Showing posts with label Muslihat Anwar. Show all posts
Showing posts with label Muslihat Anwar. Show all posts

Thursday, August 02, 2012

Muslihat Anwar di Sabah- satu cabaran kepada BN Negeri

BN Sabah kena hati-hati, jangan lupa sejarah di ambang pembuangan undi tahun 1990. Pada pilihanraya itu, BN tidak dapat berbuat apa-apa, kerana penamaan calon sudahpun selesai, kerusi PBS lebih banyak berbanding kerusi komponen BN lain seperti Usno, Akar dan LDP.

Pada PRU-13 akan datang, BN Sabah kena bertegas, bahawa jumlah kerusi perlu mencukupi untuk menubuhkan kerajaan negeri, kerana ada desas desus keadaan 1990 akan berulang.

Berlegar-legar di mana-mana, bahawa Parti Komponen BN Sabah UPKO di bawah pimpinan Tan Sri Bernard Giluk Dompok akan membawa langkah mengejut sama seperti pada tahun 1990.

Bumburing membuka langkah  untuk testing the water-terbukti bahawa pada perjumpaan 29 Julai di Dalit, Tuaran, 90 peratus yang hadir adalah kaum KDM-trend ini cukup membuktikan bahawa kaum KDM bukan bersama BN lagi.

Dompok tidak akan mahu kecundang begitu sahaja, sama seperti tahun 1999, di mana dia kehilangan kerusi DUN, dan terlepas peluang untuk menyambung jawatan Ketua Menteri Sabah.

Melihat kepada sambutan kaum KDM pada pengistiharan Bumburing keluar daripada BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan sambutan kaum KDM terhadap Penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) oleh Lajim Ukin, nampaknya untuk sementara waktu, trend sokongan kaum KDM kepada pertubuhan itu, tidak boleh dianggap remeh.

Di atas kertas BN Sabah akan mampu menang kerana kerusi bumiputera islam yang lebih separuh daripada jumlah kerusi DUN Sabah. Namun untuk mendapat kuasa 2/3 BN memerlukan 40 kerusi. 

Dalam perkiraan Umno akan bertanding 32 kerusi pada PRU-13 akan datang, memandangkan parti itu adalah tulang belakang komponen BN Sabah. Umno yakin akan menang keseluruhan kerusi termasuk di Klias.

Kemenangan Umno akan tercerencat, apabila kerusi-kerusi yang diperuntukan untuk UPKO akan mudah dimenangi kerana tiada saingan, atas sebab "tindakan" mengejut sama dengan PRU-1990. Untuk kerusi DUN, tidaklah sangat membimbangkan kerana PBS dan LDP masih boleh menyumbang kerusi; akan tetapi di peringkat Parlimen, ianya sungguh bahaya kepada BN pusat. BN tidak boleh kehilangan kerusi parlimen di Sabah, selain kerusi yang dijangka kalah.. Kota Kinabalu.

Pucuk pimpinan BN perlu merungkai semua permasalahan yang ada sebelum berdepan PRU-13, di samping itu, kena berdepan dengan tindakan mengejut yang bakal berlaku.

Anwar Ibrahim tidak akan berhenti memancing dan menabur apa sahaja janji, asalkan matalamatnya menumbang kerajaan BN pusat tercapai, bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 negara.

Kini, Lajim dan Bumburing sudah menjadi mangsa Anwar, dan kononnya pada 12 Ogos ini, akan ada lagi mangsa standby dan dikatakan sebagai khabar baik untuk pembangkang.

Pemimpin Sabah yang diketuai oleh DSP Musa Aman terpaksa mengatur berbagai strategi agar supaya boleh mengekang muslihat Anwar yang nampaknya mendapat sokongan berbagai pemimpin komponen parti BN secara rahsia. 

Saturday, May 14, 2011

Bermacam muslihat Anwar sebelum 16 Mei

Selepas dakwaan pemandu Anwar, bahawa ada usaha membunuh majikannya, atas sebab kerosakan brek kereta M-Benz keluarga Anwar pada 19 April lalu (laporan dibuat selepas sebulan kepada polis)-semalam satu lagi babak baru yang konon menghancam kelaurga Anwar. Puncanya-kononnya satu SMS diterima oleh anak sulung Anwar-Nurul Izzah, dimana pesanan SMS itu- kononnya anak Nurul yang berumur 3 tahun akan diculik. Berikutan itu, Anwar dalam twitternya menulis "Threat to the entire family! @ultimasurf: Someone threatened to harm the child of @n_izzah Malaysian politics is getting uglier each day #fb

Terjemahan: ( Ancaman terhadap seluruh keluarga! @ultimasurf: Seseorang telah mengugut untuk mencederakan anak @n_izzah [Nurul Izzah] politik Malaysia semakin hodoh setiap hari #fb )

Juga menerusi mesej Twitter Anwar Ibrahim:

Nurul Izzah terima sms ugut keselamatan anaknya jk terus menyokong sy. Kerja sial jahat!!Esok 9pg-lapuran polis(bukti sms)Dang Wangi #fb

Anwar tahu bahawa mati hidup pembohongannya akan ditentukan pada 16 Mei ini berkaitan kes liwatnya. Pada hari tersebut akan ditentukan apakah Anwar dipanggil untuk membela diri.

Bagi mengalih pandang isu tersebut, Anwar mecipta isu-isu; namun isu-isu itu-tidak mudah menarik simpati umum.

Setakat ini, belum ternampak sokongan rakyat secara tiba-tiba kepada Anwar-akibat dua isu yang cuba dimainkan Anwar.

Selepas sebulan, Anwar menghadapi isu video seks, satu muslihat telah mengalih pandang isu tersebut-yakni satu laporan blog yang kononnya satu kumpulan paderi telah berikrar untuk menjadikan kristian agama rasmi negara dan seterusnya melantik PM dari agama itu.

Selain isu tersebut, Anwar juga menimbulkan isu pandi kutty-tujuannya tidak lain adalah untuk mengalih perhatian umum mengenaikes utama yang dihadapinya yakni kes liwat dan video seks.

Sementara itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut adalah rakaman tulen dan turun disahkan oleh pakar Amerika. Sebelum ini, agensi penyiaran Korea juga mengsahkan rakaman video seks tersebut adalah rakaman tulen, dan pelaku tersebut adalah Anwar.

Namun, pihak polis setakat ini berkata, bahawa untuk sementara tiada keperluan untuk mendedahkan pelaku seks tersebut.

Wednesday, March 10, 2010

Yusof Qardhawi Sandaran Anwar: Bila Kah Ulama Itu Tampil Ke Depan?

Bila kah Yusof Qardhawi tampil untuk membela Anwar secara terang-terangan? Fatwa atau ceramah melalui VCD sesiapa pun boleh buat dan mengaku bahawa VCD itu berasal daripada ulama itu.

Osama bin Laden senantiasa didengar ceramah atau perutusannya melalui rakaman, namun tidak ada yang dapat mengesahkan bahawa rakaman itu adalah berasal daripada Osama. Amerika terpaksa menggunakan alat penganalisis suara untuk membuktikan rakaman itu berasal daripada Osama, tetapi ketepatannya tidak 100%.

Yusof Qardhawi tidak perlu berbuat demikian, memberi fatwa atau ceramah mengenai sodomy II melalui VCD pula. Yusof adalah rakan Malaysia, ulama itu pernah dianugerah tokoh ma'al Hijrah tahun lepas oleh kerajaan Malaysia.

Malaysia menghargai ulama Mesir itu kerana ilmu agamanya,namun jika benar dakwaan pihak Anwar bahawa ulama itu sanggup mengeluarkan VCD semata-mata membela Anwar, dakwaan itu amat diragukan.

Rakaman VCD boleh sahaja ditokok tambah, kemungkinan ulama itu memberi kuliah mengenai sodomy,namun pihak Anwar menambahnya dengan memasukkan nama Anwar, seolah-olah ulama itu memberi sokongan kepadanya.

Adalah sesuatu yang ganjil bagi seorang ulama seperti Yusof Qardhawi itu mahu mencorengkan namanya kerana seorang insan bernama Anwar. Adalah diragukan bahawa ulama itu memilih tajuk sepertimana 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim'

Dalam negera pun, Nik Aziz Nik Mat ulama Pas dan Tok Guru Pas dan Pakatan, belum mengeluarkan fatwa mengenai Anwar Ibrahim. Ini kan pula orang luar yang tidak tahu menahu mengenai cerita sebenar.

Seorang ulama islam atau islam yang benar-benar berpegang teguh kepada ajaran islam, tidak akan sanggup memberi pembelaan kepada sesuatu yang dia tidak ketahui. Sodomy II adalah kisah antara Anwar dan Saiful, Yusof Qardhawi tidak mengetahuinya, sesiapapun tidak mengetahuinya, kecuali Anwar, Saiful dan Allah maha mengetahui.

Pihak Anwar mendakwa bahawa rakaman VCD 33 minit itu dilakukan di rumah Yusof Qardhawi di Doha, Qatar dan diperoses oleh bahagian institut penyelidikan dan pembagunan wanita Pas dan bahasanya diterjemahkan oleh ahli jawatan kuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Anwar mendakwa bahawa Al-Qardhawi memintanya mengedarkan VCD itu untuk menyelamatkan umat islam. Ini lah dakwaan palsu Amwar, jika benar lah seperti mana kata Anwar itu, bahawaAl-Qardhawi memintanya mengedarkan VCD ini kerana khusus membicarakan sodomy II adalah sungguh meragukan.

Sepatutnya Al-Qardhawi merakamkan fatawa mengenai pegangan Anwar terhadap penggunaan Allah oleh agama lain, selain agama islam. Adalah tidak masuk akal, bagi Al-Qardhawi hanya mahu merakamkan VCD semata-mata membicarakan sodomy II Anwar.

Sesuatu yang ganjil dan cara ini adalah penipuan di pihak Anwar.

Petikan dakwaan Anwar seperti berikut kononnya berasal daripada ulama Mesir itu:"Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," Hanya Allah subhanawataallah sahaja yang boleh menyelamatkan umat, bukan manusia.

Sunday, February 28, 2010

Satu Lagi Muslihat Anwar Terbongkar Di Dewan Kian Kok Kota Kinabalu

Hari ini di dewan Kian Kok Kota Kinabalu, sempena menyambut tahun baru cina anjuran Pakatan dimana Anwar dan Lim Kit Siang ikut serta dan memberi ucapan.

AYT hanya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Anwar. Anwar dalam ucapannya seperti biasa menyerang BN dengan berbagai fakta yang diputar belit.

Sebagai contoh Anwar mendkawa bahawa Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara.Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Anwar dengan nada bersungguh-sungguh merayu agar semua pihak di negara ini supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Anwar dengan nada sinis mencabar puak-puak yang pernah membantah campur tangan Australia itu, kena juga membantah campur tangan Amerika, Turk, Filipina dan India.

Selain negara-negara berkenaan, Anwar turut mendakwa bahawa dia mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Bagi AYT boleh percaya kah apa yang didakwa Anwar ini? Seingat AYT bantahan negera-negara yang disebutkan Anwar ini lebih hebat lagi semasa sodomy I. Namun, negara ini tetap tegak dengan sistem demokarsi dan sistem perundangannya.

Negara-negara luar seperti mana yang disebutkan Anwar adalah negara-negara yang memang dari dahulu lagi merupakan musuh dalam selimut negara ini. Negara-negara ini tidak mahu Malaysia maju, negara-negara ini tidak mahu Malaysia stabil.

Masih ingat lagi kah sebelum krisis mata wang pada tahun 1997, persiden IMF Micheal Camdesuss masa itu sungguh memuji sistem kewangan Malaysia. Namun apabila bantuan IMF ditolak mentah-mentah oleh Dr Mahatahir, maka Presiden IMF itu mengentam dan mencemoh Malaysia. Malaysia mengambil jalan melalui jalannya sendiri untuk mengatasi krisis mata wang yang melanda negara ini. Negara-negara yang disebutkan Anwar itu juga yang mempersoalkan tindakan Malaysia. Namun hakikatnya tindakan Malaysia itu ternyata jitu untuk mengatasi krisis mata wang yang melanda negara ini.

Demikian juga dalam kes sodomy I, masa itu kritikan dan masuk campur negara-negara yang disebutkan Anwar itu sungguh hebat, malah Dr Mahathir digelar sebagai pemimpin keras kepala,pemimpin yang bersifat diktator,mahafiruan dan gelaran yang semua jelek-jelek dilimparkan kepada Dr Mahathir.

Bagi AYT, kritikan dan usaha campur tangan negara-negara luar yang disebutkan Anwar itu, adalah sokongan pribadi para pemimpin itu, bukan lah sokongan negara itu sebagai negara yang menjadi anggota PBB. Kerana sebagai anggota PBB, setiap negara tidak dibenarkan campur tangan terhadap urusan sesebuah negara.

Anwar juga mengambil contoh, bahawa Malaysia juga menyokong pembebasan pemimpin demokrasi Mnymar Aung San Suu Kyi. Perlu diingat, kes Anwar dan Aung San Suu Kyi ibarat langit dan bumi. Aung Saan menang dalam pilihanraya namun dinafikan memerintah negara itu, namun Anwar adalah menyangkut kes perbadi, yakni kes sodomy. Kalau memanding sesuatu perkara, biarlah bandingkan antara epal dan epal, jangan bandingkan epal dengan nenas.

Anwar dalam ucapannya di dewan Kian Kok hari ini, cukup pandai memutar belitkan fakta, sehinggakan kira-kira 2000 orang penyokong pembangkang termasuk presiden SAPP Yong Teck Lee dan Pensihat DAP Lim Kit Siang yang hadir bertepuk memberi sokongan kepada Anwar.

Bagi AYT BN-UMNO kena bertindak sekarang memberi penerangan yang seluas-luasnya mengenai dakwaan Anwar ini, kerana dalam masa singkat,mungkin ada rakyat yang terpenagruh dan percaya.

Thursday, February 11, 2010

Sumpah Anwar

Nampaknya helah dan muslihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penasihatnya Anwar Ibrahim tidak habis-habis malah mereka terus-terusan menunding jari menyalahkan orang lain dan mengatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendalangi aib yang menimpa mereka sedang rakyat sendiri tahu menilainya.

Terbaru, rabu lalu peguam Anwar Karpal Singh mengatakan bahawa hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah adalah pembohong, kerana tidak mengeluarkan notis mahkamah bahawa siaran Utusan Yang membawa tajuk "Tak Rela Diliwat Lagi".

Sementara itu para pemimpin Pakatan juga sperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nizar Jamaluddin serta Zaid Ibrahim mempertikai keputusan mahkamah Persekutuan yang memberi kemenangan sebulat suara kepada Zambry Kadir dipengaruhi pihak-pihak tertentu dan kehakiman tidak bebas dari pengrauh politik. Suatu masa dahulu juga Pakatan terutama Anwar mereka-reka cerita bahawa UMNO cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai BN.

Anwar mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin UMNO juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Sememangnya, inilah helah yang dilakukan oleh Anwar untuk terus meraih populariti di samping menutup aib yang menimpa ahli-ahlinya.

Semua sedia maklum bahawa ini bukanlah kali pertama Anwar bertindak demikian malah sejak sepuluh tahun lalu lagi, semua kejadian atau ‘takdir’ yang menimpanya akan dikaitkan dengan konspirasi UMNO dan BN.

Buatlah apa sahaja walaupun selalunya memang terkena batang hidung sendiri tetapi Anwar tetap begitu, keangkuhannya terserlah dalam setiap kata-kata yang enggan mengakui kesilapan sendiri.

Malah, ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-bukti yang menyokong dakwaannya.

Lantas, Anwar turut memberitahu pemberita di luar dewan bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen UMNO menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Nampaknya sandiwara Anwar terus berlangsung dari satu babak ke satu babak ibarat sinetron bersiri yang entah bila akan tamat.

Ini bukanlah kali pertama Anwar mendakwa mempunyai bukti sedemikian kerana sebelum ini, dia pernah menyatakan menyimpan enam buah kotak hitam yng turut membuktikan keterlibatan pemimpin BN dan UMNO dalam politik wang dan kesalahan-kesalahan lain.

Namun, sehingga kini cerita kotak hitam tersebut lenyap begitu sahaja dan tambah malang lagi apabila bekas pegawai peribadinya, Ezam menafikan adanya kotak-kotak hitam tersebut.

Sesungguhnya, benarlah Anwar tetap Anwar yang tidak pernah berubah atau sedar dengan setiap kesilapannya malah tingkahnya semakin hari semakin menjadi walaupun telah nyata rakan sekutunya dalam pakatan campuran iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh turut mendakwa Anwar wajar bertaubat atas kekecohan politik yang berlaku.

Jika Karpal yang berada dalam barisan Anwar sendiri mengakui bahawa Anwar yang mula memperkenalkan lompat parti dan mempopularkannya hinggakan akhirnya menjerat puak pakatan campuran sendiri tetapi mengapa Anwar mahu menafikan.

Apa lagi yang Anwar mahu buktikan kerana sesungguhnya semakin banyak dia bersuara secara tidak langsung akan semakin banyaklah aibnya akan terbongkar. Bangkai gajah takkan boleh disorokkan.

Sifat iri hati Anwar pada BN dan UMNO memang nyata malah dendam kesumatnya tidak pernah hilang. Anwar memang teringin ‘join’ BN dan UMNO tetapi jika tidak berhasil maka dia akan cuba pula untuk musnahkan BN dan UMNO….

Inilah sumpah Anwar….

Tidak dinafikan bahawa suasana politik sekarang amat berbeza malah terlalu banyak kejutan dari sehari ke sehari namun BN dan UMNO redha menerima ketentuan yang telah ditakdirkan kerana buat baik dibalas baik dan buat jahat terimalah akibatnya.

Anwar gagal muhasabah diri dan menerima kelemahannya atas apa yang telah menimpa satu demi satu wakil rakyat PKR, atau mungkinkah semua yang berlaku adalah akibat ‘sumpah laknat’ Saiful kerana penganiayaan Anwar terhadapnya…

Nilailah sendiri apakah punca perkembangan politik yang berlaku sekarang ini?

Ulang Tayang Sandiwara Anwar

Memang jelas Penasihat PKR itu begitu berusaha dengan segala ‘wayang-sandiwara’ dan ‘tipu-helah’ untuk kembali ke persada politik perdana, walaupun sebenarnya rakyat sudah hilang selera dengan beliau.

Pemimpin terdesak yang dilihat sebagai ‘bankrap modal politik’ ini membawa pelbagai ‘aksi stunt politik’ untuk menarik perhatian masyarakat bahawa beliau masih lagi kekal relevan, walaupun sebenarnya tidak. Sebagai contohnya, dalam Pilihanraya Kecil Ijok April 2007, jelas menunjukan gerakan beliau tertumpu untuk ‘melanyak’ Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak masa itu berbanding dengan pembelaan dan penyelesaian masalah setempat ternyata ditolak pengundi, walaupun PKR cuba menengahkan seorang calon mantan tokoh korporat Khalid Ibrahim yang terkenal berbanding dengan BN, seorang guru.

Kemudian politik pergolakan politik dalaman PKR sendiri. ‘Wayang’ Anwar Ibrahim dalam perhimpunan tahunan parti yang ujud semata mata berlandaskan perjuangan membebaskan beliau dari hukuman penjara itu menunjukan jelas bahawa beliau sebenarnya seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri semata mata dan berterusan ‘bersandiwara’, termasuk sanggup mempertahankan kewajaran Anwarista ‘Ayam Tambatan’ beliau sendiri berkhidmat dalam parti politik lain. Kesan ’sandiwara’ berpanjangan ini memperlihatkan reaksi negatif Timbalan Presiden parti itu Abdul Rahman Osman dan orang kuat Anwar sendiri, S. Nallakarupan sendiri meninggalkan perjuangan sempit PKR parti tanpa arah itu.

Sebagaimana sifat lumrah ‘wayang’; ianya nukilan imanginatif manusia (walaupun kadalang-kala, “berdadarkan kisah benar” ["based on a true story"] – tetapi masih kagi di’adun;’ untuk memenuhi citarasa ‘persembahan dan matlamat’), sensasinya terbatas sementara sahaja dan dalam sekejap masa, orang sudah lupa. Oleh demikian, Anwar memerlukan ‘wayang-sandiwara’ baru untuk terus kekal ‘relevan’, dalam skop kacamata dan perhatian rakyat.

Pada 17 September 2007, beliau mendedahkan sebahagian klip video mengenai peguam V K Lingam kunun kunun bercakap telefon dengan seorang ahli Kehakiman ‘penting’ dan ini disandarkan sebagai modal bahawa Badan Kehakiman sebenarnya ‘korupt’ dan ‘dirancang’. Ini dilihat sebagai usaha strategik beliau untuk ‘membebaskan tengkuk’ dari belengu penghakiman yang ekshaustif.

Ini berjaya menimbulkan reaksi panas pengamal guaman sehinggakan Majlis Peguam berjaya ‘diperkudakan’ untuk menganjurkan satu demonstrasi jalanan tanpa permit Polis di Putrajaya dalam tempoh genap seminggu selepas pendedahan tersebut, walaupun Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan satu Panel Siasatan Khas telah diujudkan untuk menyiasat klip video itu. Ini diperkudakan seterusnya dan emosi rakyat, termasuk golongan professional dimainkan, sehingga satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan ini, yang berkemungkinan berakhir sebagai satu proses ‘akademik’ semata mata.

Walaupun di’kabur’kan segala segala konsep dan idealism “perjuangan menegakan keadilan”, ianya jelas muslihat Anwar percubaan memperkudakan secara maksimum segala ruang dan peluang perundangan dan pentadbiran untuk “membalas dendam” (getting even) dengan mantan Perdana Menteri dan Negarawan Ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Untuk berterusan kekal relevan, Anwar Ibrahim kemudian menjadi ‘dalang’ kepada beberapa siri perhimpunan dan demonstrasi jalanan tanpa permit Polis, yang terbukti bertukar menjadi ganas. Ini merupakan modus operandi Anwar biasa, membangkitkan emosi orang ramai, menarik perhatian media dan NGO antarabangsa dan menguji secara sistematik kesabaran dan professionalism pihak berkuasa, terutama Polis, semenjak lebih 35 tahun ini. Ini termasuk “Perhimpunan Baju Kuning” 10 November 2007 dan “Demonstrasi HINDRAF” pada 24-25 November 2007. Peranan strategik Anwar di’belakang tabir’ ini menerima kecaman kuat dari mantan peguambela beliau sendiri, yang pernah di’perdaya dan perkuda’ untuk ‘menghulur tengkuk, kalah dan dimalukan’ dalam kancah politik sempit mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Tidak cukup itu, Anwar kemudian sanggup memburukan nama baik Negara semasa di luar negara, sehingga hampir mengeheret kepada satu konflik diplomatik antarabangsa antara Malaysia dan India. Ini bukan sahaja menerima kecaman pemimpin pemimpin politik perdana, malah dengan mantan peguambela beliau sendiri.

Agenda politik Anwar didalangi dan disokong luar amat jelas. Persahabatan akrab beliau dengan tokoh tokoh politik Yahudi Amerika Syarikat dan sokongan padu mereka kepadanya begitu terbuka. Dalam Pilihanraya Ijok dan Machap, kehadiran wakil wakil “pejabat perhubungan politik” Kedutaan Besar Amerika Syarikat dalam medan kempen juga secara bersahaja dan terbuka.

Mantan Presiden Gerakan Dr. Lim memang mempunyai asas apabila mengeluarkan kenayataan bahawa rakyat perlu waspada kepada segala ‘wayang-sandiwara’ Anwar Ibrahim, yang sebenarnya mempunyai muslihat politik yang serious, termasuk berkait dengan agenda politik luar.

Paling menarik ialah, selepas pusingan ini, apa dan bagaimana pergerakan ‘wayang-sandiwara’ terdesak Anwar seterusnya untuk menarik perhatian rakyat. Persoalan sekarang, berapa lama lagi sehingga orang ramai akan sedar dan bangkit dari segala muslihat dan ‘wayang-sandiwara’ Anwar Ibrahim, sebagaimana mereka yang pernah diperdaya terdahulu, seperti Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Jomo K Sundram, Marina Yusuf, Nell Onn, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam, Hanafiah Man, S. Nallakarupan, Zainur Zakaria dan Abdul Rahman Osman?

Wednesday, February 10, 2010

Realiti Politik Anwar Penuh Dengan Muslihat

Motto politik Anwar adalah "If You Tell A Lie Big Enough and Keep repeating It, People Will Eventually Come To Believe It".

Apabila kita perhatikan sejak awal-awal lagi perjuangan Anwar, realitinya penuh dengan muslihat pembohongan. Kenapa demikian, kerana Anwar menganggap falsafah Gobbels itu merupakan jalan atau cara termudah untuk menarik sokongan.

Anwar mempergunakan kepakaran dan kepetahannya berucap atau oratornya yang memang melekat padanya, kerana itu Tun Mahathir sendiri pernah berkata " Kalau berdepan dengan Anwar,pasti dan pasti seseorang itu akan convence atau terpengaruh dengan kata-kata Anwar".

Sifat bohong memang melekat pada Anwar Ibrahim.

Pemerhati politik mempunyai satu senarai panjang pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. Di antaranya adalah:

Semasa menjalani hukuman penjara yang pertama beliau telah mengadu sakit leher. Rupanya beliau sihat dan tiada masalah dengan lehernya.

Memerlukan kerusi roda kononnya tidak boleh berjalan, tetapi apabila kembali di kamar, beliau boleh berdiri tegak dan normal.

Dakwa akan disuntik dengan kuman AIDS/HIV nyatanya hingga kini Anwar sihat dan mampu hadir perbicaraan Sodomy II dan berjaya pula menangguh-nagguhkannya.

Mendakwa akan disuntik dengan racun arsenic tetapi tiada apa pun berlaku.

Bersekongkol dengan IMF atau Bank Dunia kononnya untuk mengukuhkan kewangan Sebenarnya beliau berbohong bertujuan untuk membawa Amerika Syarikat bertapak di negara ini. Ini diseedari oleh Tun Mahathir seterusnya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi bankrup dan bergantung kepada Washington seperti yang terjadi kepada Negara Amerika Latin, Somalia, Eutopia dan banyak lagi Negara-negara kecil di Carriebien.

Berbaik-baik dengan BJ Habibie, Gus Dur, Amien Rais atas alasan mengwujudkan masyarakat madani. Tetapi sebenarnya mereka adalah agen sulit Amerika mempunyai agenda klandestin atau tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Soeharto.

Menghubungi pemimpin Amerika Condoleeza Rice, Setiausaha Luar Presiden Bush untuk mencemar nama baik Malaysia.

Mendampingi CNN /NBC/Al-Jazeera, Herald Tribune, News Week dan BBC. Ini satu lagi saluran untuk dia berbohong.

Berceramah di John Hopkins University, George Washington University Islamic Institute. Ini satu lagi platform tempat beliau berbohong. Anwar hanya sesuai untuk berceramah di Hyde Park Corner dimana beliau boleh berbohong sehingga malam kepada pelancong-pelancong.

Berwawancara dengan Metro TV Indonesia dan juga TV Singapura untuk terus memutar belitkan maklumat.

Berpura-pura dengan sahabat-sahabat sendiri seperti Datuk Nalakurappan, Mohd Ezam dan ramai lagi. Mereka ini terang-terangan dibohongi oleh Anwar Ibrahim sehingga sanggup masuk penjara di Sungai Buloh dan juga Kemunting.

Kononnya bercakap-cakap dengan Obama (Amerika). Sebenarnya direka dan tidak berlaku.

Melaungkan September 16, 2008 beliau akan menjadi Perdana Menteri. Ini lagi satu gempak dan pembohongan. Ustaz Hadi sendiri menganggap Anwar Ibrahim seperti “angan-angan” Mat Jenin.

Akan berlaku wakil rakyat Parlimen menyeberangi masuk ke PKR pada sesi Parlimen pertama, 2008. Ini pun tidak berlaku.Sebaliknya Kerajaan Pakatan Perak yang tersungkur akibat pembohongan Anwar.

Lari masuk dan menyorok di kedutaan Turki kononnya ada ura-ura hendak di apa-apakan. Perkara ini tidak berlaku pun. Yang tertipu adalah Duta Besar Turki, Kuala Lumpur dan juga diplomat-diplomat asing di Kuala Lumpur.

Mendakwa ekonomi Negara akan merudum akibat kenaikan harga minyak dan makanan. Ini sudah terbukti tidak berlaku dan adalah satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim.

Akan berlaku huru hara dan boleh membuat pelabur-pelabur asing lari. Ternyata negara masih aman dan pelabur tidak lari malahan semakin ramai yang melabur di Malaysia.

Dihadap dan dituduh meliwat pada 1998. Beliau mati-mati menafikan tetapi tidak meyakinkan hakim.

Pada 2008 beliau sekali lagi ditangkap kerana meliwat. Beliau terus menafikan walhal mangsa telah membuat laporan polis serta sanggup bersumpah di dalam Masjid Wilayah Ogos 2008 perihal diliwat Anwar Ibrahim. Manakala pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh seperti mana keterangan mahkamah melalui Sodomy II yang bermula pada 3 Februari 2010 yang lalu.

Konspirasi – tidak berhenti becakap mengenai konspirasi. Sebenarnya sahabat dan ahli keluarga beliau terlibat dalam “conspiracy of silence” supaya melindungi kerja-kerja tidak bermoral di merata-rata tempat termasuklah di hotel dan kondo-kondo mewah sejak 1998 lagi.

Menuduh pihak polis, peguam Negara, SPRM menganiaya beliau. Ini satu “diversion” untuk lari daripada kebenaran.

Anwar Ibrahim sering membuat “crywolfs” atau seruan serigala. Kerana itu lah kita mesti berwaspada dengan False Flag Operation ala Mossad Isreal ini.

Satu Lagi Muslihat Anwar Terbongkar

Blogger Theunspinners mengambarkan bahawa bentuk atau pola cara Anwar membina maklumat palsu ada persamaan dengan False Flag Operation ala Mossad; agent perisik Israel.

Theunspinners menggariskan 3 pola cara Anwar membentuk maklumat palsu:

1. Apabila Balasubramaniam buat akaun bersumpah tentang kes Altantunya terhadap Najib dan Rosmah. Kemudian itu dia lesap dan tidak dapat dipastikan betul atau tidak tuduhannya. Walhal Bala adalah persona non grata dalam mahkamah. Kenyataan tidak boleh diterima kerana tukar Akuan Bersumpah.

2. Bila Dr Osman Pusrawi ghaib selepas RPK spin medical note kononnya Saiful tidak dliwat. Perkara ini sudah diputar oleh Raja Petra sampai dua tahun baru kita tahu dokumen ini adalh palsu.

3.Apabila Raja Petra sendiri lesap selepas buat 3rd party Statutory Declaration terhadap Najib dan Rosmah. Selepas menipu maklumat dan dihadapkan ke Mahkamah dan ditahan ISA, RPK keluar dan terus hilang. Kita tidak akan dapat kepastian terhadap tuduhannya.

Kesemua ini adalah untuk membina konspirasi secara tipu yang mana maklumat tidak dapat dipastikan atau disiasat.

Tidak terkecuali adalah Anwar sendiri yang ghaib ke Kedutaan Turki dengan mendramakan ketakutannya kononnya ia terancam. Itu lebih ditujukan untuk menarik perhatian dunia dengan mendramatikkan kesensasian berita. Persepsi dibina seolah-olah ada konspirasi terhadapnya.

Kalau diperhati betul-betul, misi False Flag Operation Anwar adalah dua iaitu pertama, nak luputkan kes liwat dan kedua, nak jejaskan kredibiliti Perdana Menteri Dato Seri Najib.

Tujuan sebenar Anwar adalah " is to bring down legitimate Malay Islamic Government of Malaysia!"

Saturday, February 06, 2010

Mukhriz Mahathir Bongkar Muslihat Anwar

PADA 13 Mei 2008 di Parlimen Malaysia Dato' Mukhriz Mahatahir membuat kenyataan berikut dan sehingga kini jawaban kepada kenyataan ini belum diperoleh daripada Anwar Ibrahim.

Selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkannya di dalam Parlimen, tempat yang paling sesuai. Sama-sama kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai Anwar Ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusulkan/bentangkan dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama Anwar Ibrahim.

Sedutan ucapan sulung YB Dato' Mukhriz Mahathir di Parlimen pada 13hb May 2008, disini

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak (nota AYT: Sdr Azmin Ali) yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Blog Archive