Showing posts with label Nurul Nadira. Show all posts
Showing posts with label Nurul Nadira. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Bapa Dirang dihantar pulang ke Filipina

Ayah kanak2 cilik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah yang ditemukan mati rentong pada 8 Mac lalu dihantar pulang ke negara asalnya Filipina.

Sebelum ini, ayah kanak2 yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu semasa membeli mi segera dan sebutir telur di sebuah kedai runcit di bawah flat kediamannya telah ditahan reman sebagai suspek.

Pihak polis Johor telah mengsahkan bahawa bapa mangsa tidak terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurut polis tiga suspek utama pembunuhan kanak2 cilik itu telahpun berjaya ditahan dan sisatan lengkap sedang berjalan sebelum mengemukakan kepada pihak pendakwaraya untuk mendakwa mereka.

Dalam perkembangan lain, ibu mangsa merayu agar bekas suaminya itu jangan dihantar pulang ke negara asalnya, kerana dua anak hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu akan merindui ayah mereka.

Menurut Roslyen (ibu Dirang) bekas suaminya sangat menyangi anak2nya, dan setiap sebulan sekali akan menjeguk anak2nya itu.

Tuesday, March 13, 2012

Dirang anak cilik: Kenapa perlu dibunuh?

APA dosa anak kecil yang bernama Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang 5 tahun dibunuh lalu dibakar?

Anak kecil itu pada 1 mac hanya berbekal 4 ringgit untuk membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di mana mangsa tinggal bersama ibu dan bapanya.

Mayat Dirang yang rentung disahkan oleh pihak polis apabila DNA mayat itu sepadan dengan DNA ibu kandungnya.

Sebelum ini, pihak polis Johor telah menjumpai mayat rentung di sebuah ladang kelapa sawit Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 mac lalu. Hasil siasatan awal, mayat rentung itu milik orang dewasa, kerana pihak forensik polis menghadapi kesukaran mengenal pasti kerana keadaan mayat yang hangus terbakar.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Tempoh tahanan reman keempat-empat suspek yang ditahan berhubung kehilangan Dirang akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Monday, March 12, 2012

Rangka kanak2 rentung disahkan Nurul Nadirah:Polis

PASIR GUDANG: Rangka kanak2 yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang 5 tahun dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi 1 mac lalu ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.

Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya.

Blog Archive