Showing posts with label Kos Pertunangan anak Najib. Show all posts
Showing posts with label Kos Pertunangan anak Najib. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Kos pertunangan anak PM.. jadi isu pembangkang

Rafizi Ramli-Pengarah Strategik PKR belum berpuas hati penafian oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa perbelanjaan majlis pertunagan anak Najib pada 17 jun, 2011 yang berjumlah RM409,767.00 ditanggung oleh Najib dan keluarga.

Menurut Pengarah Strategik PKR itu, keadaan serupa apabila dia mendedahkan skandal NFC, secara cepat, pihak syarikat itu membuat penafian, tanpa fakta2 yang disertakan. Namun, kini terbukti, bahawa skandal NFC benar-benar melarat, sehingga terbongkar berbagai penyalahgunaan wang pinjaman daripada kerajaan tersebut.

Sekadar penafian, menurut Rafizi belum menjawab isu yang dilontarkan; sebaliknya pihak Najib perlu mendedahkan fakta2/bukti2 bahawa pembayaran majlis tersebut bukan dilakukan oleh pihak PMO.

Bagi AYT, demi merungkai perkara ini, adalah mudah- Kemukakan salinan Tempahan, salinan cek untuk maksud pembayaran.

Jika sekiranya pembayaran bukan dilakukan oleh pejabat PMO, apa masalahnya mengemuka semua bukti2 itu, agar pihak pembangkang tidak mengekspoiltasinya.

Rakyat ingin juga mengetahui bahawa perbelanjaan peribadi oleh para pemimpin yang mewah bukan bersumber daripada wang rakyat. Sebenarnya itulah moral daripada pendedahan pihak pembangkang ini.

Bagi AYT, para pemimpin adalah bebas membelanjakan wang mereka sendiri, yang menjadi persoalan adalah perbelajaan yang menggunakan wang rakyat bukan urusan rasmi negara.

Mungkin juga, bagi jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan keraian seperti ini termasuk dalam kelayakkannya, ini yang perlu dijelaskan. Jika demikian, maka tiada persoalan yang perlu timbul.

Friday, March 09, 2012

Shangri-la Hotel bocorkan kos pertunangan anak Najib

PKR mendapat satu salinan bil daripada Shangri-La Hotel yang mereka dakwa sebagai perbelanjaan Majlis pertunagan anak Perdana Menteri tahun lalu yang berlangsung di Seri Perdana.

Bukti dokumen yang diperolehi daripada Shangri-La Hotel yang berjumlah RM409,767 (keratan)bagi maksud pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.

Pihak pembangkang mendakwa, jika benar bahawa pembayaran Majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri, ertinya wang rakyat digunakan bagi maksud urusan peribadi.

Pembangkang juga mempertikai menu yang disediakan, yang merupakan menu diraja, sedangkan PM sendiri mempromosikan hidangan 1Malaysia.

Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767.

Moral daripada pendedahan ini--- Di Malaysia, tiada lagi urusan peribadi yang boleh menjadi rahsia. Pihak lawan senantiasa mencari fakta untuk mempengaruhi rakyat membenci pemimpin negara.

AYT berharap, pihak Perdana Menteri menjawab isu ini, sebelum diputar belit oleh pihak pembangkang.

Blog Archive