Showing posts with label NFC dan Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label NFC dan Shahrizat. Show all posts

Monday, August 06, 2012

Tag Menteri Lembu: Menghina saya: Shahrizat

Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.

Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.

"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.

Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".

Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.

Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.

Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit.

Friday, March 23, 2012

Desak Shahrizat berundur: Benarkah Kamalia Ibrahim bercakap atas desakan akar umbi?

Kamalia Ibrahim, mengaku bahawa desakannya sebelum ini agar supaya Shahrizat berundur demi kredibilti parti dan BN adalah suara akar umbi. Namun, hasil pertemuan antara Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Naib Ketua Pergerakan itu, akhirnya Kamalia akur, bahawa Shahrizat tidak perlu berundur daripada jawatannya, kerana Ketua wanita itu telah membayar tanggungjawab moralnya akibat skandal NFC yang membabitkan keluarganya , dengan berundur daripada kabinet.

Hari ini sempena perjumpaan wanita dengan Presiden Umno di PWTC, Kamalia berjanji akan terus berkerjasama dengan Shahrizat agar supaya wanita tetap kukuh semasa berhadapan dengan PRU-13.

Yang menjadi musykil kepada AYT, benarkah kenyataan Kamalia itu sebelum ini, berasaskan pandangan akar umbi? Jika benarlah kenyataan beliau berasaskan kepada pandangan akar umbi, maka adalah bahaya mengenepikan pandangan itu.

Adalah menjadi virus kepada kepimpinan wanita, jika pandangan akar umbi diketepikan.

Jumlah akar umbi beratus kali ganda berbanding jumlah pemimpin, selain itu akar umbi merupakan penentu kepada kemenangan parti. Apa kah perasaan mereka, apabila pandangan mereka diketepikan begitu sahaja? atau kah para pemimpin terpaksa membuat penjelasan kepada mereka.

Perjumpaan wanita hari ini, adalah sesi penjelasan dan taklimat, mudah2an pandangan mereka sebelum ini berhubung NFC telahpun jelas dan nyata, dan seterusnya apabila pulang ke bahagian atau cawangan masing2, maka isu NFC akan dijelaskan kepada akar umbi.

Seperti mana dakwaan Kamalia baru2 ini, sukar bagi wanita bergerak, kerana mereka dipanggil "cow". Apa kah melalui taklimat hari ini, panggilan "cow" kepada mereka, akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan?

Kita berterima kasih kepada Kamalia kerana berani menyuarakan pandangan akar umbi secara terbuka.

Bagi AYT pandangan itu perlu diketahui oleh pucuk pimpinan, agar supaya ramuan jawapannya dapat ditemui. Jangan biarkan pandangan akar umbi menjadi api dalam sekam, kerana ianya boleh menjadi faktor sokong membawa rebah.

Kepada sesiapa yang membidas Kamalia, perlu berfikir sejenak. Beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu yang bukan benar. Janganlah ada yang menuduh kamlia, kawan yang tikam belakang. Kamalia tidak akan bersuara, kalau tiadanya skandal yang berlaku.

Skandal NFC bukan sahaja dibicarakan oleh pembangkang, malah rata2 orang kampungpun membicarakannya.

Untuk itu, taklimat wanita hari ini oleh pucuk pimpinan parti, kena pada masanya agar supaya, isu NFC tidak terus dikaitkan dengan Shahrizat.

Shahrizat adalah wanita malang dalam kes ini, kerana bersuamikan sesorang yang dituduh pecah amanah yang membabitkan wang pinjaman kerajaan kepada NFC-syarikat yang diurus oleh keluarga beliau.

Ketua wanita itu tidak terlibat dengan NFC, namun secara moral beliau dikaitkan. Untuk itu, beliau melepaskan jjawatan kabinet. sekiranya suaminya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, maka beliau boleh kembali ke kabinet semula.

Desak Shahrizat undur: Apa motif Kamalia????

Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (gambar) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Thursday, March 22, 2012

Undur: Shahrizat kena akur.. kali ini desakan orang nombor 2 Pergerakan Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur daripada jawatan Ketua Wanita Umno demi kredibiti parti dan Barisan Nasional, demikian kata Datuk Kamalia Ibrahim.

Shahrizat yang terpaksa melepaskan jawatan menteri kabinet pada 8 April depan berikutan tempoh senantorshipnya tamat.

Shahrizat terjebak dalam kancah NFC, apabila keluarganya terbongkar menyalahgunakan dana daripada kerajaan itu untuk kepentingan lain, termasuk membeli harta yang tiada kaitan dengan peternakan lembu.

Suami Shahrizat telah didakwa di mahkamah pada 12 Mac lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM40.9 juta.

Kes suaminya akan didengar semula pada 18 April depan.

Tuesday, March 20, 2012

Siasatan terhadap NFC - PAC Parlimen diperlekeh

PAC Parlimen, macam diperlekeh oleh pengurusan NFC, apabila syarikat milik keluarga Datuk Sharizat Abdul Jalil itu enggan berkerjasama.

Pagi ini, NFC hanya diwakili Pengurus Sumber Manusia syarikat itu- Wan Zurina Saaran dengan ditemani dua peguam.

Menurut ahli panel PAC Parlimen-MP Kota Belud, sesi yang bermula 9 pagi tadi hanya berlangsung kira2 1/2 jam, memandangkan pihak NFC enggan menjawab sebarang soalan. Dalam sesi siasatan itu juga, dua peguam yang mengiringi Zurina yang banyak bercakap.

Selain itu, pihak NFC berdalih bahawa kehadiran mereka bukan atas jemputan PAC, melainkan atas arahan Kementerian Pertanian dan asas tani.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami kepada Shahrizat telah dihadap ke mahkamah dan berdepan dengan tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM40.9 juta, wang yang berpunca daripada pinjaman kerajaan-RM250 juta untuk tujuan peternakan lembu, namun digunakan untuk kepentingan lain yang tiada kaitan dengan lembu.

Friday, March 16, 2012

Kenapa Pembangkang pilih isu LEMBU?

SEBABNYA, semua rakyat tahu apa itu lembu!!. Rakyat tahu macam mana daging lembu. Rakyat tahu harga lembu, malah rakyat tahu memelihara lembu.

Apabila skandal NFC yang berkaitan dengan lembu, yang bermula dengan laporan Ketua Audit Negara pada Oktober,2011, pihak pembangkang terus menyambar isu ini sebagai isu utama menghentam kerajaan.

Malah mantan menteri kewangan-Tun Daim Zainuddin beranggapan, jika isu lembu itu tidak diselesaikan dengan baik, maka ianya akan menentukan keputusan PRU-13.

Kalaulah NFC tidak mendapat pinjaman mudah daripada kerjaaan yang berjumlah RM250 juta, syarikat NFC kepunyaan keluarga Shahrizat Abdul Jalil tidak akan mendapat perhatian.

Demikian juga kalau pinjaman mudah itu digunakan dengan betul bersesuian dengan tujuan pinjaman itu, ianya juga tidak akan mendapat perhatian meluas, malah ianya tidak akan menjadi isu utama pembangkang.

Namun, atas sebab kegelojoan, maka individu yang diamanahkan menukar tujuan pinjaman tersebut kepada penompokan harta sendiri, maka ianya menjadi momokkan pembangkang menghentam kerajaan, kerajaan tersalah pilih orang dalam melaksanakan projek kerajaan itu.

Niat kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan kelulusan Kementerian Kewangan untuk memperuntukan sejumlah wang negara, adalah untuk mengurangkan pengaliran wang negara ke luar negara melalui pengimportan daging lembu.

Namun niat kerajaan itu terbantut atas sebab kerakusan individu2 yang terlibat.

Sekarang, nasi telah menjadi bubur, damage has been done. Kerajaan terpaksa menjawab tindakannya sendiri. Sekirannya, projek lembu itu tidak dilaksanakan, sudah tentu kerajaan terlepas daripada masalah ini.

Dalam apa2 projek mesti ada risiko kegagalan. Namun dalam kes NFC, bukan projek itu yang tidak berdaya maju, sebaliknya pelakasaannya yang diselewengkan.

Akibat skandal NFC, Pengarah kanannya yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato Dr Muhammad Salleh Ismail telahpun dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan pecah amanah yang membabitkan jutaan ringgit yang melibatkan pinjaman daripada kerajaan itu, namun isu lembu ini terus diputar oleh pihak pembangkang menghentam kerajaan.

Adalah juga disebabkan skandal NFC, Menteri Pembangunan Wanita Dato Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatannya kerana secara moral, beliau terpalit, kerana projek lembu itu diusahakan oleh suami dan anak beranaknya.

Sejauh mana impak isu lembu ini kepada para pengundi pada PRU-13? Apa kah kenyataan Tun Daim mempunyai merit? sama-sama kita berfikir sejenak.

Skandal NFC akan tentukan keputusan PRU-13: Tun Daim

Pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.
Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

Mengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.

Tuesday, March 13, 2012

Shahrizat dah letak jawatan, suaminya telah didakwa-Pembangkang masih belum puas

Pembangkang kini cuba mengeret kementerian Pertanian dan asas tani dan Kementerian kewangan dalam skandal NFC.

Walaupun Shahrizat telah meletakkan jawatan, walaupun tidak terlibat dengan skandal itu, akan tetapi melibatkan suaminya dan anak2nya, namun pihak pembangkang belum berpuas hati.

Pembangkang mendakwa hanya melalui Suruhanjaya Diraja sahaja, kononnya boleh memuaskan hati mereka.

Semalam, Pengarah Eksekutif NFC Dato Dr Mohd Salleh Ismail telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM40.9 juta daripada pinjaman RM250 juta yang diperuntukan untuk projek NFC.

Walau bagaimanapun, Salleh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Salleh kini diikat jamin sebesar RM500ribu sementara kesnya didengar semula pada 13 April depan.

Skandal NFC kini, sudah dihukum oleh pihak pembangkang terlebih dahulu, sebelum mahkamah membuat keputusan.

Ironinya, pembangkang mendakwa jika bukan kerana desakan mereka, maka suami Shahrizat tidak akan didakwa. Pendirian ini seolah-olah memperkecil seluruh jajaran pihak2 yang terlibat dalam penyiasatan kes ini, selepas didedahkan oleh Ketua Audit Negara tahun lalu.

Pihak pembangkang mengambil kredit daripada ketelusan kerajaan melalui Ketua Audit Negara dalam mendedahkan sebarang salah laku.

Rakyat perlu menilai, tindak tanduk pembangkang yang hanya mencari keburukan kerajaan, manakala usaha kebaikan kerajaan sepertimana pendedahan KAN, tidak diberi merit langsung.

Kerajaan telah mengheret berbagai individu yang terlibat salah laku, seperti dalam isu PKFZ, isu rumah bungalo mantan MB Selangor dan berbagai lagi yang melibatkan para pemimpin kerajaan atau mantan pemimpin.

Secara pasti kerajaan BN yang ada terus berusaha memperbetulkan salah2 laku yang dilakukan. Untuk itu, pihak pembangkang jangan syiok mendakwa, kalau bukan mereka, maka tiadalah pendakwaan.

Monday, March 12, 2012

Suami Shahrizat tidak mengaku salah 4 tuduhan pecah amanah

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini tidak mengaku salah atas empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Namun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

Terkini: Pengarah kanan NFC akan dihadapkan ke Mahkamah hari ini

Berita terkini yang belegar2, bahawa pengarah kanan NFC akan dihadapkan ke mahkamah.

NFC adalah syarikat yang diurus oleh suami dan anak2 Shahrizat Jalil, ketua wanita Umno.

Isu NFC menjadi panas dan telah menjadi skandal, apabila pinjaman mudah daripada kerajaan yang berjumlah RM250 juta untuk membangun ladang lembu di Gemas Negeri Sembilan diseleweng untuk membeli hartanah yang tiada kaitan dengan peternakan lembu.

Sunday, March 11, 2012

Bye-Bye Shahrizat: Kenapa perlu tunggu 8 April?

Kenapa perlu menunggu 8 April? sebab untuk melengkapkan tempoh senator, agar supaya dapat pencen. Itu sahaja tujuan Shahrizat secara automatik meletakkan jawatan, kerana tempoh senatornya tamat pada tempoh itu.

Benarlah kata Tun Mahathir, Shahrizat terlalu sayang pada jawatan, sebab itu beliau menunggu luputnya perlantikan beliau.

Walaupun Shahrizat bukan lagi anggota kabinet selepas tarikh itu, namun Jawatan Parti, sebagai Ketua wanita Umno, tetap terus dipegang, seolah2 perletakan jawatannya tiada kaitan langsung dengan skandal yang melanda keluarganya.

Nampak juga, perletakan jawatan beliau daripada kabinet, bukan kerana kehendaknya, akan tetapi kedudukannya tidak memungkin itu, atas sebab beliau bukan wakil rakyat.

Kalaulah Shahrizat merupakan wakil rakyat yang dipilih, ada kemungkinan beliau tidak akan melepaskan jawatan.

Shahrizat: Jawatan senator tamat 8 April- jawatan menteri juga turut tamat

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

"Saya dengan ini nak memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.

Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."

Thursday, March 08, 2012

Skandal NFC: Baki akaun hanya RM421.00 mampu pinjam RM4 juta!!!

Semakin berlarutan skandal NFC, maka semakin banyak pendedahan yang dibongkar oleh pihak PKR.

Kalaulah tiada salah laku, pasti tiadalah isu yang boleh didedahkan.

Terkini, PKR mendedahkan, bagaimana Pengerusi Eksekuif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Datuk Shahrizat Jalil, yang hanya mempunyai baki simpanan RM421.00 akan tetapi mampu mendapat pinjaman RM4,391,240 untuk membeli hartanah.

Menurut pendedahan yang dilakukan PKR, suami kepada Shahrizat itu mampu mendapat pinjaman tersebut atas sebab, beliau memindahkan RM71.4 juta kepada akaun sebuah bank yang mana wang tersebut berasal daripada RM250 pinjaman daripada kerajaan.

Melalui pendedahan terbaru, ahli keluarga Mohamad Salleh telah membeli lapan unit hartanah komersial daripada ECO City yang setiap satunya bernilai antara RM1.1 juta hingga RM1.56 juta.

Masalahnya kini timbul, apabila ahli keluarga Shahrizat gagal membayar angsuran pinjaman itu sejak Ogos,2011. Jika keadaan ini berlarutan, maka kolektrol RM71.4 juta itu terancam. Sekiranya keluarga Shahrizat gagal membayar angsuran harta itu, besar kemungkinan hartanah yang dibeli itu akan disita pihak bank. Jika ini berlaku, maka tunggakan bayaran akan ditolak kepada kolektrol itu.

Saturday, February 25, 2012

Skandal NFC: Pendedahan Tony Pua sokong kenyataan Nazri Aziz

Tony Pua hari ini mendedahkan bukti yang didakwanya perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang mana menurutnya bukti syarikat berkenaan telah melanggar syarat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi fasiliti tersebut.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga pernah berkata, bahawa NFC telah melanggar syarat2 perjanjian.

Ketua Publisit DAP itu menjelaskan Perkara 3 perjanjian itu dengan jelas menyatakan dana kerajaan itu mesti digunakan bagi “ membiayai projek tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian ini.”

Perjanjian Pertama itu menyatakan pinjaman berkenaan harus “konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia membangunkan, memperkenalkan, dan mengusahakan pengeluaran lembu dan produk lembu melalui Pusat Fidlot Nasional menjadi pusat untuk aktiviti komersial dan bersepadu ternakan lembu fidlot.”

“Itu tidak diragukan lagi. Penggunaan duit tersebut hanya di benarkan untuk membiayai pembangunan pusat berkenaan dan bukannya untuk tujuan lain,” katanya (gambar) di ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini bermakna, setiap dakwaan yang dibuat eksekutif dan pengarah NFCorp bahawa mereka boleh menggunakan dana itu untuk apa sahaja adalah mengarut.”

Tambah Pua, perkara itu dikuatkuasakan oleh Perkara 18.1 (b), yang menyatakan mana-mana keadaan selagi mana hutang tersebut masih wujud, NFCorp harus menggunakan duit yang dipinjam itu “untuk kegunaan yang dinyatakan dalam Perkara 3 perjanjian ini.”

Pua turut akan menanyakan perkara itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani kerana membenarkan NFCorp mencatatkan di akaun pinjaman khas itu, mencatat yang permintaan-permintaan sedemikian perlu diiringi oleh satu laporan kemajuan daripada syarikat itu.

Laporan perkembangan itu harus ditandatangani oleh jawatankuasa teknikal yang berkelayakan dan dipengerusikan oleh pegawai daripada kementerian, berdasarkan perjanjian tersebut.

“Mereka perlu menandatangani laporan kemajuan itu. Jadi, penyusutan telah berlaku walaupun NFC gagal memenuhi sasaran ... (menunjukkan) kementerian pertanian turut sama bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini,” katanya.

NFCorp harus mengemukakan kenyataan bulanan daripada bank kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun menjelaskan bagaiman dana itu digunakan, kata Pua dan mempersoalkan kementerian membenarkan pinjaman itu diteruskan.

“Kecuali NFCorp menghantar laporan palsu. Mungkin itu akan diklasifikasikan sebagai jenayah, kita tidak tahu sama ada mereka menyerahkan laporan palsu ketika itu.

“Kementerian Kewangan perlu membuat penjelasan maklumat laporan tersebut,” katanya menambah, pegawai rasmi kementerian yang diberi taklimat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung NFC menyatakan tidak disebut berkenaan pembelian hartanah dibuat dalam laporan berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mempersoal kementerian pertanian kerana tidak membekukan akaun kerana Perkara 4 menjelaskan pembayaran balik harus dibuat tiga tahun kemudian selepas bermula sekitar 2008.

“Kita sekarang berada dalam bulan Febuari 2012. Menurut pemahaman saya mereka belum membuat pembayaran walu sesen pun. Kita sudah lebih daripada tiga tahun,” katanya.

“Kenapa mereka tak bayar? Kenapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap pembayaran lewat? Dab kenapa pinjaman tersebut tidak dibekukan atau dipindah akaun?”

Projek yang dibiayai kerajaan ini menjadi topik perbualan selepas ianya diletakkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan dengan mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan termasuksejumlah RM62 juta digunakan untuk tanah, hartanah dan perbelanjaan tidak berkaitan NFC.

Anak Shahrizat dan eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, bertegas menyatakan syarikat berkenaan telah menggunakan dana dengan lebih baik dengan melabur dalam hartanah ketika menghentikan operasi perniagaan selepas Putrajaya mengambil keputusan menggantung pembinaan pusat penyembelihan yang disewakan kepada syarikat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu mengumumkan Putrajaya akan melantik badan audit khas bagi menyemak buku laporan NFCorp bagi mengenalpasti sekiranya terdapat pertuduhan terhadap syarikat tersebut, tetapi menentang cadangan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah itu.

Wednesday, February 15, 2012

Shahrizat: Jangan terlalu sayang pada jawatan: Tun Mahathir

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

Ini berikutan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.

Wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian.

Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku.

Segala dakwaan itu kini dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya dan Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Monday, February 13, 2012

Isu NFC: Sebaiknya keluarga Shahrizat bayar balik pinjaman RM250 juta: Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, semalam, Mohamed Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Menurut Nazri, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC tetapi mencadangkan tender terbuka dijalankan bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini.

NFC dibidas pelbagai pihak termasuk dari Umno, apabila PKR membuat pendedahan demi pendedahan bahawa syarikat itu, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, adalah pengerusinya menyalah gunakan dana RM250 juta yang diperuntukkan sebagai pinjaman mudah oleh kerajaan.

Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarganya.

NFC sepatutnya untuk membekalkan lembu bagi memenuhi permintaan daging tempatan untuk rakyat di negara ini.

Pada masa ini, syarikat itu sedang disiasat Unit Jenayah Komersial, Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno juga dipanggil oleh SPRM pada hari Rabu lalu untuk membantu siasatan yang diklasifikasikan di bawah seksyen 23 Akta SPRM atas kemungkinan tuduhan salah guna kuasa.

Friday, February 10, 2012

Pinjaman RM250 juta kepada NFC boleh digunakan selain projek lembu-merupakan satu kesilapan daripada kerajaan

Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh.

Dalam satu kenyataan semalam, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.

Katanya, daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Adalah difahamkan bahawa pelaburan itu merujuk kepada harta yang dibeli di bawah nama syarikat tersebut, termasuk dua unit kondominium One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur dan sebidang tanah di Putrajaya.

Tiga unit kondominium mewah di Singapura yang didedahkan oleh PKR, telah dibeli di bawah nama pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka.

Thursday, February 09, 2012

Lagi pemimpin BN minta Shahrizat berundur

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

NONEDalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

NONESementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbar The Star.

Wednesday, February 08, 2012

Skandal NFC: Lagi dua kondo mewah terbongkar

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.


"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

Monday, February 06, 2012

Jangan jadikan Wanita Umno perisai isu NFC: Ketua Bahagian Umno Cheras

Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar).

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.

Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh rakyatberkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya.

Blog Archive