Showing posts with label Kalimullah. Show all posts
Showing posts with label Kalimullah. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Boleh Percayakah Penafian Kalimullah?

Wartawan yang menjadi ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dalam Malaysian Insider, sebuah berita portal.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E-Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun 2006. Saya tidak mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International,” katanya sebagai respons berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO), semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat firnah terhadap kerajaan.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, “Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya.”

Beliau juga berharap Bernama, sebagai sebuah agensi berita nasional, “di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya.” - Bernama

Wednesday, February 24, 2010

Wayang Kalimullah

Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan menafikan beliau berjumpa dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Kalimullah turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu polis apatah lagi mahu membenarkan pengendali portal berita Malaysia Today itu menetap di apartmen miliknya di London.

''Saya tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim di London atau di mana-manapun pada 7 November lalu. Pada hari tersebut, saya berada di Malaysia.

"Keduanya, saya tidak mempunyai apa jua hubungan dengan Raja Petra dan tidak membiayai beliau di mana jua beliau berada," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang cuba membabitkan namanya dengan kedua-dua individu tersebut.

Kalimullah berkata demikian bagi mengulas dua laporan akhbar ini yang disiarkan semalam dan hari ini berkenaan pertemuan dengan Anwar di London dan penglibatannya dalam portal berita propembangkang seperti Malaysiakini.com dan The Malaysian Insider.

Selain itu, dalam laporan blog seperti dipetik akhbar ini turut menyatakan beliau menaja pengendali portal berita Malaysia Today itu yang kini dilaporkan bersembunyi di London

"Memang benar saya ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di apartmen itu.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' jelas Kalimullah.

Dalam pada itu, tegasnya, beliau juga langsung tidak terlibat dengan kedua-dua laman berita propembangkang seperti dilaporkan sama ada dalam pembiayaan, pengendalian, pemilikan saham atau penubuhan organisasi itu.

AYT

Penafian Kalimullah ini ramai yang menganggapnya hanya wayang. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat lawak. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat kerja Menafi cerita-cerita dalam akbar tetapi Kalimullah tidak pula memberi penjelasan atas sebab musabab yang berlaku sehingga namanya dikaitkan dengan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dan seorang individu yang memberi perlindungan dan bantuan kewangan kepada RPK..

Ada yang mendakwa penafian Kalimullah ini hanya sekadar membuat penafian untuk tujuan mengelak. Biasanya kata mereka yang mengetahui bahawa memang Kalimullah bertemu dengan Anwar pada 7/11 dan Kalimullah melindungi Raja Petra buruan polis Malaysia itu di sebuah rumah miliknya di London apabila perkara yang dirashiakan terbongkar, maka penafian adalah jawabannya.

Tuesday, January 26, 2010

Dr Spin "Kalimullah" Berjaya Pedaya Abdullah: Penyebab Tun Mahathir Keluar Umno


SUATU masa pada bulan JUNE 2008 rakyat Malaysia dikejutkan oleh dua isu yang berlainan tetapi berkaitan iaitu keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Umno dan kalahnya Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ) berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih.

Ramai yang tidak menjangkakan bahawa Tun Dr Mahathir akan membuat kejutan yang berani walaupun selama ini berterusan mengkritik kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir bertegas tidak akan kembali bersama Umno selagi Abdullah Badawi memimpin parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu nampaknya mengikuti jejak langkah tiga Presiden Umno sebelum ini yang bukan sahaja meninggalkan Umno selepas tidak menjadi presiden, tetapi mati pun bukan sebagai ahli Umno. Mereka ialah pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.(Nota Tun Mahathir telah masuk semula UMNO semasa Najib jadi Presiden)

Dr Mahathir marah benar kepada Pak Lah kerana tindakannya menggadai maruah negara. Mula-mula isu yang ditimbulkan adalah kegagalan kerajaan memastikan kereta nasional, Proton diberikan perlindungan ekoran tindakan Rafidah Aziz memberikan permit import (AP) besar-besaran kepada dua kroninya yang tidak menjual kereta.

Selepas Tengku Mahalel tidak disambung kontraknya sebagai CEO Proton, kerajaan menjual MV Agusta dengan harga 1 Euro. Dahulu Proton membelinya untuk mendapatkan teknologi dari syarikat motor terkemuka itu. Dr Mahathir merasakan dasar ini bukan sahaja boleh melumpuhkan Proton, tetapi menjejaskan maruah negara.

Dalam kekecohan itulah, Abdullah mengumumkan pembatalan projek jambatan bengkok walaupun ia telah berjalan. Kerajaan rugi jutaan ringgit dari pembatalan ini. Tetapi Dr Mahathir melihat dari aspek lain iaitu kekalahan moral dan kedaulatan kepada Singapura. Marah benar beliau dengan Abdullah ekoran pembatalan ini.

Beliau segera membangkitkan isu penjualan pasir dan peranan Tingkat 4 di Putrajaya dalam penggadaian maruah negara. Sejak itu, perseteruan Dr Mahathir dengan kerajaan Abdullah semakin terbuka. Yang agak pedas juga kritikan beliau adalah kedaulatan negara yang bakal diragut oleh Singapura menerusi projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di mana rakyat Singapura diberikan keistimewaan besar sehingga bebas keluar masuk dan memiliki harta di wilayah Johor tersebut.

Dr Mahathir tidak senang hati dengan dasar kerajaan yang mencabul kedaulatan sendiri. Ya, seperti pelacur menjual diri. Kadaulatan negara diserahkan sendiri oleh kerajaan untuk dijajah oleh kuasa asing. Dahulu Dr Mahathir sering menuduh PAS sebagai agen asing, tetapi baru kini dia sedar bahawa orang yang diangkatnya dahulu sebagai Perdana Menteri adalah musuh negara sebenar.

Kalau Dr Mahathir masih ingat, sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa, beliau membawa masuk Datuk Kalimullah Hassan dalam pasukan pemikirnya, sedangkan Dr Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa tokoh media itu adalah agen Singapura.

Agaknya kerana sudah terlalu meluat dengan sikap dangkal Abdullah dalam mempertahankan kedaulatan negara, maka Dr Mahathir tidak tertahan lagi untuk keluar daripada parti yang diasaskannya itu.

Ketika Umno (Baru) ditubuhkan pada 1988, Dr Mahathir adalah ahli nombor 1 sebagai mana Dato Onn menjadi ahli nombor 1 Umno yang asal. Kedua-dua ahli nombor 1 sudah meninggalkan Umno kerana sedar Umno bukan tempat yang betul untuk melayarkan perjuangan. Kedua-dua mereka berasa Umno masih betul ketika masing-masing menjadi Presiden, tetapi segera keluar setelah berhenti dari kerusi panas itu. Nampaknya kedua-dua pengasas Umno sudah tidak yakin lagi kepada parti yang diasaskannya akibat pimpinan yang tidak peka perjuangan parti melayu itu.

Walaupun banyak juga isu yang diungkitkan oleh Dr Mahathir, yang paling panas dan membakar perasaan Dr Mahathir kelihatannya adalah isu berkaitan Singapura. Dr Mahathir berkeras bahawa Goh Chok Tong sudah memberi lampu hijau untuk Malaysia membina jambatan dalam kawasan kedaulatannya. Beliau juga turut bercakap tentang 'kedegilan' Singapura dalam menyelesaikan masalah tertunggak termasuk isu ICQ, tanah KTM di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja, pencerobohan udara, penjualan air mentah dari Johor, isu Pulau Batu Putih dan macam-macam lagi.

Apabila Abdullah naik, beliau membangkitkan masalah perlantikan Datuk Kalimullah dan kegiatan menjual pasir kepada Singapura. Akhirnya, isu jambatan bengkok dan WPI yang menyentuh langsung kedaulatan negara dipertikaikan bekas Perdana Menteri itu.

Ketika jambatan bengkok dibatalkan orang yang banyak memberi nasihat kepada Perdana Menteri dikatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Beliaulah yang memberi nasihat tentang undang-undang antarabangsa berkaitan isu jambatan bengkok sehingga menyebabkan 'lampu hijau' Goh Chok Tong tidak 'menyala' lagi. Sedangkan sebelum itu Dr Mahathir sudah membuat perasmian dan berjuta duit sudah dihabiskan untuk menyiapkan fasa awal projek tersebut. Tetapi kerana nasihat Peguam Negara ini, lalu ia terbatal begitu sahaja. Dahulu Ghani Patail 'cemerlang' ketika menjatuhkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, tetapi rupanya beliau amat lemah dalam mempertahankan kepentingan negara.

Rakyat sekarang tertanya-tanya apakah gerangan Peguam Negara berjaya disusupi Kalimullah?. Selepas gagalnya projek jambatan bengkok, Peguam Negara nampaknya tidak mempedulikan sangat isu-isu kepentingan negara termasuk dalam meneruskan pendakwaan ke atas individu berprofail tinggi yang surat siasatan sudah diserahkan kepada beliau oleh polis atau SPRM. Beliau lebih gemar turun naik mahkamah untuk mewakili kerajaan dalam isu-isu remeh seperti rusuhan di Terengganu, demonstrasi dan lain-lain. Kerja-kerja asasi beliau tidak dipedulikan sangat. Kerana kelemahan beliau jugalah, maka satu nasihat 'salah' telah diberikan kepada Kabinet. Akhirnya penggunaan dakwat dalam pilihan raya dibatalkan sedangkan SPR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membelinya.

Salah satu tugas penting Peguam Negara ketika itu adalah memastikan Malaysia dapat mengambil semula Pulau Batu Putih yang dikuasai oleh Singapura lebih 100 tahun. Oleh kerana sibuk menguruskan perkara remeh yang boleh diwakilkan kepada mana-mana timbalan atau penolong pendakwa raya, akhirnya persiapan Malaysia tidak lengkap dalam tuntutan ini. Seolah-olah Malaysia tidak bersedia dan hanya bergantung sepenuhnya pada hujah sejarah iaitu Pulau Batu Putih dahulunya hak milik Johor.

ICJ memang mengiktiraf perkara ini, tetapi ternyata Singapura lebih bersedia dengan hujah yang lebih meyakinkan untuk memperoleh kedaulatan ke atas pulau itu.

Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail membuat kerjannya dengan bersungguh-sungguh, maka sudah tentu Malaysia akan mendapat semula hak kedaulatannya. Tetapi beliau lebih senang mencari populariti dengan memberikan tumpuan kepada kes-kes politik. Akhirnya Pulau Batu Putih terlepas begitu sahaja.

Jangan lupa peguam negara itu kena juga ikuti nasihat Pak Lah. Keutamaannya adalah sebagaimana keutamaan Pak Lah. Kerana Pak Lah sudah disusupi Kalimullah, maka isu yang sepatutnya diambil berat diketepikan.

Apapun alasan dibuat tentang kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Batuan Tengah (Middle Rock), ia tetap tidak dapat membalut luka kerana hilangnya kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih itu. Ini soal kedaulatan negara yang amat penting kerana ia bukan setakat melibatkan maruah, tetapi juga sempadan, perairan, ekonomi dan juga politik.

Nampaknya berturut-turut kedaulatan kita diragut oleh Singapura sama ada dengan 'nasihat sulit' Peguam Negara atau melalui mahkamah. Yang jelas kedaulatan telah dicabul. Kini yang tinggal, tetapi bakal dicabul kedaulatannya ialah WPI. Paling tidak munasabah ialah perlantikan seorang menteri Singapura dalam jawatankuasa penyelaras untuk membangunkan WPI.

Pak Lah mesti ditanggungjawab dalam soal ini. Najib sebagai perdana menteri yang baru perlu melakukan sesuatu supaya tidak ada lagi kedaulatan negara yang dicabul. Ini belum dikira isu-isu pencerobohan udara, pencerobohan nelayan Singapura di Pulau Kukup dan pemilikan hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru. Amat memalukan apabila Malaysia melepaskan sendiri sedikit demi sedikit kedaulatannya itu.

Apabila Dr Mahathir keluar daripada Umno kerana tidak berpuas hati dengan dasar Abdullah yang tidak begitu memberati soal kedaulatan negara, ia sebenarnya lebih penting daripada kekalahan Malaysia di ICJ. Kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah walaupun ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita telah berjuang untuk mendapatkan kedaulatan itu. Tetapi kita sepatutnya lebih malu apabila kita sendiri menyerahkan hak kedaulatan kepada Singapura dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak boleh menerima apabila Malaysia membuat keputusan membatalkan projek pembangunan dalam kawasan kedaulatannya kerana bimbangkan Singapura. Itulah kelemahan Abdullah yang cuba disampaikan oleh Dr Mahathir dan kerana itu beliau tidak sanggup lagi berketuakan pemimpin selemah itu. Atas sebab itu Dr Mahathir mengajak ahli Umno Jom tinggalkan Umno dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan pada ketika itu.

Monday, January 25, 2010

Liciknya Kalimullah Khairy Juga Terperangkap


Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa asing terutamanya Sinagpura, mereka harus kenal beberapa individu yang menjadi dalang.

Banyak telah diperkatakan mengenai Datuk Kalimullah Hassan yang menjadi spin-doctor Pak lah. Hampir semua yang mengambil tahu sedar mengenai latarbelakangnya, terutama hakikat beliau gagal pada tahun 1988 menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan itu adalah kerana beliau dianggap "security risk" (ancaman keselamatan) oleh bahagian perisikan Malaysia.

Selepas itu beliau hilang dari pandangan umum dan muncul kembali beberapa tahun kemudian sebagai juruperunding media untuk Singapore Press Holdings dan beroperasi di Kuala Lumpur bagi akhbar Singapore Straits Times.

Biro-biro Singapore Straits Times di luar negara beroperasi sebagai "front' ataupun topeng untuk agen-agen ISB Singapura (Internal Security Department of Singapore) untuk beroperasi.

Mereka ini, menerusi Kalimullah, telah berjaya semasa itu menembusi UMNO dan telah mengumpul pelbagai rahsia dalaman parti dan juga mengenai pemimpin-pemimpin parti.

Salah satu rahsia yang berjaya dikumpul oleh Kalimullah dan agen Singapura ialah mengenai kegemaran seks luar tabii Anwar Ibrahim. Namun mereka tidak menyebarkan maklumat tersebut malahan terus berusaha merapatkan diri dengan Anwar.

Strategi mereka adalah mudah - biarkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan ketika itu, menggunakan semua maklumat tersebut untuk memeras ugut Anwar.

Tetapi perancangan Singapura gagal kerana Dr. Mahathir mendapat tahu mengenai kelemahan moral Anwar dan mengambil tindakan memecatnya pada tahun 1998.

Masalah moral Anwar diperakui sendiri oleh pemimpin Singapura Lee Kuan Yew. Semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur dalam tahun 2001, ketika bertemu pengarang kanan akhbar New Straits Times termasuk ketua pengarang kumpulan Tan Sri ABdullah Ahmad, telah menyatakan rasa simpati beliau kepada Dr Mahathir.

Simpati itu, kata Kuan Yew, adalah kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir mengenai Anwar sebagai peliwat adalah benar dan telah diketahuinya menerusi agen rahsia Singapura sejak tujuh, lapan tahun sebelum ini.

Semasa Dr Mahathir dan UMNO berdepan dengan kemarahan rakyat dan ahli reformasi yang tidak percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, Kalimullah telah tampil ke hadapan memberi sokongan padu kepada Dr. Mahathir dan UMNO.

Kalimullah telah secara terbuka menyeru teman-teman perniagaan dan wartawan untuk memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Antara lain, Kalimullah menyatakan bahawa semasa bapanya sedang nazak di India, bapanya telah berpesan kepadanya (Kalimullah) supaya menyokong Dr Mahathir yang dianggap oleh bapa Kalimullah sebagai pemimpin Melayu dan Islam yang tiada tolok bandingnya.

Kerana pesanan bapanya, kata Kalimullah, beliau tidak teragak-agak menyokong Dr. Mahathir dan sanggup bergadai harta dan nyawa untuk mempertahankan beliau.

Apabila Anwar tumpas dan parti Keadilannya juga tumpas di dalam pilihanraya 1999, Kalimullah dan Singapura mula mencari personality baru untuk disokong di Malaysia dan kemudian diperkudakan.

Khairy Jamaludin secara kebetulan merelakan dirinya. Khairy mempunyai cita-cita tinggi. Beliau juga berdendam kepada pentadbiran Dr. Mahathir yang disalahkannya sebagai penyebab kematian bapanya seorang bekas diplomat akibat tekanan perasaan selepas kontraknya tidak diperbaharui.

Ditambah pula dengan latarbelakang akademik yang menyerlah, maka Kalimullah yang telah ditugaskan oleh Singapura untuk mencari calon yang sesuai untuk agenda republic itu, telah memilih Khairy.

Khairy amat sesuai kerana dia tidak mempunyai rasa patriotic yang tinggi kepada Malaysia dan semangat Melayunya juga amat luntur kerana dibesarkan di luar negara dan tidak pernah melihat pentingnya Dasar Ekonomi Baru untuk umat Melayu.

Dari segi Islamnya, Khairy juga tidak mempunyai penghayatan yang kukuh kerana cara hidup sebagai seorang anak diplomat di luar Negara tidak menjadikan Islam satu cara hidup sebagaimana anak-anak Melayu lain yang dibesarkan di Malaysia.

Sejak Pak Lah mengambilalih dari Dr Mahathir, Singapura tidak lagi menunjukkan sikap bermusuh malahan menunjukkan kesediaan untuk berbaik-baik.

Bagi Pak Lah, ini adalah kejayaan diplomasinya. Tetapi umum tahu, Singapura tidak pernah berminat untuk berbaik-baik dengan Malaysia dalam apa keadaan sekalipun kecuali jika ia menguntungkan republik. Itu.

Dengan adanya Khairy dan Kalimullah sebagai orang kepercayaan Pak Lah, Singapura tidak perlu bermusuh malahan berbaik-baik dengan Malaysia akan menutup rahsia hubungan mereka dengan Khairy dan Kalimullah.

Hasilnya, Temasek, badan pelaburan kerajaan Singapura bereluasa di Malaysia, mengambil alih Pantai Holdings, Southern Bank Berhad, Avenue Capital (menerusi ECM Libra yang diterajui Kalimullah dan Khairy sebagai ahli lembaga), Telekom Malaysia selain dari mencuba untuk menerobos syarikat Malaysia seperti Proton namun gagal.

Kepentingan Melayu dan UMNO semakin terpinggir dan ianya dilakukan secara sistematik tanpa disedari oleh umat Melayu. Kesemua dilakukan atas nama meritocracy dan hampir kesemua media massa, terutama dari luar Negara menyokong usaha itu kerana selari dengan agenda globalisasi.

Dr. Mahathir yang telah melihat usaha Singapura menghancurkan kepentingan Melayu akhirnya tidak lagi dapat menahan dirinya lantas secara lantang mengkritik kepimpinan Paklah dengan harapan ahli UMNO dan orang Melayu akan sedar akan ancaman yang mereka hadapi.

Namun, suaranya itu dibantah oleh orang Melayu dan ahli UMNO sendiri dan mengakibat secara sementara Tun Mahathir terpaksa keluar UMNO selagi presiden parti orang melayu itu ada lah Abdullah Ahmad Badawai.

Nota; Tun Mahathir kembali semula ke dalam Umno setelah Najib menjadi Presdien

Wednesday, January 20, 2010

Siapa Kalimullah Hassan?


Sejak Pak Lah berundur, Kalimullah sudah tidak lagi muncul dalam mana-mana media.

Beliau juga sudah sukar untuk dilihat walaupun mempunyai perniagaan di Bangsar. Ada juga yang mengatakan beliau telah lari keluar negara. Maklumlah, Datuk Patrick Lim yang pernah digelar Patrick Badawi juga khabarnya kini menumpukan perniagaan di luar negara selepas melupuskan segala kepentingannya dalam Equine Capital Berhad.

Apabila menyebut tentang Kalimullah, banyak cerita mengenai kawan baik Pak Lah ini termasuk cerita yang sejak tahun 80-an lagi.

Kalimullah sememangnya menikmati kehidupan mewah di zaman Pak Lah. Tak usah ceritalah pasal syarikat yang ditubuhkan, hubungan baiknya dengan Khairy Jamaluddin mahupun anak Pak Lah, si Kamaluddin.

Malas nak komen mengenai kekayaan yang dikautnya di zaman Pak Lah menerusi pelbagai projek yang diberikan secara rundingan terus hasil minit Bapa Islam Hadahari tersebut.

Itu rezeki beliau. Tetapi benarkah Kalimullah telah lari ke luar negara kerana bimbang ditangkap?

Kalimullah sememangnya seorang yang kontroversi bukan sahaja pada pemikiran massa tetapi juga dalam dunia perisikan. Mereka yang dah veteran dalam dunia perisikan tahu hal ini.

Khabarnya, sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri, sudah ada cadangan dibawa kepada beliau agar Kalimullah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki menjadi elemen penting kepada sebuah agensi perisikan asing.

Tetapi usaha tersebut tidak berhasil kerana wujudnya sindrom penafian dan juga rasa kasihan Perdana Menteri kepada Kalimullah.

Kepada mereka yang masih ingat, Kalimullah pernah ditahan oleh Cawangan Khas pada tahun 1980-an kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengintipan di negara ini.

Waktu itu beliau dikaitkan dengan KGB. selepas dibebaskan, beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Bagaimanapun, beliau hanya sempat bertugas selama 6 bulan sahaja berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad enggan menandatangani surat perlantikan Kalimullah difahamkan atas nasihat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan dan Pengarah Cawangan Khas ketika itu.

Pada masa itu, Kalimullah tidak melepasi tapisan keselamatan kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan Singapura. Dan kerana itu beliau terpaksa keluar dari pejabat Ghaffar Baba dan tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Dr. Alias Mohamad.

Selepas it, Kalimullah menyepi kembali sehinggalah tiba-tiba muncul semula sebagai penggerak dan pengawal media bagi pihak Pak Lah.

Dan sudah tentu kehadirannya secara tiba-tiba turut diragui oleh banyak pihak. Lebih-lebih lagi selepas akhbar NST dan Berita Harian di samping TV3 dilihat banyak melakukan serangan terhadap Dr. Mahathir.

Pada masa yang sama pakar media dari Mediacorp Singapura turut dibawa ke negara ini untuk melatih kakitangan NST Group dan Media Prima Berhad.

Di zaman Kalimullah menjadi Ketua Pengarang dan Timbalan Pengerusi NSTP, banyak juga berita-berita yang merosakkan imej kerajaan dan UMNO disiarkan sehingga dibangkitkan secara lantang oleh para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.

Tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh beliau kerana Pak Lah adalah orang yang tidak berani menegurnya. Mungkin kerana terhutang budi.

Di zaman Pak Lah juga, Kalimullah dikatakan menjadi perancang utama untuk memutarbelitkan kenyataan media bagi memastikan mereka yang dianggap boleh 'membahayakan' karier politik Pak Lah diserang dengan secukup-cukupnya sehinggakan beliau digelar sebagai 'Dr. Spin'.

Kalimullah juga dikatakan terlibat secara langsung dalam menubuhkan portal berita ' The Malaysian Insider' yang banyak menyerang Dr. Mahathir dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bersamanya ialah bekas Ketua Pengarang NST Brendan Pereira, bekas Ketua Pengarang The Star, Datuk Wong Su Long, Cheah Che Kong, Sheikh Akmal dan seorang bekas pegawai kanan sebuah stesen televisyen tempatan.

Orang yang sama sebahagiannya berada dalam Fox Media yang menjadi perunding media untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Sime Darby Berhad serta koridor yang ditubuhkan di bawah Pak Lah.

Kesemua projek berkenaan diperolehi sama ada dengan bantuan Pak Lah mahupun dengan usaha oleh budak-budak tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri.

Kini rakyat ingin tahu, apa kesudahan yang akan berlaku kepada Kalimullah yang turut diketahui rapat dengan seorang pegawai kanan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur, Ian Mark.

Dalam dunia perisikan di Kuala Lumpur, Ian Mark cukup dikenali dan bekas graduan sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga berada di Permatang Pauh sewaktu pilihan raya kecil parlimen kawasan tersebut tempohari.

Mungkinkah Najib akan melakukan operasi pembersihan selepas ini untuk memastikan kegiatan pengintipan di negara ini lebih terkawal?

Adakah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga akan digunapakai untuk pegawai kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan kepada pihak asing dan pembangkang?

Kita tunggu dan lihat. Namun apa yang pasti, rakyat mahukan tindakan yang tegas dan konsisten dilakukan demi keselamatan dan kedaulatan negara tercinta.

Tuesday, January 19, 2010

Disebalik Cerita Syarikat ECM Libra



Sewaktu dialog Tun Dr Mahathir di Tmn Melawati suatu ketika pada tahun 2009 ada orang menyahut nama ECM Libra sebagai holding company yang menjadi dalang syarikat misteri Spa Gevi yang telah membeli MV Agusta dengan harga murah RM4 sahaja.

ECM Libra ialah syarikat kepunyaan Kalimullah Maseerul Hassan dan Khairy Jamaludin bersama beberapa taukeh yang lain.

Syarikat misteri Spa Gevi yg telah membeli MV Agusta dengan harga murah RM4 itu boleh mendapat keuntungan besar beratus juta Ringgit jika menjual balik MV Agusta kepada pihak ketiga di pasaran terbuka dgn harga yg lebih mencerminkan nilai sebenar syarikat MV Agusta itu.

Tetapi sekarang mari kita lihat bagaimana Kalimullah Maseerul Hassan  berjaya mendapat ECM Libra Bhd pula.

ECM Libra dulu dikenali sebagai BBMB Securities Bhd syarikat broker saham ia itu anak syarikat Bank Bumi. BBMB Securities hampir bungkus sewaktu Krisis Matawang 1998 dan terpaksa diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd yg sekarang dikawal ketat oleh Azman Mokhtar ia itu kroni Nor Mohd Yakcop -Menteri Kewangan Kedua.

Apabila Dr Mahathir umumkan pada 2002 bhwa beliau akan bersara dan juga tetapkan tarikhnya ie 31 Oktober 2003, geng Abdullah Badawi telah pun membuat persiapan awal utk songlap projek, duit, syarikat kroni, wang kerajaan, projek Petronas, stesen jana kuasa, BBMB Securities dsbnya.

Maka timbullah Kalimullah Maseerul Hassan  utk songlap BBMB Securities. Waktu itu Nor Mohd Yakcop adalah Penasihat Khas kpd Tun Dr Mahathir. Nor Mohd Yakcop pun bersedia utk membuat apa yang perlu (whatever is necessary) utk kekalkan jawatnnya ataupun utk dinaikkan pangkat lagi.

Utk ringkaskan ceritanya - Kalimullah minta bantuan kepada Boss nya supaya Kalimullah dan beberapa sahabat taukeh Cina boleh membeli BBMB Securities dpd Khazanah Nasional dgn harga murah macam 'harga MV Agusta juga lah'.

Mulanya orang lama yg control Khazanah Nasional pada masa itu tidak setuju harga murah yg ditawarkan oleh Kalimullah. Nama hero di Khazanah yg telah berani menolak tawaran Kalimullah adalah Datuk Anwar Aji, orang Melaka yg sangat setia kpd Khazanah Nasional yg menjadi Managing Director Khazanah Nasional pada masa itu.

Tetapi Anwar Aji telah mendapat panggilan telefon dpd Nor Mohd Yakcop - Penasihat Khas kpd Tun Dr Mahathir dan bakal Menteri Kewangan Kedua.

(Sekarang kita pun mula faham bab bagaimana Nor Mohd Yakcop boleh dinaikkan pangkat dpd Penasihat Khas terus menjadi Menteri Kewangan Kedua ! Senang saja. You luluskan projek ini semua, you punya pangkat mesti naik ! )

Nor Mohd Yakcop telah memberi arahan kpd Anwar Aji 'You sign saja lah. Biar Kalimullah Maseerul Hassan beli saja BBMB Securities dgn apa harga yang dia nak "

Maka terpaksalah Anwar Aji - yang terhutang budi juga kpd Nor Mohd Yakcop - ikut arahan. Tetapi belum habis lagi cerita ini.

Ikut jadual asalnya Anwar Aji akan sign kontrak penjualan BBMB Securities kpd Kalimullah selepas 31 Oktober 2003 - ia itu selepas Dr Mahathir bersara dan Abdullah Badawi sudah naik jadi PM. Geng Badawi khuatir (dgn sangkaan betul) nanti orang akan buat tuduhan macam macam pula kalau Kalimullah beli BBMB Securities sejurus selepas Abdullah Badawi jadi PM baru.

Jadi Anwar Aji dapat panggilan telefon dpd Nor Mohd Yakcop sekali lagi. Dia suruh Anwar Aji, 'Saya mahu awak sign dokumen dan kontrak jualan BBMB Securities kpd Kalimullah paling lewat 30 Oktober 2003'.

Maka sejarah telah pun mencatatkan bhwa syarikat BBMB Securities Bhd, syarikat pelopor yg melambangkan usaha gigih orang Melayu dan kaum bumiputera dlm industri broker saham telah pun dijual kpd Kalimullah Maseerul Hassan  dan beberapa orang taukeh China dengan harga yang jauh lebih murah dpd harga pasaran pada 30hb Oktober 2003 ia itu sehari sahaja sebelum Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Nor Mohd Yakcop dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan Kedua.

Anwar Aji pula yang berasal dpd Melaka, negeri keturunan Hang Tuah dan Hang Jebat dan sultan sultan Melayu belaka telah dipecat daripada jawatannya sebagai Managing Director Khazanah Nasional.

Anwar Aji diganti oleh kroni kroni yang lebih sayang kpd Nor Mohd Yakcop dan Kalimullah.

Senarai Syarikat Milik Kalimullah: Apa Untungnya Pada Negara


Berikut ini adalah antara senarai syarikat besar yang dimiliki oleh agen singapura bernama kalimullah.

comp no- nama syarikat
288682- ecm libra berhad
434404-libra capital management sdn bhd
451280-oub-ta asset management sdn bhd
481609-ecm libra partners sdn bhd
210861-universal control system m sdn bhd
241614-ampersand consultant sdn bhd
688686-vincenzo ristorante sdn bhd
713570-ecm libra financial group bhd
747458-ecm libra holdings sdn bhd
734161-air asia x sdn bhd
301735-ekowood intnl bhd
778568-palma indigo sdn bhd
682 - ecm libra investment bank bhd
745388-aero ventures sdn bhd
719679-tune money sdn bhd
820274-tune hotels real estate sdn bhd
717756-tune hotels sdn bhd
831962-tulus tenaga sdn bhd

Pada oktober 2010 syarikat peranap bangsa kepunyaan Kalimullah Hasan akan tamat kontraknya. Dalam siri kronikal pendedahan Bloger GAP minggu lepas, syarikat Kalimullah yang bernama VPI INTERNATIONAL SDN BHD akan tamat kontraknya daripada kerajaan.

Kontrak bernilai hampir RM 1billion ini akan tamat pada oktober 2010. Bloger GAP menggesa kerajaan dan LHDN untuk tidak lagi memberikan kepentingan kontrak ini kepada syarikat kalimullah. Nor mohamed Yakob telah melanggar tatacara pemberian kontrak, apabila dia memberikan/menganugerahkan secara terus kontrak besar ini kepada pengkhianat negara bernama kalimullah hassan! (sedutan daripada blog Gerakan-anti-pkr.blogspot.com)

Monday, January 18, 2010

Penafian Kalimullah Hanya Wayang


Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan menafikan beliau berjumpa dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Kalimullah turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu polis apatah lagi mahu membenarkan pengendali portal berita Malaysia Today itu menetap di apartmen miliknya di London.

''Saya tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim di London atau di mana-manapun pada 7 November lalu. Pada hari tersebut, saya berada di Malaysia.

"Keduanya, saya tidak mempunyai apa jua hubungan dengan Raja Petra dan tidak membiayai beliau di mana jua beliau berada," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang cuba membabitkan namanya dengan kedua-dua individu tersebut.

Kalimullah berkata demikian bagi mengulas dua laporan akhbar ini yang disiarkan semalam dan hari ini berkenaan pertemuan dengan Anwar di London dan penglibatannya dalam portal berita propembangkang seperti Malaysiakini.com dan The Malaysian Insider.

Selain itu, dalam laporan blog seperti dipetik akhbar ini turut menyatakan beliau menaja pengendali portal berita Malaysia Today itu yang kini dilaporkan bersembunyi di London

"Memang benar saya ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di apartmen itu.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' jelas Kalimullah.

Dalam pada itu, tegasnya, beliau juga langsung tidak terlibat dengan kedua-dua laman berita propembangkang seperti dilaporkan sama ada dalam pembiayaan, pengendalian, pemilikan saham atau penubuhan organisasi itu.

AYT
Penafian Kalimullah ini ramai yang memperlekehnya. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat lawak. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat kerja Menafi cerita-cerita dalam akbar tetapi Kalimullah tidak pula memberi penjelasan atas sebab musabab yang berlaku sehingga namanya dikaitkan dengan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dan seorang individu yang memberi perlindungan dan bantuan kewangan kepada RPK..

Ada yang mendakwa penafian Kalimullah ini hanya sekadar membuat penafian untuk tujuan mengelak. Biasanya kata mereka yang mengetahui bahawa memang Kalimullah bertemu dengan Anwar pada 7/11 dan Kalimullah melindungi Raja Petra buruan polis Malaysia itu di sebuah rumah miliknya di London apabila perkara yang dirashiakan terbongkar, maka penafian adalah jawabannya.

Bloger gerakan anti PKR (GAP) telah berjanji akan terus membongkar dan menyerang Kalimullah kerana bloger ini percaya bahawa ia berkata benar. AYT juga merasa demikian berasaskan maklumat-maklumat yang tersebar di internet maupun media aliran perdana. AYT yakin masa kan pokok bergoyang kalau bukan ditiup angin, mana kan ada asap jika api tiada.

Penafian Penuh Kalimullah. Satu Wayang?


PETALING JAYA: Businessman Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan has denied reports that he met up with Datuk Seri Anwar Ibrahim in London on Nov 7 last year or that he had supported Malaysia Today news portal editor Raja Petra Kamaruddin during his stay in London.

Kalimullah added that he was in Malaysia on that particular day.

“It’s public knowledge that Raja Petra has over the years made numerous defamatory, slanderous and totally baseless allegations against my family, myself and my close friends such as former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“My flat has only been used by my family. Raja Petra has never stayed in my apartment. I don’t know where he stays and neither is it my concern – be it Brisbane, Manchester, London or Poland,” he said in a statement recently.

Kalimullah said he had nothing to do with news portals like Malaysiakini or The Malaysian Insider.

“I was not involved in setting up these portals and neither do I have any control, influence, equity or in funding these organisations,” he added.

He was commenting on Umno supreme council member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi’s statement on Thursday asking Anwar to explain whether he had held a meeting with Kalimullah on Nov 7 as alleged by various blogs.

The blogs also claimed that Kalimullah could be one of those supporting Raja Petra, who has reportedly gone into hiding abroad.

Dr Puad said the matter had become public concern as to what had transpired during the meeting.

Kalimullah resigned as the deputy chairman of The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) in 2008. He joined the NSTP as group editor-in-chief in 2004. (sumber:The Star 15/1/2010)

Komen AYT

Boleh percayakah penafian ini? sila layari blog berikut untuk penjelasan selanjutnya!
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/rahsia-negara-yang-dipegang-kalimullah.htmlari:

Sunday, January 17, 2010

Benarkah RPK Bersembunyi Di RUMAH INI?


Benarkah Raja Petra bersembunyi di rumah seorang wanita bernama Helinna Hamun Dadameah? Perkara ini gap sahkan memang benar. siapa wanita ini yang sanggup bersekongkol dengan pengkhianat negara?

Helinna Hanum Dadameah adalah isteri kepada Kalimullah Hasan, agen daripada Singapura yang bersekongkol dengan Raja Petra mencipta teori fantasi politik untuk meenjatuhkan Datuk Seri Najib dan mengaibkan Rosmah Mansor. Sayang tuduhan dan akuan bersumpah Petra dan P.I.bernama Balasubramaniam yang mengatakan Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya pada jam 10 malam semasa Altanyua mati dibom dikatakan tuduhan yang tidak berasas.

Dengan keluarnya gambar alibi Rosmah yang sedang berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan jelas menunjukkan bahawa tuduan RPK itu palsu dan berniat jahat.

Raja Petra yang ghaib dari Malaysia secara misteri dikatakan bersembunyi pada sebuah apartmen, dimiliki oleh isteri kepada Kalimullah di No. 20 Apartment Trinity Court Bayswater London (surat carian bloger GAP disertakan).

Petra melakukan spin dan cuba memberikan political damage kepada Najib dan negara. Mewujudkan persepsi ketidakstabilan politik akan memberikan peluang dan ruang kepada Anwar Attaturk untuk berkuasa. Inilah game mereka.

Bila fitnah bergabung dengan idea politik bangkrap seperti menghapuskan DEB, menghapuskan kuasa raja, meliberalisasikan Islam akhirnya ia akan memberi kesan status quo yang ada sepertimana yang pernah pemimpin dan rakyat persetujui semasa pembentukan kemerdekaan negara.

PAS kini sudah menyimpang jauh. Siapa pernah menyangka bahawa PAS yang selama ini dianggap sebagai kumpulan politik hardliner kini sanggup sujud dan taat kepada kehendak perjuangan market songsang apabila bersetuju ALLAH itu digunakan oleh Herald. Kini semua penyokong dan ahli PAS sudah jatuh kufur sepertimana amaran yang telah Datuk Dr. Haron Din..

Tetapi bagi anwar, persoalan kufur atau sundalan tidaklah merimaskannya kerana sepertimana umum mengetahui dia inilah kepada munafik terbesar selepas Mustafa Kamal Attaturk.

Ini adalah petikan dari blog sahabat saya Gerakan Anti PKR! Akhirnya terbukti juga apa yang dimainkan sebelum ini oleh ramai bloggers mengenai hubungan RPK dan Riong Kali! Apa mau cakap sekarang?

Saturday, January 16, 2010

Sebalik Kontrak 1 Billion Ringgit Kalimullah Dapat Zaman Abdullah Badawi


Bloger gerakan-anti-pkr.blogspot.com (GAP) telah membuat pendirian bahawa bloger tersebut akan terus membuat pendedahan mengenai Kalimullah yang didakwa sebagai agen Singapura.

Dalam akhbar dikatakan bahawa kalimullah menafikan bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam web malaysian insider. dakwaan Kalimullah merupakan satu lawak bodoh yang lesu. malaysian insider memang kepunyaan kalimullah.

4 hari serangan serangan bloger ini berturut-turut menyebabkan Kalimullah menarik keluar syarikat nya yang membiayai malaysian insider dalam ruangan iklan. ruang iklan syarikat regalia records management sdn bhd telah ditarik keluar daripada web malaysianinsider sebentar tadi, pada jam 4 petang khamis 14 jan 2010.

Kenapa iklan syarikat Kalimullah di tarik keluar daripada web portal malaysian insider? takut kena godak dengan gap mungkin. kalau anda melihat web malaysian insider, hampir kesemua pengiklannya merupakan syarikat yang berlegar sekitar 'bangsar circle'..

regalia records management sdn bhd dan vpi international sdn bd merupakan anak syarikat kepada eficient e-solutions sdn bhd. linknya seperti di atas. melalui proksinya yang bernama shaikh akmal bin shaikh allaudin, kalimullah menjalan operasi sulitnya.

Sebagai permulaan, kalimullah sebenarnya tidak lulus/lepas daripada scan pihak keselamatan negara sewaktu ghafar baba melantiknya satu ketika dulu. selepas ghafar baba tiada dalam senarai kabinet, kalimullah terpaksa membawakan diri balik ke singapura. sewaktu pemerintahan perdana menteri ke 5 malaysia, kalimullah melakukan comeback.

Dia memegang portfolio penting dalam media negara. kalimullah memegang NST, membawa agenda liberalisme dan keterbukaan demokrasi dan hak asasi. sama konsepnya dengan perjuangan ketuanan rakyat walaupun platform mereka berbeda.

Sewaktu Kalimullah diangkat menjadi tonggak di Putrajaya, dia mendapat kontrak besar.  Apa kontraknya ?melalui syarikatnya iaitu vpi international sdn bhd, Kalimullah mendapat kontrak award pertama pada tahun 2005 berjumlah RM 400 juta. award kedua pada tahun berikutnya berjumlah RM 500 juta. total hampir   RM 1billion.

Apa kerja mereka (kalimullah) dengan ganjaran wang yang besar ini? scanning/menyimpan/storage dokumen penyata income tax rakyat malaysia dan syarikat dalam malaysia! bagaimana Kalimullah yang memang merupakan agen Singapura dibenarkan  memegang satu rekod kewangan milik negara merupakan satu persoalan besar !

Jka Bangkok bisa menerajang keluar syarikat Singapura kerana takutkan sistem telekomunikasinya di ketahui pihak asing, apa pula tindakan kerajaan malaysia dan LHDN terhadap pendedahan ini? apa jaminan keselamatan/sekuriti rekod kewangan rakyat malaysia dan syarikat di malaysia tidak terlepas ke pengetahuan pihak asing !

Artikel bloger ini 3 hari lepas ada mendedahkan 19 syarikat penting negara terutamanya air asia yang dimiliki oleh kalimullah. hari ini aku dedahkan lagi maklumat baru, betapa singapura SUDAH MENGETAHUI secara total pedapatan perkapita jutaan rakyat malaysia!

Hari ini kalimullah yang kaya raya hasil daripada 'pemberian istimewa' , kini telah bekerjasama dengan anwar dan Raja Petra bergabung menghancurkan politik negara! sasaran mereka menghancurkan nama perdana menteri yang ke6, DS Najib Tun Razak.

Sumber: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/rahsia-negara-yang-dipegang-kalimullah.html

Friday, January 15, 2010

Pendedahan: Rupanya Kalimullah Tahu Rashia Negara


Bloger gerakan-anti-pkr.blogspot.com telah 5 hari berturut-turut membongkar siapa kalimullah. seperti yang bloger tersebut janjikan artikel ini akan menjelaskan secara menyeluruh akan satu perkara penting. perkara mengenai rahsia negara (malaysia) yang di pegang oleh singapura melalui agen nya bernama kalimullah.

Dalam akhbar hari ini, kalimullah menafikan bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam web malaysian insider. dakwaan Kalimullah merupakan satu lawak bodoh yang lesu. malaysian insider memang kepunyaan kalimullah.

4 hari serangan serangan bloger ini berturut-turut menyebabkan Kalimullah menarik keluar syarikat nya yang membiayai malaysian insider dalam ruangan iklan. ruang iklan syarikat regalia records management sdn bhd telah ditarik keluar daripada web malaysianinsider sebentar tadi, pada jam 4 petang khamis 14 jan 2010.

Kenapa iklan syarikat Kalimullah di tarik keluar daripada web portal malaysian insider? takut kena godak dengan gap mungkin. kalau anda melihat web malaysian insider, hampir kesemua pengiklannya merupakan syarikat yang berlegar sekitar 'bangsar circle'..

regalia records management sdn bhd dan vpi international sdn bd merupakan anak syarikat kepada eficient e-solutions sdn bhd. linknya seperti di atas. melalui proksinya yang bernama shaikh akmal bin shaikh allaudin, kalimullah menjalan operasi sulitnya.

Sebagai permulaan, kalimullah sebenarnya tidak lulus/lepas daripada scan pihak keselamatan negara sewaktu ghafar baba melantiknya satu ketika dulu. selepas ghafar baba tiada dalam senarai kabinet, kalimullah terpaksa membawakan diri balik ke singapura. sewaktu pemerintahan perdana menteri ke 5 malaysia, kalimullah melakukan comeback.

Dia memegang portfolio penting dalam media negara. kalimullah memegang NST, membawa agenda liberalisme dan keterbukaan demokrasi dan hak asasi. sama konsepnya dengan perjuangan ketuanan rakyat walaupun platform mereka berbeda.

Singapura pernah menjahanamkan ekonomi Thailand. semuanya gara-gara pembelian temasek menguasai syarikat komunikasi thailand. 2006 dan hingga hari ini bangkok tidak pernah aman. thaksin digulingkan dan abishit diangkat menjadi perdana menteri. kumpulan rakyat yang berpaksikan warna kuning sering bertempur dengan penyokong baju merah. bangkok berjaya dikucar kacirkan oleh singapura.

Sewaktu Kalimullah diangkat menjadi tonggak di putrajaya, dia mendapat kontrak besar. apa kontraknya ?melalui syarikatnya iaitu vpi international sdn bhd, kalimullah mendapat kontrak award pertama pada tahun 2005 berjumlah RM 400 juta. award kedua pada tahun berikutnya berjumlah RM 500 juta. total hampir RM 1billion.

Apa kerja mereka (kalimullah) dengan ganjaran wang yang besar ini? scanning/menyimpan/storage dokumen penyata income tax rakyat malaysia dan syarikat dalam malaysia ! bagaimana kalimullah yang memang merupakan agen singapura bisa mampu memegang satu rekod kewangan milik negara bisa mengundang satu persoalan besar !

Jka Bangkok bisa menerajang keluar syarikat singapura kerana takutkan sistem telekomunikasinya di ketahui pihak asing, apa pula tindakan kerajaan malaysia dan LHDN terhadap pendedahan ini? apa jaminan keselamatan/sekuriti rekod kewangan rakyat malaysia dan syarikat di malaysia tidak terlepas ke pengetahuan pihak asing !

Artikel bloger ini 2 hari lepas ada mendedahkan 19 syarikat penting negara terutamanya air asia yang dimiliki oleh kalimullah. hari ini aku dedahkan lagi maklumat baru, betapa singapura SUDAH MENGETAHUI secara total pedapatan perkapita jutaan rakyat malaysia!

Hari ini kalimullah yang kaya raya hasil daripada 'pemberian istimewa' , kini telah bekerjasama dengan anwar dan petra bergabong menghancorkan politik negara ! sasaran mereka menghancorkan nama perdana menteri yang ke6, ds najib tun razak. KALIMULLAH HARUS BERAMBOS DARI MALAYSIA.BEKU KAN ASET PENGKHIANAT NEGARA

Sumber: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/rahsia-negara-yang-dipegang-kalimullah.html

Thursday, January 14, 2010

Boleh Percaya Kah Penafian Kalimullah?


SIAPA yang membiayai pengendali laman web Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin yang menjadi buruan polis kerana lari dari kes mahkamah di Malaysia masih menjadi misteri.

Kini dia diketahui berada di London dan dikatakan tinggal di sebuah apartmen, Trinity Court di Gloucester Bayswater yang terletak di sebuah kawasan mewah di pusat kotaraya London.

Soal bagaimana dia terlepas sampai ke sana... itu satu persoalan  lain yang juga misteri.

Mengambil kira kos hidup di London apa lagi tinggal di apartmen itu dan segala macam ,ia tidak mungkin dipikul sendirian oleh Raja Petra yang berstatus seorang muflis.

Sebab itu antara nama yang paling hangat berlegar di pasaran media serta desas desus individu yang membiayainya ialah Datuk Seri Kalimullah Hassan,bekas wartawan yang kini berstatus tokoh korprat kelas super jutawan.

Kalimullah,bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan sebelumnya wartawan The Star dan Straits Times,Singapura ialah rakan karib bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pelik sikit dicelah desas desus ini ialah Kalimullah dulunya adalah antara sasaran utama yang hebat dihentam terus menerus oleh Malaysia Today serta mantan Perdana Menteri Tun Mahathir ada cakap-cakap berlegar kebelakangan ini mendakwa Kalimullah sudah berpadu tenaga pula dengan Raja Petra untuk menghentam pentabiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setelah membisu sekian lama ,Kalimullah yang kini Pengerusi Air Asia X ,anak syarikat Air Asia yang mengendalikan penerbangan tambang murah ke destinasi jauh ke luar negara dan Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd yang pernah jadi bahan kontroversi satu ketika dulu tampil membuat satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu sebagai mengulas laporan Utusan,beliau menafikan samasekali mempunyai hubungan dengan Raja Petra apa lagi membenarkannya tinggal di apartmen miliknya di London.

Kalimullah juga menafikan beliau membiayai pengendali Malaysia Today itu.

Beliau mengakui ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di situ.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.

Dalam kenyataan berkenaan Kalimullah juga menafikan beliau ada bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Katanya pada tarikh berkenaan beliau berada di Malaysia.

Beliau juga menafikan terlibat dalam apa bentuk sekalipun dengan portal berita Malaysiakini.com atau The Malaysian Insider.-
sumber: agendadaily.com

Blog Archive