Showing posts with label Krisis Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Krisis Terengganu. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Krisis Terengganu: Lihat Bagaimana PAS Edar Berita Palsu

Berita di atas dikutip daripada MP Kuala Nerus, wakil rakyat PAS. Berita ini adalah berita palsu dan satu penipuan. Rupanya parti PAS yang berkata Parti Islam SeMalaysia, wakil rakyatnya adalah pendusta. 

Krisis Terengganu: Kesetiaan Pada Parti Lawan Peribadi

Kemelut politik yang melanda Terengganu ekoran berlakunya pertukaran Menteri Besar perlu dijadikan pengajaran kepada setiap ahli UMNO agar lebih setia kepada parti.

Kemelut itu untuk beberapa hari sangat mencemaskan kerana Barisan Nasional (BN) hanya menang dengan majoriti mudah di negeri itu.

“Yang penting pengajaran yang kita dapat daripada kemelut ini ialah kesetiaan kepada parti mesti mengatasi segalanya.
Pada Selasa, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar daripada UMNO dan mengumumkan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Ahmad menyandang jawatan Menteri Besar sejak 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh, juga dalam keadaan penuh kontroversi.

Tindakan itu kemudian turut diikuti ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Bagaimanapun kemelut tersebut dianggap selesai apabila ketiga-tiga mereka kembali menyertai UMNO.

Perlu ditanamkan kepada para wakil rakyat dan perlu sedar bahawa setiap wakil rakyat perlu sentiasa mengingati bahawa gelaran 'Yang Berhormat' yang diperoleh merupakan ihsan daripada rakyat.

“Setiap wakil rakyat adalah wakil parti dan wakil rakyat, mereka itu dipilih hanya sebahagian kecil disebabkan peribadi dan sebahagian besar lagi disebabkan mereka mewakili sebuah parti yang diyakini.

Wednesday, May 14, 2014

Antara Dua Darjat


Krisis Umno Terengganu: Pemimpin Ikut Nafsu Perlu Ditolak

Umno Terengganu berusaha untuk memujuk dua ADUN yang keluar Umno pada 13 Mei; bagi menyelamatkan kerajaan BN Terengganu.

Sebelum ini tiga ADUN Umno telah keluar parti dan menjadi ADUN bebas, ekoran perlantikan Menteri Besar Terengganu yang ke-14.

Semalam, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telah menarik surat perletakannya sebagai ahli Umno, dan kembali menjadi ADUN Umno. Hanya Ghazali Taib ADUN Ajil dan Ahmad Said ADUN Kijal masih belum menarik surat keluar daripada Umno.

Tindakan tiga ADUN Umno itu, sebenarnya bukan menggambarkan pemimpin yang matang, bukan pemimpin yang memperjuangkan rakyat, bukan pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta parti, akan memperjuangkan kepentingan pribadi.

Adalah satu kebiasaan apabila perjuangan pribadi tergugat, maka nafsu akan menguasai seseorang. Inilah yang berlaku terhadap tiga ADUN Umno itu.

Mereka mengugut/mengertak kepimpinan, untuk mengikuti hawa nafsu mereka, kerana, ugutan mereka itu, akan mendapat balasan, atas sebab kerajaan akan tumbang bila-bila masa kerana tidak cukup kerusi.

Kini, loreng, arang telah tercoret pada muka mereka. Akibat tindakan gelojoh tanpa menggunakan fikiran yang waras, yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin atau wakil rakyat.

Kalau lah OKB itu Perdana Menteri dan Presiden Umno, lebih elok bubarkan saja DUN Terengganu, bagi membuka laluan pilihan raya negeri, dan seterusnya dapat mengemukakan calon-calon yang tidak beragenda pribadi.

Pergantian MB Terengganu: Tindakan Najib Betul

Kata peribahasa, kalau tak dipecahkan royong manakan dapat sagunya. Demikian juga melihat perjuangan Ahmad Said, apa kah ikhlas kepada bangsa, agama dan negara serta parti atau perjuangan mengisi temboloknya sendiri.

Ahmad Said, dapat menjadi Menteri Besar Terengganu, kerana mengertak, menghancam, Pak Lah; ekoran keengganan Istana melantik Idris Jusoh untuk penggal ke dua selepas PRU-2008. Walaupun, Pak Lah dan ADUN BN Terengganu kecuali Ahmad, menyokong Idris untuk dilantik, namun Ahmad Said, mempergunakan sokongan beberapa ketua bahagian Umno yang digugur pada PRU itu untuk mengertak Pak Lah. Ekoran "shock" dengan keputusan PRU-12, untuk pertama kalinya BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat selepas tahun 1969, juga masih "shock" dengan kehilangan Selangor, Kedah Pulau Pinang serta Perak, selain gagal mutlak di Kelantan, Pak Lah tidak sanggup mengambil risko, apatah lagi, Ahamd menghancam akan membawa keluar beberapa ADUN daripada BN untuk membolehkan "hang" dewan undangan negeri atau, BN kehilangan majoriti, untuk memboleh pertukaran kerajaan atau pembubaran DUN.

Pada kali ini, Ahmad membuat langkah, untuk menikam parti yang memberi sumbangan banyak secara peribadi kepadanya, dengan mengistiharkan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas, kemudian diikuti dua ADUN lain, walaupun sebentar tadi seorang ADUN yang menyertai Ahmad- ADUN Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat perletakan jawatannya daripada Umno. Dengan perkembangan terbaru itu, kini kedudukan DUN Terengganu, BN=15, PAS=14, PKR=1 dan Bebas=2, namun disebabkan speaker juga merupakan sebahagian daripada DUN, maka kedudukan kerusi berasas undang-undang tubuh kerajaan Terengganu adalah BN=16, PAS, PKR dan bebas tidak berubah.

Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun BN masih memerintah, namun ianya boleh tumbang bila-bila masa, apabila berlaku undi tidak percaya kepada MB yang baru dilantik, kerana jika berlaku belah bahagi dalam DUN, sudah pasti Ahmad Said dan Ghazali Taib ADUN Ajil akan bersama 15 ADUN daripada PAS dan PKR. Jika ini berlaku, maka secara MB tiada pilihan selain menasihati Sultan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri.

Berdepan dengan krisis Terengganu, sebenarnya tindakan Perdana Menteri adalah betul, agar supaya kemelut yang melanda Umno sejak tahun 2008 dapat dirungkai dan diselesaikan, kerana kemelut yang berlaku itulah yang hampir membawa malapetaka kepada BN Terengganu pada PRU-13 lalu. Kini, musang dalam reban ayam, gunting dalam lipatan telah diketahui. Adalah lebih baik Najib meminta MB yang baru dilantik untuk menghadap Sultan untuk bagi maksud membubarkan DUN Terengganu.

Terserah kepada rakyat Terengganu, parti mana yang mereka mahu, lagipun pada PRN itu tidak membawa kesan kepada pentadbiran Putrajaya, atas sebab kerusi Parlimen tidak dipertandingkan. Selepas PRN itu, apapun keputusannya, hantarlah seorang pemimpin seperti mana berlaku selepas PRU 1999, di mana Idris Jusoh mengemudi Umno dan BN Terengganu, dan pada PRU-2004, BN berjaya menterbalikan keputusan PRU-1999 dengan kedudukan BN=18, PAS=4, manakala PRU-1999 PAS=18; BN=4

Namun, jika BN menang semula pada PRN Negeri, maka lantiklah MB yang berwibawa untuk mengemudi BN negeri pada PRU-14; yang dianggap sebagai BAPA KEPADA SEMUA PRU DI NEGARA INI.

Tuesday, May 13, 2014

Ahmad Said Selepas Kenyang Tibai Parti Pula

Ahmad Said yang dilantik MB Terengganu pada Mac 2008, dipenuhi dengan kontraversi. Kini selepas meletakkan jawatan juga penuh kotraversi. 

Pemimpin  seperti Ahmad Said , elok  juga diberhentikan; supaya nampak belangnya. 

Sejak beliau dilantik, berbagai kontraversi yang beliau lakukan, antara lain pembinaan Istana Terengganu, pembelian francis di UK, selain melawat antartika.

Kini, semua ahli Umno tahu, siapa itu Ahmad Said. Mungkin Sultan juga menyesal melantik beliau pada tahun 2008; kerana mantan MB itu adalah seseorang yang hanya berjuang untuk mengisi temboloknya.

Lihat saja rumah agam MB itu (foto); bagaimana seorang mantan pegawai kerajaan kemudian jadi MB mampu membina rumah sperti itu? Na.. jawablah sendiri. 

Kini selepas kenyang, mengigit pula parti yang memberikan dia nama dan kedudukan serta kekayaan. Kalau di lihat daripada segi parti, apa sumbangan beliau? PRU-13, BN hampir kalah. 

Tindakan Ahmad Said: Menceriminkan Ketamakannya

Tindakan Ahmad Said bersama dua ADUN Umno yang keluar Umno menggambarkan ketamakan mereka. 

Kali ini, tiga ADUN yang diketuai Ahmad itu bukan lagi mengertak BN, malah melakukannya, kerana hanya kerana tamak dan haloba. 

Dari tahun 2008, Ahmad mengambil pendekatan politik gertak menggertak sejak namanya mulai timbul dalam arena politik negeri itu pada tahun 2008. 

Selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU12) tahun itu pihak istana Terengganu “keberatan” menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu bagi penggal kedua. 

Istana dikatakan menolak nama Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas beberapa sebab dan persepsi buruk mengenai kredibilitinya. 

Ketika “tarik tali” di antara Umno dengan istana berlaku, nama Ahmad Said timbul kerana Ketua Umno Bahagian Kemaman itu adalah ADUN yang dianggap paling kanan dalam parti ketika itu. 

Ini disokong oleh realiti semasa bahawa beliau menerima sokongan penuh dari ketua-ketua bahagian yang digugurkan sebagai calon BN oleh Idris sebelum pilihan raya 2008. 

Mereka termasuk, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu), Datuk Rahman Bakar (Marang), Datuk Nasir Ibrahim (Kuala Nerus), Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun). 

Ahmad Said sudah diberi amaran tetapi engkar 

Lantas walaupun diberi amaran oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor supaya jangan terima watikah pelantikan daripada istana kerana parti sudah memilih Idris, Ahmad Said engkar perintah. 

Beliau menerima jawatan berkenaan walaupun amaran yang diberikan termasuk kemungkinan beliau akan dipecat dari Umno. 

Ketika itu majoriti ADUN menyokong Idris. 

Akhirnya Pak Lah yang “terpukul” dengan kekalahan Umno di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor terpaksa mengalah demi mengelakkan krisis yang boleh menggoncang kedudukan Umno di Terengganu. 

Beliau tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar pada 23 Mac 2008. 

Malah, Ahmad Said ketika itu lagi sudah menggunakan taktik menggertaknya dengan memberi amaran kepada Umno bahawa jika dipecat apabila menerima pelantikan sebagai menteri besar, beliau akan memujuk seberapa banyak ahli Umno keluar parti. 

Abdullah Badawi yang “terkejut” dengan kekalahan paling besar Umno dalam sejarah politik parti pada 2008 itu tidak sanggup mengambil risiko gertakan Ahmad Said dan terpaksa menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Umno. 

Politik Umno Terengganu ibarat 'api dalam sekam' 

Namun pelantikan Ahmad Said tidak diterima oleh majoriti ADUN yang menyokong Idris dan ia menjadi ibarat “api dalam sekam” dalam politik Umno Terengganu sepanjang lima tahun berlalu. 

Natijah daripada gertakan Ahmad Said itu akhirnya terzahir dalam prestasi Umno pada pilihan raya umum tahun lalu apabila BN hanya menang 17 kerusi mengatasi PAS 14, dan PKR 1 kerusi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Sentimen dalam pimpinan Umno ketika itu ialah Ahmad Said harus digantikan sebagai Menteri Besar. 

Malangnya, Ahmad Said dikatakan menggunakan gertakan sekali lagi. Jika diturunkan, beliau menggertak, akan hanya perlu “membawa dua Adun Umno keluar” dan Umno hilang kuasa di Terengganu. 

Dalam keadaan tertekan itu dan demi mengelakkan krisis baru membakar politik Umno di Terengganu, Najib bersetuju Ahmad Said dilantik semula sebagai menteri besar. 

Bagaimanapun Najib meletakkan syarat pelantikan itu adalah untuk tempoh setahun sahaja. Ahmad Said pun mengangkat angkat sumpah buat penggal kedua pada 9 Mei 2013. 

Menyedari beliau harus meletakkan jawatan Jumaat lalu tetapi masih belum berbuat demikian, pagi semalam, 12 Mei 2014, Ahmad Said dilaporkan menemui Najib. 

Beliau dikhabarkan meminta tangguh seminggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei sebelum mengemukakan surat peletakan jawatannya. 

Najib enggan berganjak daripada persefahaman setahun lalu dan Ahmad terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar. 

Semalam juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor diutus ke Kuala Terengganu untuk memberi taklimat kepada semua ADUN BN. Mereka menerima pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman sebagai MB yang baharu. 

Namun apabila Razif mengangkat sumpah pada jam 9.20 malam tadi di Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering, Ahmad Said dan lima ADUN Umno lain dikatakan tidak hadir. 

Menjelang tengah malam tadi Ahmad Said dikhabarkan menggunakan e-mail kepada Umno memaklumkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno. 

Beliau kemudian dilaporkan membuat dakwaan ramai lagi ADUN meninggalkan Umno untuk menjadi ADUN Bebas selain dari ADUN Ajil, Ghazali Taib. 

Razif Ahmad ibarat 'janda berhias' 

Jika keadaan ini berlaku maka menjadi tanggungjawab Razif, menteri besar tidak sampai 24 jam untuk menasihati Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri. 

“Bagai orang mengantuk disorong bantal”, PAS sudahpun berbunyi mahu mendesak speaker memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Terengganu supaya undi tidak percaya terhadap Razif dilakukan. 

Jika berjaya menolak pelantikan Razif bererti sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri boleh dicalonkan menjadi Menteri Besar baru menggantikan Razif. 

Jika “pembelotan” Ahmad Said untuk memujuk empat lagi ADUN Umno keluar parti jadi realiti, maka ini akan melorongkan jalan bagi PAS mencalonkan seorang ADUNnya menjadi Menteri Besar. 

Bagaimanapun walaupun baru beberapa jam menjadi Menteri Besar, Razif masih mampu membuka pintu untuk Umno menyelesaikan pembelotan ini secara bermaruah. 

Razif boleh mempersembahkan kepada Sultan supaya membubarkan Dewan untuk mengizinkan pilihanraya negeri diadakan dan memberi peluang pada Umno “menghakimi” Adun-Adunnya yang belot.

Tindakan Ahmad Said Memerlihatkan Pemimpn Umno Tamak dan Haloba

Tindakan Datuk Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu, keluar daripada Umno, atas sebab digantikan sebagai Menteri Besar, hanya memperlihatkan kepada rakyat jelata, betapa tamak dan halobanya pemimpin Umno. 

Ahamd Said yang juga ADUN Kijal mengumumkan keluar daripada Umno sebaik sahaja penggantinya Datuk Ahmad Zarif Abdul Rahman mendapat watikah dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu pada malam Selesa.

Berikutan keluarnya Ahmad Said, dua ADUN daripada Umno juga turut mengumumkan keluar daripada Umno, yang menyebabkan kedudukan kerusi di DUN Terengganu kini adalah BN=14, PAS=14, Bebas=3 dan PKR=1; atas sebab PAS dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat, maka seharusnya dua parti itu membentuk kerajaan baru Terengganu; namun berasaskan undang-undang tubuh Terengganu, disebabkan Speaker juga merupakan sebahagian daripada ADUN, maka memungkinkan BN masih memerintah. Pada kedudukan itu, MB hanya atas nama sahaja demikian juga para exco, hanya pada nama sahaja, atas sebab mereka tidak boleh meluluskan apa-apa termasuk peruntukan atau bajet. Juga, kerajaan itu akan bila-bila masa tumbang, jika undi berbelah bahagi berlaku.

Kronologi Krisis Terengganu

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Krisis Terengganu: Ketamakan dan Mabuk Jawatan Punca Kerajaan BN Tumbang

Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said keluar Umno, kini terbukti, bahawa nafsunya untuk memegang jawatan terdedah. Sangkaan ramai pada tahun 2008, apabila beliau dilantik sebagai MB menggantikan Datuk Idris Jusoh, sebenarnnya dikhuatirkan akan merobohkan kerajaan BN yang dibina oleh Idris sejak tahun 1999, sehingga BN menang pada PRU-2004 ternyata benar.

Kini, selain Ahmad Said keluar daripada Umno, juga ADUN Ajol Ghazali Taib, dan terbaharu Adun Bukit Besi Roslee Daud. Ketiga-tiganya mengistiharkan sebagai ADUN Bebas.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi. Sebelum tiga ADUN BN keluar, BN mempunyai 17, PAS 14 dan PKR 1; kini kedudukan BN 14, PAS 14, Bebas 3 dan PKR 1.  Dalam kedudukan ini, PAS boleh menubuhkan kerajaan negeri dan boleh menjadi Menteri Besar.

Senario terkini di Terenggangu merupakan tamparan hebat kepada MB yang baru Datuk Abdul Razif Abdul Rahman selepas hanya  24 jam mengangkat sumpah.

Blog Archive