Showing posts with label Tunjuk perasaan mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Tunjuk perasaan mahasiswa. Show all posts

Monday, January 02, 2012

Demo Mahasiswa di UPSI: Mufti Perlis terikut-ikut

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggunakan istilah "Pembantaian siswa" seperti mana dipetik protal pro pembangkang-malaysiakini.

Jika benarlah penggunaan istilah itu oleh Mufti berkenaan, ianya sungguh malang.

AYT awal-awal lagi menonton video yang dimuat turun oleh seorang blogger "the flying kick" dan dimuatkan di blog tersebut, sejak semalam.

Video yang berduarasi 8 minit lebih itu, menunjukkan sejak awal demo tersebut, sehingga timbulnya kekecohan, apabila polis menyeru para pelajar itu bersurai.

Melalui rakaman itu, sebelumpun 'kontak badan" antara polis- mahasiswa yang berdemo itu berlari dan ada yang merepuh sebuah klinik, sehingga mengakibatkan kecederaan.

Nampak dengan jelas dalam rakaman video tersebut, bahawa mahasiswa dan polis, tiada kontak badan, sebaliknya mahasiswa yang berdemo itu mengelak dan berlarian apabila polis semakin mendekati kumpulan mereka.

Adalah dingatkan kepada Dr Juanda, sebelum membuat kenyataan yang bersifat negatif, perikasa dulu fakta, kerana kenyataan yang berasaskan fakta membuatkan kenyataan itu sahih, jika bukan, maka kenyataan itu samalah dengan kenyataan orang politik yang penuh sensasi dan retorik.

Orang politik lebih suka kepada kenyataan yang "damaging" agar ianya menjadi sensasi.

Polis bertindak menahan 17 mahasiswa yang enggan bersurai itu. Mereka yang tertahan itu adalah mereka yang tidak mengelak, sebaliknya yang tercedera adalah pelajar yang mengelak ditahan.

Yang tercedera adalah akibat rempuhan cermin klinik. Dengan kekuatan rempuhan tersebut, pintu klinik itu pecah berkecai. Sesiapapun yang menggunakan kepala untuk merempuh pasti pingsan, itulah yang berlaku kepada seorang mahasiswa bernama Safwan, di mana gambarnya disiarkan sinonim dengan gambar Anwar semasa BERSIH2.0 pada 9 julai tahun lalu.

Sunday, December 18, 2011

Mahasiswa pelampau: Saifuddin Abdullah???

Menghalang lalu lintas, menggangu ketenteraman awam, bergaduh, adalah kelakuan para mahasiswa yang menunjuk perasaan semalam.

Mereka melakukan provokasi, walaupun pihak polis tidak menggangu mereka, malah pasukan keselamatan itu mempalancar gerakan mereka.

Rakyat mahu melihat melalui pasukan keselamatan, apa yang mereka mahu perbuat, melalui demonstrasi itu.

Nampaknya gelagat mereka seperti kesurupan, tidak menggambarkan sebagai mahasiswa. Kelakuan mereka seperti bajingan, tidak bertamadun.

Ini kah mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin pelapis? Perbuatan sekitar 100 mahasiswa semalam, menconteng muka para mahasiswa lain di negara ini.

Perbuatan segelintir mahasiswa itu ibarat setitik nila yang merosak susu sebelanga.

Malangnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi- Saifuddin Abdullah.. seronok melayan karenah mereka.

Saturday, December 17, 2011

Mahasiswa didikan Saifuddin Abdullah tunjuk belang di PWTC

HARI INI mahasiswa didikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi-Dato' Saifuddin Abdullah tunjuk belang di PWTC, dengan menurunkan gambar Perdana Menteri, di PWTC.

Mahasiswa menjadikan Perdana Menteri sasaran atas isu AUKU.

Bagi AYT, mahasiswa mesti ada jati diri, jika mahu dihormati. Menghina pemimpin negara, bukan cara.

Berbeza pendapat adalah amalan demokrasi, jangan jadikan perbedaan itu, sebagai senjata, yang sebenarnya tidak mendatangkan kebaikanpun dalam pembangunan jati diri sebagai warga negara.

Blog Archive