Showing posts with label Scorpene. Show all posts
Showing posts with label Scorpene. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Isu Scorpene: Akhirnya SUARAM didapati BOHONG


Diasak oleh wartawan akhirnya Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mengaku tiada perbicaraan kes Scorpene di mahkamah Perancis sepertimana yang cuba digembar gembur selama ini.

Cynthia Gabriel seperti dilaporkan Antarapos sebaliknya menyalahkan media tempatan yang salah tafsir kenyataannya, sedangkan dia mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berlakunya ‘perbicaraan’ kes tersebut di mahkamah Perancis.

“Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan ‘siasatan kehakiman’ dan ‘penyiasatan’.

“Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan “perbicaraan” dalam kenyataan kepada umum sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan SUARAM berkata, setakat ini hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Yves Charpenel, pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal sebelum ini pernah berkata sesiapa pun berhak untuk memfailkan aduan dan mahkamah akan meminta seorang hakim bebas menyiasat sejauhmanakah relevan aduan tersebut.

Dalam masa sama Charpenel turut mengesahkan tiada sebarang perbicaraan kes Scorpene berlaku di negara itu.

Dzulkarnain Taib, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan dalam sidang medianya, 11 Okt. lalu mendedahkan aduan SUARAM melalui peguamnya, William Bourdon telah ditolak bulat-bulat oleh mahkamah Perancis pada 13 Mac lalu.

Selepas tiga hari ditolak, peguamnya, Bourdon sekali lagi memohon kepada mahkamah Perancis untuk menjadikan badan itu sebagai plaintif bersekutu dengan alasan Suaram bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH), namun setakat ini status rayuan tersebut masih belum diketahui.

“Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukkan Suaram dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut.

“Tindakan mahkamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukkan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang bermotifkan keuntungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia,” kata Dzulkarnain.

Pada Jun lalu Cynthia Gabriel mendakwa Jasbir Singh Chahl akan disepina untuk menjadi saksi pertama kes Scorpene tersebut.

“Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jasbir Singh Chahl,” umum Gabriel dilaporkan Mkini dotcom

Namun dakwaan Gabriel itu dinafikan sendiri oleh Jasbir Singh yang berkata beliau tidak pernah menerima sebarang sepina.

“Itu adalah satu tuduhan palsu dan tuduhan jahat yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak pernah kenal dan jumpa,” kata Jasbir Singh kepada FMT.

Semalam dilaporkan enam NGO telah membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Gabriel yang masih berdegil mahu memanipulasikan isu tersebut.

Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna.

Tuesday, October 09, 2012

Isu Scorpene Hanya Rekaan SUARAM; Pendakwaraya Perancis

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.

Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.

"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.- Bernama

Friday, June 29, 2012

Isu Scorpene: Nurul Izzah@Spinner Knock Out

Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene.

Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.

Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut? Ahmad Zahid  menjawab-TIDAK PERLU, KERANA pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.

Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.

Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.

Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?

SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.

Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.

Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.

Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?

Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung.
Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu ‘tulin’ untuk menyerang Perdana Menteri.

Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?

Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.

Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.

Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.

Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.

Tidak apa, teruskanlah menyedapkan hati sendiri buat masa ini, kerana jumlah sokongan sebenar tetap akan terserlah dalam pilihanraya.

TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS
( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.
 Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia

Wednesday, June 27, 2012

Isu Scorpene: Nurul Izzah@spinner-Knock out di Parlimen

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.

"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene

"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.

Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.

Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis

Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.

Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.

Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.

"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.

"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).


"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah, menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.

Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.

"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.

"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.

Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.

Saturday, June 09, 2012

Isu Scorpene-Surat peguam Perancis

NOTA LAWYER PERANCIS WILLIAM BOURDON YANG MENYATAKAN BAHAWA dia adalah UPAHAN SUARAM...Datang ke Malaysia bersama TUNANGnya..untuk holiday... BUKANKAH PENYIASATAN PERLU DIA LAKUKAN DI PERANCIS UNTUK Justifikasi kepada pihak berkuasa Perancis supaya membuka semula kes Scorpene... BUAT APA DIA DATANG MALAYSIA?...menjaja kenyataan yang belum ada? Orang tak siuman saja nak beli... 
 Dalam perkembangan yang sama, Nurul Izzah membuat usul  di dewan rakyat agar isu dokumen scorpene dibincangkan, kononnya dibeli oleh DCNS (pembekal scorpene) daripada sebuah syarikat di Hong Kong.

MP Lembah pantai itu terpaksa spin isu baru, kerana dia amat malu dengan dakwaannya sebelum ini, bahawa scorpene, tidak mampu menyelam.

Nurul Izzah bukan sahaja malu, malah usahanya itu sia-sia selepas dia dan Tony Pua menggunakan masa yang cukup banyak, menggunakan wang ringgit yang lumayan banyaknya untuk menjaja isu scorpene.

Namun usaha putar belit mereka itu memakan diri sendiri, kerana boss mereka-Lim Guan Eng sendiri yang memalukan merea berdua dengan membuktikan bahawa scorpene bukan sahaja mampu menyelam akan tetapi mempunyai peralatan yang amat canggih.

Sunday, June 03, 2012

Kapal Selam Scorpene: Dari tidak boleh menyelam sehingga bayaran jutaan komisyen

Pembangkang tidak henti-henti bercakap soal kapal selam Malaysia-Scorpene. Dari tidak dapat menyelam, berakibat pembunuhan model Mongolia- Altantuya Shaaribu dan kini pula isu bayaran komisyen.

Suatu ketika Pemimpin Pembangkang yang dimulai oleh Tony Pua (DAP) dan dispin oleh Nurul Izzah Anwar (PKR) mendakwa bahawa kapal selam negara itu tidak mampu menyelam.

Namun semua dakwaan itu hanya tinggal dakwaan, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng menyelam bersama kapal selam negara itu.

Pelawaan Menteri Pertahanan-Zahid Hamidi kepada pemimpin Pembangkang untuk menyelam bersama kapal selam negara, hanya diterima oleh Guan Eng, manakala Tony Pua dan Nurul Izzah bisu seribu bahasa.

Sebelum isu kapal selam tidak mampu menyelam, pihak pembangkang menabur cerita, bahawa kematian model Mongolia-Altantuya ada kaitan dengan pembelian kapal selam scorpene, dan dakwaan itu, ada disebut di mahkamah Perancis.

Isu terkini mengenai kapal scorpene, dikatakan Perdana Menteri-Najib Razak; didakwa meminta komisyen sehingga AS1bilion serta dakwaan kickback kepada syarikat milik bapa kepada Razak Baginda yang berjumlah Euro 36 juta. 
 
Ekoran dakwaan itu, AMK PKR membuat laporan kepada SPRM mendesak melakukan siasatan terhadap Najib.
 
AMK PKR bukan sahaja mendesak siastan, akan tetapi membuat kata dua kepada SPRM untuk membuat pendirian mengenai isu tersebut.

Blog Archive