Showing posts with label Perlantikan SUK Selangor. Show all posts
Showing posts with label Perlantikan SUK Selangor. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Parti mana yang terima Shuhaimi Shafiei?

Walaupun PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti, namun penafian itu hanya gimik. Parti mana yang akan menerima seorang penderhaka.

ADUN Sri Muda itu hanya akan menjadi liabilti kepada mana-mana parti yang akan dia sertai.

Sebelum ini Shuhaimi menjadi bahan berita apabila dia menulis melalui blognya, yang berunsur menghasut, agar Sultan Selangor tidak dihormati rakyat.

Tulisan ADUN Sri Muda berkaitan dengan perlantikan SUK Selangor-Datuk Khusiran yang tidak diterima oleh kerajaan Pakatan Selangor.

Ekoran perlantikan Khusiran- Kerajaan Selangor akan mengadakan sidang DUN khas pada 24 januari ini untuk mengubah undang-undang tubuh kerajaan Selangor, agar perlantikan SUK dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bukannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sepertimana lajimnya.

Friday, January 07, 2011

Perlantikan SUK Selangor: Mantan SUK Selangor PAKATAN dakwa sebagai dalang

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud didakwa mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada menteri besar dan exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.

Menurutnya, Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Pada sidang akhbarnya, petang semalam, beliau memperincikan urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Ramli sehingga membolehkan Khusrin dilantik sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.

"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada menteri besar oleh jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada menteri besar. (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin," kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh setiausaha sulit sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada menteri besar mahupun exco kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat exco itu, menteri besar menghantar nama calon yang disenarai-pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Ramli.

"Pada 17 Disember, MB hantar tiga nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya sultan telah membuat keputusan dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.

Khalid berkata Ramli jelas berperanan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.

"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah berlaku di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.

Tuesday, January 04, 2011

Usaha Khalid Ibrahim menghalang Perlantikan SUK Selangor:Kerja sia-sia

Sebenarnya Menteri Besar Selangor-Tan Sri Khalid Ibrahim telah tahu bahawa Surunjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) tiada kuasa melantik Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK)kerana kuasa itu adalah dibidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam hal ini Ketua Setiausaha Negera (KSN).

Tindakan Khalid mempertikai perlantikan SUK Selongor yang telah dilantik oleh KSN dan seterusnya diperkenaan oleh Sultan Selangor-bermotifkan politik serta tindakan sia-sia.

Seorang pakar perkhidmatan awam-Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata hanya SPN di bawah negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah) yang mempunyai kuasa untuk melantik tiga jawatan tinggi iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya lebih peka tentang perkara ini dan berhenti mempersoalkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini.

"Cubaan beliau untuk mempersoalkan pelantikan tersebut dilihat satu usaha yang sia-sia kerana hak eksekutif untuk melantik pegawai divisyen tinggi masih tertakluk kepada kerajaan Persekutuan sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katan Dr Ahmad Atory.

Mengulas mengenai hasrat Abdul Khalid untuk mengadakan sidang tergempar bagi meminda perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, bagi membolehkan kerajaan PKR negeri mempunyai kuasa untuk melantik jawatan tersebut, Ahmad Atory menegaskan pemindaan tersebut hanya akan mengakibatkan krisis undang-undang yang lebih teruk.

Menurut Ahmad Atory, mengikut perkara Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri, sebarang usaha untuk meminda perlembagaan negeri akan terbatal dengan sendirinya jika ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebut: "Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri dan undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu."

Sementara itu, pakar perundangan terkenal Profesor Salleh Buang, berkata adalah mustahil bagi kerajaan Selangor untuk meminda perlembagaan negeri kerana mereka memerlukan dua pertiga majoriti bagi membolehkan proses tersebut berlaku.

"Dalam Perlembagaan Selangor, memang dah tertulis setiap pemindaan perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga...dan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi sebelum boleh meminda perlembagaan," katanya.

Ketika ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 14 kerusi, DAP (13), PAS (8), manakala Barisan Nasional (BN) mempunyai 21 kerusi, daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Menurut Salleh, sekalipun pindaan tersebut berjaya, ia masih tidak akan memberi kesan terhadap pelantikan Mohamad Khusrin kerana sebarang pemindaan Perlembagaan tidak bersifat 'retrospective' (ke belakang).

Menurut Salleh lagi, sikap Abdul Khalid yang tidak membenarkan SUK sendiri masuk mesyuarat Exco, seolah-olah cuba menafikan hak Mohamad Khusrin, serta menunjukkan pemimpin itu sendiri cuba membelakangi perlembagaan.

Blog Archive