Showing posts with label PRK Bukit Gelugor Dan Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Bukit Gelugor Dan Teluk Intan. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Apa Peluang BN Di PRK Teluk Intan?

PRK Bukit Gelugor, BN Skip, namun PRK Teluk Intan, mungkin BN bertanding. Teluk Intan sebenarnya adalah wilayah BN yang diwakili Parti Gerakan dan hanya jatuh ditangan DAP bermula pada PRU-12, apabila kamu cina menolak BN, dan segelintir melayu yang menjadi penyokong PKR dan PAS mengundi calon DAP.

Jika penyokong dan ahli Gerakan dan MCA berpatah balik, peluang calon BN memang cerah, namun jika penyokong dua parti itu, tetap menolak parti-parti itu, sejauh mana sokongan kaum melayupun kepada calon BN, maka tetap akan kalah.

PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, hanya akan mengesahkan, bahawa pengundi cina terus menjahui BN. Jika fenomena ini berterusan, dan PKR dan PAS mampu menarik tambahan sokongan kaum melayu, besar kemungkinan kawasan2 yang dimenangi MCA dan MIC serta Gerakan, akan jatuh ke tangan pembangkang. Jika itu berlaku, PRU-14 merupakan pilihanraya TURNING POINT di negara ini. BN kena berhati-hati.

Saturday, May 10, 2014

PRK Bukit Gelugor:Tepat!!! MCA Tidak Bertanding

Semalam dalam blog ini, AYT menyarankan agar BN tidak bertanding bagi PRK Bukit Gelugor. Sebabnya, untuk masa ini, BN/MCA belum mempunyai faktor positif yang membolehkan parti itu mencapai kemenangan. Selain itu, kawasan itu adalah kubu kuat DAP, sepertimana majoriti yang diperolehi calon parti itu terutama pada PRU-13 lalu. Dalam masa setahun, selepas PRU itu, tiada faktor luarbiasa yang boleh menyebabkan pengundi mengubah fikiran; juga faktor kematian penyandang kawasan itu Karpal Singh, akan membawa undi simpati kepada anaknya Ramkarpal Singh.

Hari ini MCA mengumumkan tidak bertanding pada PRK itu.

Parlimen Bukit Gelugor kosong berikutan kematian Karpal Singh pada 17 April lalu kerana terlibat kemalangan maut semasa beliau dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Jika ada pertandingan, maka hari pengundian dijadualkan pada 25 Mei. Di atas kertas, calon DAP akan menang mudah; atas sebab demi menjimatkan kos, agar memberikan kemenangan kepada calon DAP tanpa tanding.

Thursday, May 08, 2014

PRK Bukit Gelugor Dan Teluk Intan: Untuk kesekian Kali BN Adalah Underdog

Parlimen Bukit Gelugor kosong, atas sebab kematian penyandangnya Karpal Singh pada pagi 17 April akibat kemalangan jalanraya. Manakala Parlimen Teluk Intan kosong juga atas sebab kematian. Penyandang kerusi itu Mah Siew Keong meninggal kerana kanser pada 1Mei lalu. Kedua-kedua kerusi itu adalah kerusi DAP. Pada PRU 13 lalu, Karpal menang dengan majoriti lebih 40,000 undi, manakala Siew Keong menang dengan kelebihan lebih 7,000 undi; kedua-duanya mengalahkan calon Barisan Nasional.

Atas kertas, Bn tiada mempunyai peluang di Bukit Gelugor, manakala di Teluk Intan, keadaan dikatakan 50-50; namun berasaskan keadaaan semasa, calon Bn bagi kedua-dua kawasan itu adalah calon-calon underdog.

Seperti di PRK Kajang, calon Bn dari awal-awal lagi dinyatakan tidak berpeluang untuk menang, atas sebab itu berbagai pihak dalam Bn, meminta agar PRK itu tidak ditandingi calon Bn. Akan tetapi, alasan yang diambil pucuk pimpinan untuk bertanding di Kajang adalah mengambil peluang untuk menerangkan polisi-polisi kerajaan kepada rakyat.

Pada PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, jika BN mengambil keputusan bertanding, kemungkinan akan memberikan alasan yang sama, iaitu menggunakan masa berkempen untuk menerangkan polisi polisi kerajaan, terutama berkaitan GST dan TPPA.

Tidak seperti sebelum tahun 2008, PRK pada kebiasaannya akan dimenangi calon-calon Bn, namun selepas itu, calon-calon Bn tidak lagi berpeluang berbuat demikian, kecualilah kawasan itu memang kawasan Bn. 
 
PRK Bukit Gelugur dan Teluk Intan, tidak mengubah status quo di Dewan Rakyat. Siapapun yang menang, tetap sahaja keududukannya demikian, kecuali, jika Bn menang, maka menyuntik moral kepada gabungan 13 parti itu, bahawa kawasan bermajoriti kaum cina boleh ditawan. Manakala, jika calon PR menang, maka mengesahkan sekali lagi, bahawa pengundi cina memang telah memutuskan telah berpatah arang dengan Bn.
 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan bahawa hari pengundian di Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei, manakala di Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei.

Blog Archive