Showing posts with label Keputusan PRU-13. Show all posts
Showing posts with label Keputusan PRU-13. Show all posts

Tuesday, May 07, 2013

Kerajaan BN tak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina pilih pembangkang - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas. 

"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan Ahli Parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 

Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - BERNAMA

Monday, May 06, 2013

PRU-13: Kali ini Tsunami kaum cina melanda BN- Untuk kali kedua BN gagal raih kuasa 2/3

SECARA keseluruhan BN menang 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi berbanding PRU-12. Ramalan awal, BN akan menang antara 122-123 kerusi.

Disebabkan tsunami kaum cina, maka BN menrima jumlah kerusi terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Untuk kedua kalinya, BN tidak mampu menang kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Pada Pru-12 lalu, selepas sahaja keputusan diketahui, maka berlaku desakan pengunduran diri Perdana Menteri, namun pada kali ini, walaupun keputusan yang diperolehi Bn lebih buruk berbanding tahun 2008, namun belum ada suara-suara sumbang meminta Perdana Menteri mengundurkan diri.

Perkara ini disebabkan, para penyokong BN sudah meramal daripada awal, bahawa kaum cina tidak menyokong Bn, atas sebab itu sukar mendapat kuasa 2/3.

Pada PRU-13 ini, MCA menerima tamparan hebat, apabila hanya menang 6 kerusi daripada 15 kerusi yang dimenagi tahun 2008; manakala Gerakan hanya menang satu kerusi parlimen. Manakala di Sarawak, calon-calon BN yang diwakili parti berasaskan kaum cina, kalah teruk. Di sabah pula, selain penolakan kaum cina terhadap calon-calon Bn daripada parti berasas kaum cina, Parti Upko dan PBS berasaskan kaum KDM juga mengalami tempias kekalahan.

Jika pada PRU-12, dua Presiden komponen parti BN mengalamai kekalahan, pada PRU-13 juga dua Presiden Komponen parti mengalami kekalahan, iaitu Presdien Upko dan Presiden LDP.

Pada PRU-13 ini, nampaknya sokongan kaum melayu terhadap Umno kembali pulih di Semenanjung, apabila Umno berjaya menambah 15 kerusi Parlimen, walaupun kalah di dua kerusi tradisinya- Batu Pahat di Johor dan Bukit Katil di Melaka.

Kerusi BN dimenangi Pakatan

1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, lost in 2008, but won in 2010 by-election)
11) Penampang (PKR)
12) Bukit Katil (PKR)
13) Temerloh (PAS)
14) Alor Setar (PKR)
15) Pandan (PKR)
16) Kuala Terengganu (PAS)
17) Dungun (PAS)
18) Batu Pahat (PKR)
19) Kuala Nerus (PAS)
20) Sepang (PAS)
21) Raub (DAP)
22) Kulai (DAP)

Kerusi Pakatan Dimenangi BN 

1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, won in 2008 but lost 2010 by-election)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)

BN Menang 139 Kerusi - Kuasa 2/3 On the Way

Barisan Nasional (BN) memenangi 139 daripada 187 kerusi Parlimen setakat 2.30 pagi Isnin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 25 kerusi di Sarawak, 15 (Johor), 22 (Sabah), 12 (Perak), 10 (Pahang), sembilan (Kedah), masing-masing lima di Kelantan dan Negeri Sembilan dan masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

DAP menang 36 kerusi Parlimen iaitu masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing dua di Selangor dan Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PKR pula menang 24 kerusi Parlimen iaitu tiga di Kuala Lumpur, masing-masing dua di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, PAS memenangi 20 kerusi Parlimen iaitu enam di Kelantan, masing-masing dua di Terengganu, Perak dan Selangor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

Blog Archive