Showing posts with label Moral Anwar. Show all posts
Showing posts with label Moral Anwar. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Kepada Nurul Izzah-Jangan Kaitkan Umno dengan Masalah moral Anwar

Lagi-lagi Nurul Izzah tuduh Umno dibelakang tulisan Pro-Bn papagomo. Rupanya anak Anwar itu tak faham-faham mengenai status blogger. Blogger adalah mereka yang tidak bermajikan, tidak bertuan. Blogger menulis apa saja untuk pengetahuan rakyat.

Semalam Nurul Izzah mempersoal mengapa tiada tindakan terhahap papagomo, yang menulis mengenai moral Anwar, sambil menyifatkan tulisan blogger itu sebagai bohong.

Mengapa pilih papagomo? mengapa tidak saman Trio Datuk T yang telah terang-terangan mendedahkan salahlaku seks Anwar?

Samanlah Trio Datuk T, kalau memang benar Anwar itu bersih moral!!!

Friday, October 14, 2011

Anwar mencipta sendiri moral buruknya

Pada September 1998, Anwar dipecat daripada jawatan Perdana Menteri kerana masalah moral.

Pemecetan tersebut adalah kerana perbuatan meliwat. Walaupun Anwar dibebaskan secara teknikal oleh Mahkamah berhubung perbuatan tersebut, namun Anwar didapati bersalah berhubungkait dengan pertuduhan tersebut kerana salah guna kuasa.

Tahun 2006, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah semasa Tun Abdullah Badawi masih perdana Menteri.

Pada tahun 2008, sekali lagi dunia digemparkan apabila Anwar didakwa meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominum, di Jalan Setiakasih Bukit Damansara. Perbicaraan kes liwat Anwar masih berjalan dan telah masuk ke bab pembelaan.

Pada 21 Mac 2011 lalu, sekali lagi negara dipamerkan dengan kes seks Anwar, apabila kumpulan Datuk T mempertontonnkan video seks 21 minit dimana pelaku lelaki mirip dengan wajah Anwar.

Selepas video seks itu disiasat oleh pihak polis, ternyata rakaman video tersebut tulen, dan seterusnya sebuah agensi penyiaran korea menggunakan teknik bio-metrik mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan pelacur cina tersebut adalah Anwar.

Melihat pada rentetan perlakuan buruk Anwar, semuanya dilakukannya sendiri.

Pembongkaran mengenai kelakuan buruk Anwar juga dibongkar oleh orangnya sendiri.

Individu yang satu ketika sangat rapat dengannya seperti Sukma, Azizan Abu Bakar, N Nallakarpun, Umi Halflida, Datuk Eskay Abdullah dan Mohd Saiful; semuanya individu yang pernah rapat dengan Anwar.

Sunday, May 15, 2011

Anwar peralat ulama Syria menepis salah laku moralnya

Kira-kira 3 ribu penyokong Pakatan dan pemimpinnya berkumpul di stadium Selayang semalam, selain bermunajat juga bersembayang hajat.

Sejak akhir-akhir ini Pakatan mempergunakan agama untuk mencari kebenaran, malangnya semakin banyaknya solat hajat yang dilakukan oleh Pakatan, maka semakin banyak isu moral Anwar terbongkar dan terdedah.

Tuhan menggerakkan hati manusia untuk membongkar dan mendedahkan moral Anwar. Misalnya semalam di perjumpaan Pakatan, indivudu tertentu yang tergerak hatinya menyebar luaskan rakaman video seks Anwar.

Permintaan pemimpin dan penyokong Pakatan agar semua malapetaka dihindarkan kepada mereka, namun sebaliknya yang berlaku.

Seharusnya pihak Pakatan akan sedar dan menerima hakikat ini, bahawa semuanya ini adalah ketentuan Tuhan.

Allah sangat murka terhadap hambanya munafik dan hipokrit, atas sebab itu, Allah turunkan bermacam-macam bentuk keaiban terhadap individu yang munafik dan hipokrit itu.

Pemimpin Pemabangkang bukan hanya Anwar; Haji Hadi, Nik Aziz dan ramai lagi, kenapa tiada isu moral sepertimana yang dihadapi Anwar? Sebabnya, mereka tidak melakukan larangan Tuhan seperti berzina dan meliwat.

Anwar seharusnya sedar, bahawa suatu ketika dia hampir menjadi nombor satu dalam negara, namun atas kuasa Tuhan, semuanya itu sirna. Ingat semua peluang yang ada pada manusia adalah atas kehendak Allah, namun apabila larangan yang dimurkai Allah terus dilanggar, maka walaupun jawatan itu dalam genggaman, pasti akan hilang. Ini lah yang berlaku pada Anwar.

Benar kata Anwar, bukan Umno, bukan BN yang boleh menajtuhkannya, tetapi Allah. Tetapi Anwar lupa, bahawa apa sahaja perkara yang menghalang cita-citanya adalah kehendak Allah, melalui saluran tertentu, seperti parti, moral dan sebagainya.

Bagi AYT selagi Anwar dan kawan-kawan berserah diri kepada Allah untuk petunjuk, selagi itu Allah akan beliakkan semuanya bagi tontonan umum.

Semakin ramai ulama yang Anwar pergunakan untuk bermunajat dan solat hajat, maka semakin terserlah lah isu moral Anwar akan diketahui umum.

Tuesday, May 10, 2011

Tindakan Anwar tak bertamadun-gelar Najib "Pandi kutty"

Pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandikutti' dalam bahasa Tamil bermaksud anak babi sebagai tindakan tidak bertamadun dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak cukup matang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mungkin merasakan bahawa dia cukup sempurna kerana sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri.

“Saya pun hairan kenapa digunakan perkataan yang sedemikian rupa.. kalau kita boleh panggil apa nak panggil (kepada seseorang) kita kena tengok diri kita ini dulu baik atau tidak baik.

“Yang jadi masalahnya, dia (Anwar) tak pernah tengok diri dia dalam cermin... dia tak sedar yang dia sebenarnya ‘pandikutti’ bukan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebuah portal berita Ahad lalu melaporkan Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 masyarakat India pada perhimpunan Malaysian Indian Voice (MI-V) di Dewan Hamzah, Klang Sabtu lalu menggelarkan Najib sebagai `pandikutti’.

Tengku Adnan berkata, kenyataan atau cercaan yang keluar dari mulut Anwar bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau juga dilaporkan sering menuding jari menyalahkan orang lain dan menganggap dia langsung tidak pernah melakukan kesalahan.

“Saya harap dia akan lebih bertamadun dan berharap perkataan seperti itu tidak patut lagi digunakan kerana kami lebih mengenali siapa Anwar,” katanya.

Ditanya sama ada Anwar perlu memohon maaf atas kenyataannya itu, Tengku Adnan berkata, tidak ada gunanya meminta orang yang mengeluarkan kenyataan seperti itu meminta maaf, apa yang penting Anwar perlu bertindak seperti orang matang bukan bersifat keanak-anakan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan mendesak Anwar menarik balik cercaan terhadap PM yang disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar.

"Cercaan Anwar yang melabel Perdana Menteri sebagai `pandikutti’ sebagaimana yang dilapor Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu tindakan biadab dan sangat kurang ajar.

“Ia menampakkan kejelekan serta kedudukan beliau yang kini amat terperosok dan tertekan dengan permasalahan peribadi serta perbalahan yang meledak sesama anggota pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata kenapa Anwar perlu menjelajah seluruh negara dan memaki hamun Perdana Menteri berhubung isu rakaman video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu

Anwar kian panik-sudah tunjuk sifat peribadi rendahnya-panggil Najib Pandi kutty

Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Menurut Shaari- Anwar sudah menunjukkan sikap peribadinya yang sebenar, yakni sikap seseorang yang bermoral rendah. Seseorang yang bermoral rendah, sangat mudah menggelar orang lain dengan panggilan yang keji dan tidak sopan.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

“Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

“Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS,” katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

“Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun,” katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

“Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

“Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.

Sunday, May 08, 2011

Moral Anwar: Wan Azizah dalam dilema

Wan Azizah berhadapan dengan peribahasa: Ditelan mati emak, diluah mati bapa; dalam menghadapi moral suaminya.

Walaupun Wan Azizah dalam hatinya-merasakan bahawa moral suaminya sangat buruk, namun beliau terpaksa mempertahankannya demi keutuhan politik golongan tertentu.

Sekiranya, Wan Azizah tidak terperangkap dengan keadaan politik, wanita mana mampu bertahan berhadapan dengan moral suami sedemikian.

Anwar sebelum ini disahkan sebagai Lelaki Y dalam perbicaraan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan 25 Mei merupakan hari penentuan, samada Anwar diminta untuk membela diri mengenai pertuduhan meliwat pembantunya tersebut pada 26 Jun 2008, di sebuah Kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pada 21 Mac lalu satu lagi pendedahan mengenai moral Anwar diketahui umum, apabila trio Datuk T mendedahkan satu rakaman seks yang melibatkan Anwar dengan wanita muda cina.

Video seks selama 21 minit tersebut, telah dimuat turun oleh seseorang di laman Youtube pada 28 April. Pada 29 April, individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks Anwar tersebut- Eskay Abdullah-telah bersumpah laknat-mengatakan-bahawa lelaki dalam video tersebut adalah dirinya dan Anwar, dan pelaku seks tersebut adalah Anwar sendiri.

Setakat ini, Anwar hanya berdalih, bahawa lelaki tersebut bukanlah dirinya, kerana perut lelaki pelaku seks tersebut berperut buncit, sedangkan perutnya tidak buncit.

Anwar juga, sehingga kini belum berani bersumpah atau memberi kenyataan bahawa Eskay adalah pembohong dan video seks tersebut adalah fitnah; sebaliknya Anwar menghentam berbagai pihak termasuk DS Najib, Polis dan Hishamuddin, kononnya terlibat dalam pendedahan video seks tersebut untuk menguburkan kerjaya politiknya.

Melalui kenyataan Anwar, seolah-olah beliau mengaku bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya, atas sebab itu beliau menyalahkan mereka yang terlibat mendedahkan video tersebut.

Wan Azizah dalam menghadapi moralnya suaminya berada dipersimpangan jalan- memperatahankan keutuhan rumahtangga dan parti yang diketuainya atau menjaga maruah wanitanya. Nampaknya Wan Azizah memilih yang pertama, terpaksa menelan jadam dan duri. Apa kah percaturan Wan Azizah ini berbaloi? Hanya Wan Azizah sendiri yang mempunyai jawapannya.

Blog Archive