Showing posts with label Najib dan Tun Dr Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Najib dan Tun Dr Mahathir. Show all posts

Saturday, April 04, 2015

Desakan Tun Dr Mahathir- Apa Kah Najib Bakal Kecundang???

Tahun 2009- Tun M menyerahkan borang keahlian Umno
1. Menurut Tun Dr Mahathir, jika Najib masih Perdana Menteri Umno/Bn bakal kalah pada PRU-14.

2. Alasan kekalahan itu, Najib gagal memerintah negara dengan baik, kerana timbulnya berbagai skandal besar khususnya 1MDB. 

3. Mantan Perdana itu, sudah mempersoalkan peribadi perdana menteri, dengan mengaitkan dengan isu kekayaan anak tiri Najib yang mampu membeli rumah mewah berharga ratusan juta di New York.

4. Juga, mantan Perdana Menteri itu, mula mempersoalkan mengapa Sirul Azhar begitu barbaric, sehingga membunuh tidak tentu pasal. Sedangkan semasa menjadi pegawai keselamatan beliau, Sirul tidakpun pernah membunuh orang.

5. Menurut Tun Dr Mahathir, Malaysia sekarang ditahap paling rendah di mata dunia, di mana indeks rasuah, bukannya berkurang malah meningkat.

6. Pada Sabtu, mantan Perdana Menteri itu, mengulangi desakannya, agar Najib berundur, untuk menyelamatkan Malaysia dan parti UBN.

7. Dalam perkembangan berasingan, rata-rata kabinet Najib dan pemimpin Umno berdiri teguh di belakang Perdana Menteri itu. Juga, pemimpin parti komponen Bn, khususnya daripada Sarawak dan Sabah, secara sebulat suara berdiri di belakang Perdana Menteri.

8. Sehingga kini, tiada seorangpun AMT Umno atau para pemimpin komponen parti Bn menyambut desakan mantan Perdana Menteri itu.

Tuesday, January 27, 2015

Damaikan Dato Najib dan Tun Dr Mahathir-Apa Yang DS Shahidan Dapat Lakukan

SEMALAM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shahidan Kassim sanggup menjadi orang tengah, untuk mendamaikan Dato Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri.

Agak-agak apa yang boleh dilakukan Shahidan? sedangkan beliau dilantik Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota kabinet dan sekaligus sebagai pelaksana dasar Perdana Menteri itu.

Permintaan Tun Dr Mahathir jelas, ubah dasar Umno dan kembali ke malay centric, atau ubah orang. Jika permintaan ini sanggup dilaksanakan Najib, maka akan mudahlah tugas Dato Shahidan mendamaikan kedua-keduanya. Jika tidak, ertinya usaha beliau tidak akan ke mana-mana, kerana sifat Mahathir semua orang faham, terlalu sukar mengalah.

Pertembungan antara Najib dan Mahathir, sebenarnya sudah sampai ke puncak. Mantan PM itu, tahun lepas sudah menarik sokongannya. Maka bermulalah babak-babak bidasan mantan PM itu. 

Isu utama yang diangkat adalah 1MDB, kemudian BR1M dan seterusnya dasar PM terhadap kaum melayu terutama yang berhubungan dengan ekonomi.

Ekoran bidasan itu mantan PM itu dan kadang-kadang Tun Daim turut membuat beberapa kenyataan, akhirnya menyatukan Najib dengan musuh utama Bn- Anwar Ibrahim. 

Anwar dalam satu kenyataan yang mendapat liputan daripada media Umno TV3, bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika suruhanjaya pencegah rasuah itu mahu menyiasat mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Kenyataan itu, macam berlaku permainan dibelakang tabir antara beliau dengan Najib.

Blog Archive