Showing posts with label Mustapha Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustapha Ali. Show all posts

Saturday, May 04, 2013

Video Seks: Mustafa Ali enggan bersumpah- Hanya salahkan pihak lain

MARANG: Memang sudah dijangka dari awal, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sekali lagi tampil menafikan beliau individu yang dimaksudkan dalam video seks yang didakwa mengaitkan dirinya.

“Saya tidak ada kena mengena dengan video berkenaan. Saya tidak terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Mustafa kepada penyokong yang ramai di Rusila pada malam Jumaat.

Mustafa, mendakwa Umno merupakan dalang dalam pembikinan video seks tersebut.

“Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (bekas pemimpin Umno) memberitahu saya ada unit khas dalam Umno yang bertanggungjawab menghasilkan video lucah,” dakwanya.

Mustafa berkata beliau telah mendapatkan nasihat daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada dia perlu membuat sumpah laknat menyatakan beliau tidak terlibat dalam video tersebut.

“Mereka kata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Saya akan patuh kerana mereka adalah teras utama dalam parti dan saya tidak akan melakukan sumpah laknat,” katanya.

Rakaman video lucah itu tersebar di internet pada 11 April apabila sebuah blog memaparkan gambar pegun yang diambil daripada rakaman video berkenaan.

Rakaman penuh video tersebut, kemudiannya turut tersebar. Ia memaparkan seorang lelaki menyerupai Mustafa terlibat dalam aksi seks bersama seorang wanita yang dikatakan berlaku dalam sebuah bilik hotel.

Mustafa yang pada awalnya enggan mengulas mengenai video itu apabila ia tersebar, hanya mendakwa ia satu ‘fitnah jahat Umno’.

Pemimpin PAS bersungguh-sungguh mempertahankan Mustafa, Presiden PAS sendiri mendakwa adalah mustahil untuk Mustafa terlibat dengan aksi seks seperti itu kerana dia ‘tidak boleh duduk berlutut dan naik tangga dengan baik’.

Ini bukan kali pertama video seks melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat tersebar, sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikaitkan sebagai individu yang terlibat dalam video seks yang disebarkan pada 2011.

Friday, April 19, 2013

Penamaan Calon Esok: Mustafa Ali pilih kerusi mana?

SETAKAT ini tidak diketahui status Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali bertanding di kerusi mana atau negeri mana.

Mustafa diselubungi skandal video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Setakat ini, Setiausaha Agung Pas itu masih membisu dan enggan memberi jawapan berkaitan dengan video seks yang memaparkan dirinya.

Thursday, April 18, 2013

Video Seks: Mustafa Ali masih membisu

ALOR SETAR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terus membisu mengenai isu penyebaran video seks yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau yang kelihatan bersahaja ketika diserbu pihak media bagi mendapatkan reaksinya berhubung video yang disebarkan sejak seminggu lalu bertegas untuk tidak memberi sebarang komen.

Sebaliknya Mustafa terus mengulangi kenyataannya sebelum ini yang beliau menyerahkan kepada peguamnya, Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. untuk mengambil tindakan lanjut.

"Tak apa..tak apa, saya serah kepada peguam," katanya ringkas ketika ditemui di sini.

Diajukan teori kemungkinan wujud unsur sabotaj sama ada di kalangan pemimpin PAS sendiri atau membabitkan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, Mustafa hanya tersenyum tanpa memberikan reaksi.

"Oh, anda beritahu saya? Tak mengapalah...saya dengar cukuplah," katanya sambil tersenyum.

Sebaliknya ketika menunggu kenderaannya sebelum meninggalkan majlis, Mustafa lebih selesa untuk berbual dengan wakil media mengenai situasi politik semasa di Kedah terutama membabitkan senarai calon Barisan Nasional (BN).

Monday, April 15, 2013

Video Seks: Kenapa Mustafa Ali Enggan Report Polis?

Awal-awal isu video yang dikaitkan dengan Mustafa Ali timbul,blog ini cuba sedaya upaya mengelak untuk membicarakan kes berkenaan. Kerana bagi saya ianya amat memalukan.

Namun begitu apabila Pas dan konco-konconya termasuklah peguam Mustafa Ali yang dengan kurang ajarnya menuduh Umno yang menghasilkan video berkenaan, perasaan simpati saya terhadapnya mula pudar.

Mereka kata itu semua fitnah. Mustafa Ali sendiri pun dalam ceramahnya dua hari lepas juga mengatakan itu fitnah Umno.

Mereka akan cuba sedaya upaya meyakinkan penyokong mereka bahawa itu adalah fitnah.

Saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir secara logik. Mustafa Ali bukanlah individu yang menjadi ancaman kepada Umno dan negara. Dia tidak terlibat dengan pihak-pihak asing untuk timbulkan huru hara dalam negara. Dia tidak terlibat merancang keganasan di Lahad Datu. Mustafa Ali adalah antara individu dalam Pas yang pro kerajaan perpaduan. Senang cerita, Umno tidak ada masalah yang besar dengan beliau.

Jadi untuk apakah Umno nak buat satu video lucah untuk mendajalkannya ? Kalau kita nak hasilkan video sebegitu rupa, lebih baik kita buat video yang memaparkan pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini lantang menyerang Umno seperti Mahfuz Omar atau Husam Musa.

Kita semua ada fikiran dan akal yang waras. Cuba kita fikir,mampukah Umno untuk menghasilkan satu video yang lengkap dengan suara loghat Terengganu seperti mana percakapan Mustafa Ali selama ini ?

Cuba anda cari di You Tube (maaf tak dapat sediakan link,pakai BB) mana-mana sidang media atau ceramah Mustafa Ali. Anda dengar betul-betul tutur kata percakapannya. Kemudian pandai-pandailah dimana anda nak cari video yang sedang heboh sekarang, dan dengar betul-betul suara lelaki dalam video tu. Bandingkan dengan suara yang di You Tube.

Puak-puak Pas memberi alasan bahawa macam-macam teknologi yang ada sekarang yang boleh digunakan untuk menghasilkan video seperti itu.

Kita tak nafikan memang ada teknologi. Tetapi teknologi yang direka cipta tak mampu menghasilkan sesuatu seperti yang asli dan siap dengan suara loghat Terengganu.

Pas dan Mustafa Ali boleh menipu orang ramai dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah fitnah Umno.

Tapi Mustafa Ali tak mampu untuk menipu dirinya sendiri, menipu isterinya dan anak-anaknya. Isteri tahu pakaian suaminya. Anak-anak pun tahu pakaian ayah mereka.

Sebagai rakan rapat Mustafa Ali, saya yakin Haji Hadi sendiri pun tahu pakaian dan cara Mustafa Ali.

Tapi orang-orang Umno tak tahu yang Mustafa Ali jenis pakai singlet putih di dalam dan seluar dalam crocodile untuk mereka hasilkan video berkenaan.

Kakitangan pejabat Pas pun tahu jenis beg yang selalu dibawa setiausaha agung mereka setiap kali masuk pejabat.

Mustafa Ali kata itu fitnah Umno. Tetapi kenapa sampai hari ini Mustafa Ali tak muncul menafikan kecacatan yang ada dalam video tersebut. Contohnya, mungkin dia boleh kata saya tak pakai singlet jenis begitu. Itu bukan beg saya. Beg saya begini. Paling komang pun dia kata perut lelaki dalam video itu lebih buncit daripada perut saya.

Seperti yang saya katakan semalam,kes ini kes berat. Ianya melibatkan maruah. Bukan setakat maruah laki bini tetapi maruah anak cucu dan cicit. Juga maruah sebuah parti islam yang berusia lebih 50 tahun. Yang pelik kenapa Mustafa Ali dan Pas tidak mengambil langkah membuat laporan polis ? 
Apakah mereka telah mengambil iktibar dari kes laporan polis oleh mantan TPM pada tahun 1998 ? Dimana pada masa itu Anwar membuat laporan polis terhadap buku 50 dalil yang mengatakan dia terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.

Selepas membuat laporan polis berkenaan, ,Anwar meminta Ketua Polis Negara supaya mengarahkan kes berkenaan disiasat oleh SAC II Musa Hasan yang pada masa itu bertugas di bahagian perundangan PDRM. Musa pun terkejut kenapa pula dia yang menjadi pilihan Anwar sedangkan dia bukan seorang pegawai penyiasat dan tidak terlibat dengan kes-kes seperti itu.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Musa Hasan adalah adik beradik Fuad Hasan. Dan Fuad Hasan ketika itu seorang Adun di Selangor adalah pengikut setia Anwar. Anwar berharap dengan memilih Musa Hasan maka dia dapat mempergunakan Fuad Hasan bagi mempengaruhi Musa supaya kesnya tidak disiasat dan tahu-tahu Musa umum Anwar tidak bersalah. Tuduhan ke atasnya adalah fitnah.

Rupa-rupanya Anwar silap pilih pegawai penyiasat. Musa Hasan siasat betul-betul kes berkenaan dan adiknya Fuad Hasan pun hampir-hampir ditangkapnya. Siasat punya siasat akhirnya Musa menemui segala bukti yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan liwat. Segala laporan dan bukti yang disiasat Musa dibentangkan kepada Tun M. Maka kantoilah Anwar ditangan pegawai penyiasat yang dia sendiri pilih. Sebab itu Anwar benci dan marah semarah-marahnya kepada Tan Sri Musa Hasan.

Bermula dari situlah pemimpin-pemimpin politik tidak berani lagi membuat laporan polis jika ada tuduhan atau skandal yang dilemparkan kepada mereka. Apa yang terjadi kepada Anwar dijadikan pengajaran yang berguna kepada semua orang-orang politik.

Sebab itu dalam kes Mustafa Ali ini, kalau dia yakin tidak bersalah dan difitnah pergilah buat laporan polis. Kalau tak berani nak buat laporan, maknanya ada sesuatu yang tidak kenalah.

Jangan pula bagi alasan hilang kepercayaan kepada polis. Selama ini orang cabut bendera Pas pun kamu buat laporan polis. Tak kan ini kes yang besar yang melibatkan maruah dan kredibiliti, kamu tak mahu repot ?
Akhir kata, kita semua dikurniakan akal fikiran yang waras, maka kita fikirlah dengan terbaik samada apa yang berlaku itu adalah fitnah atau pun tulin. Jangan tipu diri kita sendiri. Terimalah kebenaran walaupun pahit untuk ditelan dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Nukilan RBF

Sunday, April 14, 2013

Video Seks: Beza Mustafa Ali dengan Chua Soi Lek

Mustafa enggan mengaku itulah bezanya dengan Chua Soi Lek








Kesihan Pada Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din- Terpaksa mempertauhkan pemimpin yang ada krisis moral

Bukan Mustafa Ali-Sebab Mustafa tak boleh  bengkok lutut 
DARI Ketua Pembangkang sehingga Timbalan Presiden PKR, PAS DAN Para pemimpin lain dan terkini Setiausaha Agung PAS, semuanya bermasalah moral. Mereka-mereka yang dipertaruhkan kononnya pemimpin masa depan negara.

Sejak lima tahun lalu, Pembangkang terus menerus memfitnah Datuk Seri Najib dengan berbagai fitnah, namun satupun tiada bukti, namun pembangkang masih mengangungkan pemimpin mereka meskipun ada bukti nyata.

Daripada kes LIWAT, MAIN SEKS DENGAN PELACUR, MAIN DENGAN BINI ORANG DALAM GERABAK KERETA API, MAIN DENGAN BINI KAWAN, SEMUANYA ADA DALAM PEMIMPIN PEMBANGKANG.

Video Seks Mustafa Ali: Didalangi Pembangkang

Bermula dari petang Khamis, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 26 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang 'skandal seks' untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi BN/Umno ia merupakan 'Akujanji' antara pemerintah dan rakyat.

Lebih mengemparkan lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.

Melalui soal-siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?

Setelah dilakukan analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih aktif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin 'Anwarinas' atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.

Isu ini bermula sejak idea 'kerajaan perpaduan' (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.

Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.

Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan, apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu.

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.

Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.

Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.

Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama 'jemaah'. Maka tidak hairanlah, apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu.

Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.

Perkara yang hampir sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.

Bukankah keputusan itu jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.

Kesimpulannya, pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.

Video Seks: Biasanya Mustafa Ali mengamuk

Mustafa Ali terkenal dengan panas barannya. Namun semenjak video seks membabitkan dirinya, selain tidak mahu membuat penafian, sebaliknya menyalahkan orang lain.

Bukan apa, Mustafa yang mewakili parti Islam SeMalaysia (PAS) yang selama ini membawa perwatakan warak, sanggup melakukan perbuatan seperti itu.

Berasaskan kepada rakaman video, jika perbuatan itu bukan dilakukan bersama dengan pasangan yang sah, tahu lah hukum hakamnya.

Tiada siapa yang menuduh Setiausaha Agung Pas itu berzina. Kalau lah perbuatan melakukan seks itu dilakukan dengan pasangan yang sah, nyatakan saja. Pasti rakyat dapat menerimanya. Tiada masalah. 

Mustafa bukan dengan sedar merakam video itu dengan maksud disebarkan, akan tetapi perbuatan orang lain.

Hubungan seks dengan pasangan yang sah tetap berlaku, cuma tiada manusia yang melihatnya.

STOPA terus selamat selagi ada BULAN

Baik Datuk Mustapha Ali maupun Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak perlukan merasa sensitif kalau ada orang yang melakar macam-macam sejak muncul isu video lelaki yang didakwa Setiausaha Agung PAS.

Dalam pada itu ada juga kaki otak kuning yang asyik buai khayalan.

Ini termasuk berkhayal meletakan diri mereka di tempat lelaki bersama minah gedik yang sempoi itu di dalam skesta klip video yang tengah top di carta sekarang.

Siapa tahu mungkin pelakon video China Doll boleh jatuh cemburu melihat klip videonya sudah merosot sikit di carta.

Ada juga yang gatal dok membandingkan pelakon utama mana yang lebih hebat dan pancit segera.

Apapun rasanya Datuk Mustapha boleh terus tenang-tenang goyang kaki dan tidak perlu gundah gulana nak melayan ragam dunia yang tengah syok bercakap dan bercerita tentang video itu.

Yang penting dalam hidup Datuk sekarang PAS tidak mungkin sekali-kali akan usik dan selongkar kes video ini.

Memamg dah agak siapa yang mahu melondehkan Setiausaha Agung partinya sendiri.Berat risikonya.

Apa lagi dalam suasana yang dekat sangat dengan pilihanraya umum ke 13.

Politik memungkinkan segalanya.Tak gitu Datuk.

Ini sudah terjamin.Reaksi kalangan pimpinan utama parti nampaknya cukup tegas termasuk Tok Guru Presiden.Segalanya fitnah belaka.

Kita juga dengar Datuk Husam Musa sendiri kata tak payah siasat.

Terbaru Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dilaporkan berkata penyebaran rakaman video secara meluas di alam maya itu tidak perlu diendahkan.

"Tidak...tidak...tidak...Majlis Syura tidak akan panggil (untuk beri penjelasan)," katanya dipetik sebuah portal berita.

Tegas Nik Zawawi, kaedah siaran rakaman video seks di laman blog untuk mengaibkan pemimpin bercanggah dengan syarak.

"Cara ia disiarkan adalah cara yang bercanggah dengan syarak dan seharusnya tidak dipercayai kerana tidak tahu hujung pangkalnya.

"...dan pada zaman sains dan teknologi ini, macam-macam boleh dibuat dan dilakukan," katanya.

Memang seronok kan Datuk…siasat tidak apa tidak,main pukul borong cakap begitu.

Ini macam cerita seorang yang dituduh mencuri.Tanpa soal siasat polis terus bebaskan dia dan kata itu semua fitnah.

Jadi tidak perlulah sesiapa nak cuba-cuba desak PAS itu ini.

Jangan tak tahu PAS ada undang-undang sendiri.Ada yang boleh dijadikan kebal sekebalnya dan ada yang boleh disembelih hidup-hidup begitu saja tanpa soal jawab.

Kalau nak tahu lebih-lebih kenalah ajak Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali bersembang panjang.

Ada yang boleh cop sembahyang tidak dapat pahala dan ada yang sekelip mata boleh jatuh kafir tak tentu pasal.

Jangan ada rasa marah pada PAS kerana itu sudah jadi sifatnya dulu,kini dan selamanya.Lagipun martabat keislaman orang-orang PAS cukup tinggi berbanding dengan umat Islam lain di atas muka bumi ini.

Kalau tidak mana mungkin laluan ke syurga sudah ‘difatwakan’ terbentang luas bagi mereka yang pangkah parti bulan.

Datuk Mustapha patut merasa cukup beruntung berada dalam lingkungan mereka yang kuat nak menjaga kesucian maruah diri dan parti.

Ada juga cerita yang kata sesetengah pihak dalam PAS tengah mengelegak geram hendak tahu kebenaran kes video itu.Benar ke tak benar itu Datuk Mustapha.

Tapi mengenali struktur parti itu yang boleh terus diam bila Tok Guru berdehem,suara-suara itu pasti akan tenggelam begitu sahaja di angin lalu.

Lagipun PAS selama ini sudah ada sejarah dalam bab ini.

Mat Sabu yang level Timbalan Presiden tetap steady control macho sekalipun suara gatal dalam rakaman telefon yang dikaitkan dengannya bersama isteri orang,Normah masih segar dalam youtube.

Satu dunia melihat bagaimana PAS bagi perlindungan totok menerusi ‘fatwa’ video itu besi dan tidak boleh jadi bahan bukti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes video China Doll.

Jadi apa nak hairan suami Datuk Seri Wan Azizah itu boleh terus bersiul ke sana ke mari tanpa segan silu.

Kalau ada rasa kekok di hati Datuk boleh minta pedoman dari Anwar bagaimana hendak control penampilan.

Bab video itu anggaplah ia tidak jadi kudis walaupun budak-budak muda di serata pelusuk negara sekarang sedang berebut-rebut hendak tengok di internet.

Hukum alam sudah begitu.Siapa yang tidak minat nak tengok satu video yang dikaitkan dengan pembesar sebuah parti Islam.

Juga jangan merasa kecil hati kalau dapat tahu ramai sekali yang mengumpat,cerca dan maki hamum setelah menonton klip video itu.

Kalau tak percaya Datuk boleh selak komen-komen di blog-blog,facebook dan twitter.

Ini belum masuk mereka yang dok bergebang di kedai kopi dan restoran mamak.

Malah dengar kata ada yang menyesal habis sokong PAS selama ini.

Itu memang tidak dapat dielakan kerana wajah,watak,lenggok,perbualan dan segala-galanya serias 99.9 % dengan Datuk.Ini fakta.

Siapa yang tidak geram dan merasa diri mereka tertipu.

Kalau Datuk nak tahu ada juga yang hentak meja berbalah dengan kawan-kawan kata mana mungkin video boleh dicipta sampai begitu sekali.

Watak lelaki dan wanita dalam video itu cukup natural sekali.

Ikut cakap mereka kalau gambar boleh direka cipta tetapi video near impossible.

Datuk tentu ingat bagaimana pakar Korea Selatan dan Amerika yang membuat analisa keatas video China Doll memutuskan ia 99.9 peratus tulin.

Mungkin Datuk boleh minta anak-anak buah di ofis check bab ini dengan mana-mana produser filem atau pakar animination yang mereka kenal untuk dapat kepastian.

Sekurang-kurangnya kalau betul boleh ia dapat jadi penyedap mulut kalau siapa-siapa ajak bertekak.

Lagi yang kurang sedap… ramai juga yang dok bercakap tentang beg hitam yang lelaki dalam video itu gunakan.

Masa kes Anwar dulu orang bercakap tentang jam Omega,Kali ini ada yang kata tak kan orang di pejabat PAS dan bos-bos PAS lain tidak kenal beg itu.

Harap-harap orang rumah Datuk tidak pernah nampak beg itu.

Lumrah dunia,ada juga manusia yang dikaitkan dengan barangan peribadi yang kerap dibawanya seperti beg ke pejabat dan sebagainya.

Dalam kes video ini,beg itu telah menjadi salah satu bahan jenaka melihat watak lelaki itu mengeluarkan wang dalam sampul surat dari beg itu diatas katil.

Cukup sempoi tengok stail dia.

Ini termasuk ada yang persendanya jangan-jangan duit yang dikeluarkan dari sampul surat itu hasil wang kutipan dalam karung di ceramah-ceramah PAS.

Nak buat macam mana Datuk..mulut orang memang susah nak dikawal dalam bab kata mengata ini.

Juga kalau kita putar balik video itu,salah satu yang dengar cerita cukup mencuri perhatian ramai ialah dari cara cakap minah gedik itu.

Ini bab dia kata panik kena berurusan dengan ‘auntie’ yang nak aksesori baju segala macam.

Rupanya ramai juga yang membuat andaian kalau-kalau ‘auntie’ yang disebutnya itu ialah orang rumah Datuk.

Kalau begitu tentu parah jawabnya.Boleh perang dunia kesepuluh.

Entah lah…kalau Datuk nak tahu kami sendiri sudah survey habis.Ramai kawan-kawan termasuk kalangan wartawan yang kami tanya.

Yang syoknya ada juga yang telefon tanya pendapat kami.

Nampaknya majoriti yang condong rasa lelaki dalam video itu Datuk.

Berat memang berat kalau ramai merasa begitu.

Itu adalah pandangan peribadi masing-masing yang siapa pun tidak boleh sekat.Mereka tengok dan mereka nilai sendiri.

Kalau di pihak kami sendiri...maaf Datuk awal-awal lagi bila tengok klip video itu keluar di internet kami pun rasa begitu.

Bab fitnah memang dosa besar dan tak wajar siapa main-main apa lagi melibatkan maruh orang yang berkedudukan macam Datuk.

Macam orang-orang lain,kami juga berpandukan akal,lojik dan apa yang jelas seadanya terbentang depan mata dalam video itu.

Apapun Datuk tidak perlu merasa gusar kalau benar lelaki itu bukan Datuk.

Dunia nak kiamat atau nak terbalik ke…pokonya Datuk sudah gerenti selamat dibawah lindungan bulan.-14/4/2013- OLEH ROSLI ISMAIL

Saturday, April 13, 2013

INI Kali LAH Mustafa Ali

VIDEO Seks berduarasi 11.26 minit yang memaparkan sosok tubuh menyerupai Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak Khamis lalu, hingga kini hangat diperkatakan baik di media sosial mahupun media arus perdana.

Tetapi apa yang pelik si empunnya badan, hingga kini masih mengelak untuk menafikannya, malah menyalakan orang lain, terutama parti lawannya Umno.

Inilah yang dikatakan lain yang makan nangka lain yang kena getah. 

Tiada bukti, bahawa Umno terlibat dengan penyebaran video itu apatah lagi merakamnya.

Yakinlah, perbuatan seperti ini, hanya boleh dilakukan oleh mereka yang arif dan tahu pergerakan dan aktiviti  Setiausaha Agung Pas itu.

Jangan salahkan orang lain kerana perbuatan sendiri. Perkara dan perbuatan jahat itu, akan senantiasa terbongkar bagaimana rapinyapun kita menyimpannya. Manusia hanya boleh merancang Allah yang menentukan.

Menjelang PRU-13 ini, kerana rakyat diminta untuk memilih siapa bakal-bakal pemimpin, maka di sini lah terbongkar perlaku pemimpin yang beraspirasi menjadi pemimpin negara.

Rakyat masih belum terlambat melakukan penilaian.

Wajib Baca! Dokumen Sejarah Bukti Siapa Mulakan Trend Politik Lucah Di Malaysia.

Sejak terkeluarnya gambar 'makan aiskrim' Azmin Ali di internet, pembangkang mula meroyan semacam.

Berbondong-bondong pemimpin pembangkang cuba menegakkan benang yang basah.

Maka, alasan yang paling POWER yang pembangkang boleh bagi adalah...........INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Bila gambar tersebut keluar di muka hadapan Utusan dan Kosmo, makin meroyanlah pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz.


MyMassa cuba mengimbas sejarah, siapa sebenarnya yang suka menyebarkan politik lucah untuk menjatuhkan pihak lawan.

Ianya bermula dengan kes video lucah Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu D.P. Vijandran.
Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat,D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong ,Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pita_video_Lucah_Vijandran

Pembangkang mungkin boleh nafikan jika tiada bukti yang sah. Bagaimana jika MyMassa letakkan bukti ini? Macam mana pembangkang nak pusing lepas ni? Dalam bukti ini, siapa yang menggunakan politik lucah untuk jatuhkan lawan, bukankah ia bermula dari parti pembangkang iaitu DAP?

Hansard Parlimen 11 Disember 1989 ms 42

Sejarah tidak boleh menipu. DAP lah yang memulakan politik lucah dengan mengaitkan skandal seks untuk menjatuhkan pihak lawan pada tahun 1989. Sejarah politik lucah dalam negara tidak berhenti di situ.

Kemudian pada tahun 1994, skandal seks sekali lagi digunakan oleh DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang ketika itu sedang meningkat naik sebagai pelapis kepimpinan negara. Jika pada tahun 1989 ianya dijuarai oleh Karpal Singh, kali ini Lim Guan Eng pula menjadi jagoan fitnah lucah untuk jatuhkan pihak lawan.

Pada tahun 1997, pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan orang nombor dua dalam UMNO iaitu Anwar Ibrahim.

Ianya dimulakan oleh DAP sekali lagi. Kemudiannya disambung oleh PAS sehingga terciptalah gelaran Sheikh Al Juburi oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim.

MyMassa tidak bercakap kosong dalam hal ini. Sekali lagi hansard Parlimen dijadikan bukti siapakah yang menggunakan politik lucah untuk menjatuhkan musuh.

Baca seterusnya di sini (http://www.anwaraidc.com/?p=827).

Apabila kepercayaan pemimpin UMNO terutamanya Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim makin hilang, maka Anwar telah dipecat kerana skandal seksnya yang dimulai oleh Karpal Singh.

Namun ramai anak muda buta sejarah. Mereka menganggap skandal seks yang menjatuhkan Anwar Ibrahim berpunca dari UMNO. Hakikatnya, dokumen hansard Parlimen di atas menjadi bukti bahawa ianya dimulakan oleh Karpal iaitu pada tahun 1997, setahun lebih awal daripada Khalid Jefri mengedarkan buku 50 Dalil di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998.

Sudah terang lagi bersuluh. Bukti-bukti ini telah membersihkan nama UMNO daripada fitnah jahat pembangkang bahawa UMNO yang memulakan trend politik seperti ini. Apa yang berlaku pada hari ini, pendedahan skandal seks pemimpin pembangkang bukan dibuat oleh pemimpin UMNO. Pendedahan tersebut di buat oleh individu yang marahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Eskay yang merupakan rakan baik Anwar Ibrahim satu masa dahulu.

Ianya berbeza dengan pembangkang kerana yang menyebarkan cerita skandal seks pihak lawan datangnya dari pemimpin pembangkang sendiri seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Mat Sabu yang kini merupakan pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang.

Kepada rakan blogger, sila sebarkan fakta dan dokumen di atas untuk menjawab tohmahan pembangkang. Sedarkan penyokong pembangkang bahawa pemimpin mereka yang memulakan taktik kotor ini. Blogger BN yang menggunakan cara yang sama sebagaimana yang pernah mereka buat satu masa dahulu. Artikel asal


*Pemimpin pembangkang hanya boleh tipu penyokong mereka yang buta sejarah tetapi tidak kepada kami blogger BN yang celik fakta.

Lawak Minggu: Komen pemimpin PR- Video Seks Mustafa Ali


Video Seks Mustafa Ali: Mat Sabu nak tonton- Baru nak komen

Video Seks Mustafa Ali: Puncanya! Balas Dendam

Ramai orang melihat video Datuk M itu kerana Dendam Kesumat dan Hasad Dengki Datuk Kamarudin Jaafar (barua Anwar dalam PAS) kerana Datuk M mencuri jawatan Setiausaha Agung PAS daripada datuk Kamarudin Jaafar! Terpulang kepada anda menilai perkara ini, kerana kami mengetahui maklumat dalaman bahawa video itu sudah lama disimpan, sebelum Datuk M menjadi Setiausaha Agung PAS lagi.

Apapun fikiran anda, perkara sudah terjadi, orang negeri sembilan kata "tak dapek nak menulung".

Isu yang anda kena fikirkaan ialah KENAPA edaran paling rancak di kawasan Dewan Undangan Negeri N02 Kota Putera, Besut?

Rupa-rupanya ada masalah Perebutan Kerusi! Seperti yang diketahui, Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Besut adalah DUN Tradisi PKR sejak 1999 hingga 2008.

Tetapi Mustapha Ali dengan Angkuhnya, dengan Egonya, dengan Sombongnya, dengan Sikap Panas Barannya..telah menukar dan memberikan kepada PAS dalam PRU13 ini dengan calonnya dikatakan Ustaz Adam (itu pun Ustaz Adam ini memiliki 2 Isteri).

Akibat rasa tidak puas hati, geng-geng PKR di bawah pimpinan Dr. Sazali memainkan peranan membalas dendam kepada Mustapha Ali. Ianya juga luka lama berdarah kembali bilamana bos mereka Datuk Kamarudin Jaafar dipecat sebagai Setiausaha Agung PAS.

Walau apa pun yang sudah berlaku dan menjadi hidangan halwa anda semua, Haji Hadi Awang telah pun mengeluarkan satu Fatwa berbunyi, "Islam Membenarkan Dedah Aib Pemimpin"..kamu sudah lupakah? Cerita asal

Video Seks: Mustafa Ali enggan berdepan dengan wartawan

SEJAK video seks beredar yang membabitkan setiausaha Agung Pas itu, beliau enggan sama sekali berdepan dengan wartawan. 

Bernama melaporkan semasa di Dungun Terengganu semalam Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas Mustafa hadir pada satu majlis sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu saya tak nak cakap apa-apa saya dah serah kepada peguam itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen ” Selepas itu Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Video Seks Mustafa Ali: Haji Hadi Mahu Solat Hajat Sendirian

MARANG, TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.

“Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

“Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,” katanya.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.

Friday, April 12, 2013

Video Seks: RelaxBro berdurasi 11:26 minit

FULL Video

Video Seks: Mustafa Ali Guna Peguam untuk nafi

Macam Mustafa Ali tetapi bukan?
Peguam Mustafa Ali Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co yang baru sahaja dilantik untuk menangani video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas itu menafikan bahawa pelakon dalam video itu bukanlah kliennya, melainkan orang lain yang menyerupai Mustafa Ali.

Kelakar juga hujah peguam ini. Bagi sesiapa yang menonton video bertajuk relax bro, tiadapun tanda2 dalam video tersebut diedit, malah dalam slow motion ternampak kesenimbangunnya sungguh real.Full Video

Video Seks Mustafa Ali- Tidak Jejas Kredibilti Mustafa Ali: Hadi Awang

 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dalam video seks yang telah diedarkan di sekitar Besut semalam.

Sebaliknya, Abdul Hadi menganggap kononnya tohmahan itu tidak lebih daripada sekadar fitnah yang pastinya tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa Ali. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang di sini hari ini.

Mustafa Ali malu ulas video seksnya

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. 

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily sebentar tadi.

Video Full di sini

Blog Archive