saya.

“Apa yang saya minta mereka ialah memberikan saya keadilan dengan kes saya dibicarakan oleh panel beragama Islam... itu yang saya minta, permintaan kecil saya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ia merupakan surat kelima ditulis oleh Zulkifli kepada sekretariat PKR berhubung kesnya.

Surat menyentuh isu yang sama telah dikemukakan pada Isnin lalu.

Zulkifli berkata beliau telah menghantar surat itu menerusi emel awal pagi ini selepas mengetahui syor lembaga disiplin mengenai tuduhan ke atasnya akan dibincangkan oleh MPP yang bermesyuarat pukul 2 petang ini.

“Dalam surat itu, saya sekali lagi meminta agar saya dibicarakan oleh anggota panel lembaga disiplin yang beragama Islam.

“Begitu saya bertanya kepada anggota MPP yang bukan beragama Islam sama ada mereka akan menerima keanggotaan kalangan Islam (dalam panel) jika ia melibatkan kes yang menyentuh agama mereka sendiri,” katanya.

Oleh itu tambah Zulkifli, beliau memberitahu anggota MPP bahawa “apa yang mereka putuskan hari ini akan tercatat dalam sejarah”.

Malah kata Zulkifli, beliau juga menekankan dalam suratnya itu bahawa tidak berhasrat untuk meninggalkan PKR sebagaimana disangkakan oleh sesetengah pihak.

Beliau disebut-sebut antara mereka yang bakal meninggalkan PKR, mengikuti langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai.

Semalam Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu yang MPP akan menghalusi laporan yang disediakan oleh lembaga disiplin petang ini.

MPP akan memutuskan sama ada menerima syor lembaga disiplin itu ataupun tidak.

Dua hari lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Zulkifli, yang memulaukan sesi lembaga disiplin Khamis lalu, agar sendiri menentukan masa depannya dalam parti itu.

Sambil menegaskan wakil rakyat itu terus-menerus menguji kesabaran parti, Wan Azizah berkata Zulkifli perlu mematuhi peraturan PKR dalam soal berkaitan dengan isu-isu disiplin.

Zulkifli memulaukan sesi bersama lembaga disiplin selepas permintaannya agar kesnya diteliti oleh anggota panel beragama Islam ditolak.

Ia merupakan satu daripada lapan permintaan diletakan di hadapan lembaga disiplin dan kepimpinan parti itu. Kesemuanya diketepikan.

Wan Azizah menjelaskan, kes Zulkifli bukannya berkaitan dengan Islam tetapi perkara yang berkaitan dengan soal melanggar disiplin parti.SUMBER DISINI

Zulkefli "Takut Diberi Gelaran Buaya Dibalik Batu"

Anwar sudah Kata bahawa Zulkefli Nordin adalah wakil rakyat PKR yang melampau. Namun ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu,Kedah ini masih juga bertahan dalam PKR.

Khamis lalu secara tersirat Wan Azizah sudah memberi isyarat bahawa wakil rakyat ini sudah terpecat, ekoran pemulauan terhadap sesi disiplin parti yang mendengar kes salah lakunya dalam parti.

Penyalaras Pakatan Zaid Ibrahim, malah berdoa agar Zulkefli cepat-cepat keluar PKR.

AYT sangat pelik sandiwara apa yang ingin dibuat oleh mantan peguam Anwar dalam sodomy I ini.

Ibarat kata orang, tuan rumah sudah menghalau keluar, namun sebagai tetamu tetap sahaja tidak mahu keluar. Kaki dah hentak, suara dah tinggi, pinggan mangkuk di dapur dibunyaikan kuat-kuat, tetap sahaja tetamu seorang ini tidak mahu keluar.

Apa muslihat sebenar wakil rakyat INI??Apa kah dia takut diberi gelaran BUAYA DIBALIK BATU?

Friday, March 05, 2010

Barangkali Belum Ada Tawar Menawar: Doa Zaid Supaya Zul Keluar PKR Belum Termakbul

Cukup pelik! Apa yang ingin ditunggu oleh Zulkefli Nordin dalam PKR? Apa kah belum ada tawar menawar sepertimana dakwaan ahli parlimen Teluk Kemang Kamarul Baharin, semasa majlis berikrar di pejabat PKR PJ dua hari lalu? sebab itu Zulkefli masih bertahan dalam PKR.

Semalam secara tersirat Wan Azizah dan Saifuddin Nasution telah menggambarkan bahawa sebenarnya Zulkefli telah terpecat kerana memulau sesi displin parti itu yang khas ditubuhkan untuk mendengar kesnya.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.

"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR,"

Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berenti, munasabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.

Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

Thursday, March 04, 2010

Mengapa Zulkefli Tidak Mahu Dihukum Oleh Lembaga Disiplin PKR?

Berikut petikan daripada blog Zulkefli Nordin yang menjelaskan mengapa dia tidak mahu dihukum oleh lembaga disiplin PKR.

“I would prefer for the matters to be tried separately but they insist on conducting the ‘Allah’ investigation first. I refuse to give them my acknowledgement,” he said.

Zulkifli said that he believed the refusal to change the members in the panel was the work of “little Pharaohs” in the party who were out to remove him. “The supreme council itself is controlled by these little Pharaohs who are determined to remove me and to do anything at all costs,” he said.

Zulkifli refused to name these “little Pharaohs” but noted that they were voices of influence within the party leadership. “They have an evil agenda and are narrow-minded towards the beliefs of Islam,” he said.

Semasa menghadap lembaga disiplin parti PKR hari ini, Zulkefli tidak mengiktiraf lembaga itu, kerana dianggotai oleh hanya seorang islam, makakala 3 lagi adalah seorang aktivis hindu dan 2 lagi aktivis kristian.

Sudah Diduga The Riding MP Zulkefli Nordin Ada Wayang Lagi

Ahli parlimen PKR, Zulkifli Noordin hari ini masuk menghadap lembaga jawatankuasa dispilin parti tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Menurutnya, panel itu dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

Permintaannya itu bagaimanapun ditolak oleh jawatankuasa berkenaan kerana kuasa melantik panel berkenaan terletak pada majlis tertinggi PKR.

Zulklifi kemudian menuntut majlis tertinggi PKR melantik panel baru sebelum Selasa ini.

Sebelum ini, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu tiba di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada jam 3 petang dengan menunggang motosikal Modenas dengan berketayap dan berbaju putih.

Hari ini Zulkefli Nordin Berdepan Lembaga Displin PKR: Akan Ada Wayang Baru Kah?

Masih segar dalam ingatan apabila wakil rakyat Nebong tebal Tan Bee Beng awal bulan lepas mengatakan akan terus bersama PKR untuk jangka masa yang tidak diketahui. Namun pada 1 Mac lepas, Bee Beng keluar PKR dan isthiar menjadi wakil rakyat bebas.

Demikian juga ikrar 12 wakil rakyat semalam, bahawa pada masa ini mereka masih menyokong PKR dan Anwar Ibrahim. Namun sampai bila? belum diketahui.

Hari ini Zulkefli Nordin berhadapan dengan lembaga displin Parti PKR. Apa kah selepas ini Zul akan bersandiwara lagi? belum diketahui muslihat bekas ahli Pas ini.

Zul adalah wakil rakyat sebelum ini di desas desuskan akan meninggalkan PKR kerana kelancangannya mengritik pimpinan Pakatan terutama Lim Guan Eng. Malah Zulkefli pernah menulis dalam blognya bahawa Lim Guan Eng itu komunis, namun tulisan itu dibuang olehnya.

Zul juga mengritik ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah, sehinggakan wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu membuat laporan polis. Berasaskan laporan polis itu lah ramai pemimpin PKR termasuk Azmin Ali dan Zaid Ibrahim mahukan Zul dipecat daripada PKR.

Reaksi Zul kepada seruan memecatnya, dia menulis dalam blognya bahawa terdapat firaun-firaun kecil dalam PKR yang ingin memancungnya daripada parti.

Zul sejak bermulanya tahun ini terus membuat kritikan hebat terhadap kepimpinan Pakatan, namun hingga kini dia masih bersandiwara. Tidak sama dengan YB Zaharin dan Tan Bee Beng, 2 wakil rakyat ini hanya memerlukan masa dua minggu untuk keluar PKR setelah mereka membuat kritikan terhadap kepimpinan Pakatan terutama Lim Guan Eng.

Apa istimewanya Zulkefli, walaupun telah diberi gelaran melampau oleh Anwar Ibrahim, namun masih berada dalam PKR. Apa kah Zul mempunyai lesen khas, kerana dia merupakan team peguambela Anwar semasa sodomy I?

Sekiranya lembaga displin PKR hanya memberi surat amaran kepada Zul sama dengan Hassan Ali oleh lembaga displin parti Pas, apa kah reaksi Lim Guan Eng? dan Khalid Samad? Apa kah keutuhan Pakatan masih terjamin?

Sekarang ini krisis keyakinan melanda PKR, sehingga wakil rakyatnya dipaksa membuat aku janji dan ikrar. Namun sampai bila kah ikrar ini akan bertahan?

Pada hari ini ada wayang baru kah daripada Zulkefli Nordin?

Wednesday, March 03, 2010

Selepas Khamis INI Zulkefli Nordin Ada Wayang Baru Ke?

Khamis ini Zulkefli Nordin akan berdepan dengan lembaga displin PKR. Isu utama adalah laporan polisnya terhadap Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam daripada parti Pas. Kedua adalah kritikan dia terhadap kepimpinan Pakatan terutama Lim Guan Eng daripada DAP.

Mungkin isu lain yang akan dibangkit oleh lembaga displin adalah pendedahan terhadap rancangan Pakatan, jika ditakdirkan memerintah.

Zuklefli telah kerap diisukan telah keluar PKR, namun setiap isu yang timbul itu dinafikan oleh YB Kulim-Bandar Baharu ini.

Terkini, Zulkefli mengatakan,bahawa dia tetap setia kepada PKR, kerana itu sanggup berdepan dengan lembaga displin walaupun individu-individu yang duduk di lembaga displin itu secara terbuka maukannya dipecat.

Zuklefli mengakui bahawa dia tidak mau dipecat, sebaliknya, jika dia mau dia akan memecat dirinya.

Sebelum ini, Zul beberapa kali menyatakan samada melalui blognya, bahawa akan ada beberapa orang wakil rakyat akan keluar PKR, namun dirinya adalah terkecuali. Dia masih mau tetap bersama PKR.

Namun apa kah yang berlaku setelah Khamis ini? Berani kah lembaga displin memecat Zulkefli memandangkan keadaan PKR yang semakin bercelaru kebelakangan ini. Bersedia kah PKR mengurangkan wakil rakyat mereka di Parlimen? atau akah Zulkefli akan membuka episode baru wayangnya?

Semalam Zukefli menulis dalam blognya membidas jawatankuasa pengajur LtDL kerana dikatakan menghina Nik Aziz. Dalam tulisannya dalam blog itu ada tanda-tanda bahawa Zul masih menyandung tinggi mantan bosnya itu. Apa kah ini tanda-tanda bahawa Zul akan ke PAS? meninggalkan PKR kerana terdapatnya firaun-firuan kecil yang tidak senang dengan kehadirannya dalam parti yang berasaskan reformasi itu, demi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kemungkin wayang Zulkefli akan diketahui selepas hari Khamis nanti.

Perginya Zul daripada PKR tidak menganggugugat kedudukkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, kerana perkara ini telah diumumkan oleh Lim Kit Siang dan 23 wakil rakyat Pas yang telah memberi tanda tangan tanda sokongan kepada Anwar sebagai Ketua Pembangkang di dewan rakyat.

Namun bertahan kah Zul jika benar-benar berlaku seperti mana dakwaan mantan setiausaha agong PKR Datuk Salehuddin bahawa ada 10 wakil rakyat kan menyusul jejak Zaharin dan Bee Beng. Akan ada kah episode wayang baru bagi menghadapi keadaan ini. Sama-sama kita tunggu, kerana kelibat Zulkefli ini agak sukar dibaca.

Blog Archive