Showing posts with label Kepimpinan Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan Musa Aman. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Tiada Sebab Sabah Keluar Persekutuan Malaysia: Musa

1. Sabah sangat berbangga kerana sebahagian daripada Persekutuan Malayisa. Para pemimpin negeri di bawah itu seronok kerana atas kerjasama dengan pemimpin Persekutuan, rakyat Sabah boleh mendapatkan peruntukan untuk keperluan rakyat Sabah.

2. Sejak Tahun 2002 sehingga 2013, Persekutuan telah menyalurkan RM81bilion diluar bayaran royalti 5 peratus kepada Sabah berbanding RM26 kutipan cukai persekutuan di negeri tersebut.

3. Pada Khamis, semasa Sambutan hariraya Zon 6 Tawau, Kalabakan dan Semporna, yang diadakan di Tawau, Musa menyatakan TIADA sebab Sabah keluar daripada Malaysia.

4. North Borneo kini Sabah mendapat Internal Self-Government daripada British pada 31 ogos 1963, telah bergabung dengan Malaya, Singapura, Sarawak pada 16 September 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

5. Selepas lebih setengah abad, keadaan Sabah yang daif dalam semua perkara, kini dapat menikmati kemerdekaan, apabila keperluasan asas dan permodenan dijalankan.

6. Musa yang beri gelaran Bapa Permodenan Sabah, mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah sejak Tahun 2003.

7.Musa satu-satunya Ketua Menteri yang melepasi "jinx" 9 tahun bagi jawatan Ketua Menteri.

8. Semasa pemerintahan Musa, julung kalinya Sabah menikmati Bajet di atas RM3bilion setahun, malah kini sudah mendekati RM5bilion.

9. Kejayaan Musa mendapatkan pendapatan bagi Sabah, selepas keluaran utama Sabah- Kayu balak bukan lagi sumber utama. Ramai penganalis ekonomi mengatakan, bahawa kejayaan Musa merancakkan perekonomian Sabah tanpa sumber tradisional, merupakan satu keajaiban.

10. Dasar bagi Sabah mendapatkan pendapatan dan merancakkan pembangunan adalah melalui Hala Tuju yang dikemukakan Musa sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

11. Kini, keberhasilan Hala Tuju tersebut semakin terserlah, apabila saban Tahun, bajet Sabah semakin meningkat.

12.Kejayaan perekonomian sesebuah negeri tidak akan cukup, jika tidak mencipta infra atau fasilitator bagi mencipta lapangan pekerjaan. Melalui kepimpinan Musa berbagai program atau projek dijalankan bagi tujuan tersebut, antara lain melalui SAMUR, SOGT, PIOC, M3Energy serta program-program mesej, Agropolitan, malah pembinaan kompleks beli belah.

13.Musa selama pemerintahannya mengambil maklum, bagaimana Sabah ketinggalan dalam soal pembangunan, atas sebab itu, sebarang perbincangan bersama Persekutuan, beliau bukan menekankan kepada peruntukan jangka pendek, sebaliknya peruntukan yang boleh menjana pendapatan jangka panjang.

14. Sejak tahun 80-an ramai pemimpin yang bercakap dengan bayaran royalti minyak 5 peratus daripada Petronas, namun Musa tidak cenderung bercakap mengenainya, akan tetapi lebih berminat kepada penyertaan dalam industri minyak dan gas. Atas sebab itu, melalui kepimpinan beliau ditubuhkan M3Energy Bhd syarikat milik kerajaan negeri yang berkecimpung dalam industri minyak dan gas.

15. Selain itu, bagi mendapatkan pendapatan yang mapan bagi negeri, Sabah memndapatkan ekuti melalui LNG9 Bintulu, kerana melalui ekuiti sahaja, pendapatan berterusan terjamin.

Friday, September 26, 2014

Pelan Peralihan Kepimpinan Sabah: Bukan Idea Sesuai Masa Kini

APA yang jelas, pelan peralihan kepimpinan Sabah yang dicetuskan oleh 8 Ketua Bahagian Umno Sabah; Jumat Idris (Sepanggar); John Amborse (Penampang); Sairin Karno (Keningau); Ghani Yasin (Pensiangan); Rubin Balang (Tenom), James Ratib (Beluran), Bolkiah Ismail (Kudat) dan Wetrom Bahanda (Kota Marudu) bukan merupakan suara majoriti pada bahagian-bahagian itu; melainkan hanya bersifat pandangan peribadi masing-masing.

Tamparan hebat yang diterima kumpulan itu, apabila dua orang ketua bahagian yang ikut pada perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai mengaku diperalat (James Ratib) dan terperangkap (Bolkiah Ismail).

Dalam perkembangan sama, selepas perjumpaan itu menjadi pengetahuan umum, Jumat mengaku, pelan itu bukannya satu desakan kepada Musa untuk meletakan jawatan, namun sebaliknya sebagai pelan jangka panjang untuk pertukaran kepimpinan negeri secara aman.

Ekoran terdedahnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu, beberapa orang pemimpin negeri antaranya Speaker Dewan Undang Negeri Datuk Salleh Tun Said yang juga ketua bahagian Umno Kota Belud, perbincangan berkaitan pelan peralihan kepimpinan Sabah seharusnya tidak berlaku, kerana kuasa itu adalah kuasa perdana menteri. Lagipun, kata Salleh, persidangan bahagian-bahagian Umno yang sedang berjalan telah mengambil ketetapan, bahawa Umno menjunjung kesepakatan iaitu berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa, manakala di peringkat kebangsaan berketuakan Najib.

Lagipun, sejak Musa menjadi Ketua Menteri, beliau telah menunjukan satu kepimpinan yang sangat dinamik, mampu meningkatkan perekonomian negeri, malah melonjakkan bajet tahun negeri.

Dalam soal kejayaan dalam bidang politik, Musa telah membawa kemenangan bergaya kepada BN untuk tiga pilihanraya umum bermula pada tahun 2004, 2008 dan 2013.

Kemampuan Musa menaikan simpan tetap negeri daripada RM150 juta pada tahun 2003 kepada RM3.2bilion pada masa kini, merupakan satu kejayaan luar biasa bagi negeri yang dikatakan mempunyai kekurangan serba serbi.

Kejayaan Musa meningkatkan perekonomian negeri selepas kayu balak yang merupakan punca pendapatan negeri pada suatu masa bukan lagi menjadi asas penumbang kepada pendapatan negeri.

Kalaulah dilihat daripada segi pencapaian, dan juga daripada segi kemampuan fizikal Musa, membicarakan pelan peralihan kuasa kepimpinan Sabah, sebenarnya bukan satu idea yang sesuai dibincangkan pada masa kini.

Kenapa perlu menukar seseorang yang masih mampu memberikan kejayaan kepada negeri dan rakyat?

Tuesday, July 26, 2011

Muslihat Musa Aman terbongar

Berhadapan dengan Malaysia monument, sepanjang Jalan Pantai ada sebidang tanah, milik kerajaan. Sebelumnya tanah tersebut dijadikan tempat perhentian bas dan teksi. Saya difahamkan tanah tersebut milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Kini ditanah tersebut tersergam megah Hotel Horizon and Spa. Hotel bertaraf 4 star itu dimiliki Gary Saw, seorang berbangsa Tionghua dari Semenanjung Malaysia. Gary Saw adalah bekas rakan kongsi perniagaan Datuk Musa Aman.

Seorang lagi pemaju yang banyak mendapat peluang perniagaan ialah Humphrey Tan juga bekas rakan kongsi Datuk Seri Musa Aman. Humphrey adalah pemaju Sabah Suria, sebuah hartanah milik kerajaan negeri.

Humphrey dan Musa adalah pemilik Syarikat Jasamu Development Sdn Bhd pernah membangunkan satu lagi tanah kerajaan milik kerajaan, KPD (Koperasi Pembangunan Desa) di Inananm, menjadi sebuah pasaraya yang kini dimiliki syarikat Giant.

Pada mulanya, rakyat Sabah merasa bertuah kerana Datuk Musa Aman yang menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mac 2003 adalah seorang yang telah kaya raya. Seorang peniaga dan seorang banker yang berjaya.

Biasanya orang yang berstatus seperti itu, tidak rakus atau terburu-buru mengejar harta dan kekayaan untuk diri sendiri. Sebaliknya fokus kepada pembangunan rakyat dan negeri Sabah!

Apabila Chong Kah Kiat mencadangkan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanya satu dalam otaknya, orang yang telah kaya tidak tamak dan rakus. Dia juga berharap momentum pentadbiran yang bersih dan telus dapat diteruskan. Pembangunan wilayah seperti di Kudat boleh dikembangkan ke daerah-daerah lain. Begitu juga dengan usaha mengurangkan PTI. Harapan itu dikongsi seluruh rakyat Sabah terhadap Datuk Musa Aman.

Setelah 8 tahun dan dua penggal, negeri dan hasil mahsulnya diurus seperti mengurus sebuah syarikat private and family dan friends enterprise.

Dianggarkan 99% yang mendapat faedah dari hasil balak termasuk konsesi Yayasan Sabah adalah orang bukan Melayu/bumiputera dan bukan Islam. Pemimpin UMNO di Sabah termasuk ketua-ketua bahagian secara senyap-senyap melahirkan rasa amat kecewa. Mungkinkah time bomb yang hanya menunggu masa untuk meletup!?

Muncullah nama-nama seperti Freddy Lim – bekas nominee kepada Datuk Jeffrey Kitingan, Andrew Lim, Micheal Chai, Nasir Yeo, John Lim dan Datuk Elbert Lim. Nama-nama ini meniti dari bibir ke bibir rakyat Sabah yang terus dihimpit kemiskinan dan kesusahan hidup!

Projek-projek negeri yang bernilai ratusan juta pasti diberikan kepada nama-nama berikut: Datuk Robert Tan, Terrece Chung, Lawrence Chung (dua beradik pemilik kedai buku Ming Kiang books store), Gray Saw dan Humphrey Tan.

Manakala projek-projek swasta yang melibatkan hartatanah kerajaan dan GLC, dua nama utama yang dipilih sebagai pemaju ialah Raymond Chan (1Borneo, Warisan Square dan Water Front Project) dan Humphrey Tan (Sabah Suria).

Raymond Chan membangunkan tanah milik Pertubuhan Islam Sabah (USIA) menjadi megamall terbesar 1Borneo. Ramai yang tahu USIA telah ditipu oleh pemaju kerana USIA akhirnya tidak mendapat bahagian yang sepatutnya seperti dalam perjanjian. Tapi pengurusan USIA terlalu takut kepada Musa untuk mengambil tindakan undang-undang.Tulisan asal disini.

Wednesday, June 15, 2011

Musa Aman terus ketuai BN Sabah: Hishamuddin

Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin Hussein hujung minggu lalu semasa merasmikan Persidangan UMNO Libaran yang diketuai Datuk Musa Aman-bahawa Musa akan terus mengetuai BN Sabah dalam piliahanraya umum akan datang.

Kenyataan Hisham itu senada dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Salleh Said sempena majlis menyambut harijadi Musa yang ke 60 baru-baru ini.

Selain itu, kenyataan Datuk Anifah Aman Ketua Umno Kimanis yang mengeluarkan kenyataan secara menyindir- yang inti partinya menyokong kepimpinan abangnya sebagai peneraju UMNO dan BN Sabah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PBS Datuk Johnny Mositon juga menyambut baik kenyataan Naib Presiden Umno itu, dan menyatakan bahawa bukan sahaja di peringkat negeri Musa mendapat sokongan akan tetapi juga di peringkat pusat.

Bagi AYT skrip lama dalam politik telah wujud semula. Pertanyaannya, kenapa perlu timbul penegasan Hisham itu? Bukan kah telah dua penggal Musa mengetuai BN Sabah dalam pilihanraya? Kenapa pada penggal ketiga ini, Musa dengan tiba-tiba disokong secara terbuka?

Memang telah berlegar dikalangan rakyat Sabah, zaman Musa serharusnya perlu berlalu. Rakyat telah memberikan peluang dua penggal kepada Musa sebagai ketua kerajaan. Selama dua penggal itu juga, rakyat menyaksikan sepak terajang Musa, sehingga ada persepsi- kepimpinan Musa ibarat biduk lalu melintang patah; malah di pihak Pembangkang; mereka menggambarkan Musa adalah Ketua Menteri "vaccum cleaner".

Musa sejak akhir-akhir ini kelihatan sangat condong kepada parti PBS-komponen BN yang diterima semula pada tahun 2002, selepas parti pimpinan Tan Sri Pairin itu menikam BN pada PRU 1990. Musa, terlalu banyak memberi ruang kepada PBS, sehingga dua pemimpinnya diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, umum mengetahui bahawa pertelingkahan antara LDP dan kepimpinan Musa, ibarat api dalam sekam sebelum ini-namun api itu meletup juga, apabila Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan secara terbuka- bahawa parti itu menolak kepimpinan Musa. Ekoran kenyataan Chin itu, Naib Presiden parti itu- Datuk Peter Phang-meninggalkan LDP dan kini menyertai parti Gerakan.

Walaupun Chin menentang kepimpinan Musa, namun Timbalan Presiden LDP itu, telah dilantik sebagai anggota dewan negara oleh pucuk pimpinan BN pusat. Perlantikan Chin itu, mendapat kritikan pedas daripada Setiausaha Agong BN Sabah Datuk Rahman Dahalan-sambil berkata-perlantikan Chin itu atas pertimbangan lain-bukannya untuk menyumbang kepada prestasi politik Sabah. Rahman-telah membuka ruang-bahawa MP Kota Belud itu secara terang dan nyata tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan BN yakni DS Najib sendiri.

Umum melihat-melalui perlantikan Chin sebagai senator oleh DS Najib, adalah petanda bahawa kepimpinan Musa mula tidak disenangi terutama oleh DS Najib sendiri.

Selain itu, kenyataan terbuka oleh Ketua Pemuda Umno pusat- Khairy Jamaluddin semasa merasmikan persidangan Pemuda Umno Keningau- sambil mengatakan bahawa Pemuda tersepit akibat perang dingin antara dua pemimpin Umno negeri; yang satu adalah Musa dan yang kedua Datuk Safie Apdal- sehingga mengakibatkan penggantian Ketua Umno Negeri secara mendadak.

Seabagai pemimpin politik yang berpengalaman, Musa melihat kecenderungan tersebut, atas sebab itu, beliau meminta Hishamuddin merasmikan Bahagiannya dan seterusnya memberi sokongan terbuka terhadapnya.

Kenyataan Hishamuddin itu, samalah sepertimana yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri terhadap kepimpinan Tan Sri Harris Salleh satu ketika dahulu- Mahatahir kata-bahawa beliau bersedia - SINK AND SWIM WITH BERJAYA.

Bagi AYT- Mengetahui pilihanraya adalah satu perkara- namun perlantikan jawatan Ketua Menteri satu perkara. Telah dua kes berlaku selepas PRU-12 lalu- Datuk Idris Jusoh dan Datuk Sahidan Kassim; kedua-kedua pemimpin itu adalah pengerusi BN Negeri Terengganu dan Perlis dan mereka juga mengetuai BN semasa PRU itu, namun tidak dilantik sebagai Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Akan berulangkah peristiwa angkat Sumpah Tan Sri Taib Mahmud yang dilakukan secara tergesa-gesa selepas sahaja PRN Sarawak tamat-jika BN Sabah masih menang pada PRU-13 akan datang? sama-sama kita tunggu.

Blog Archive