Showing posts with label Himpunan Bersih. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Bersih. Show all posts

Tuesday, May 01, 2012

Bersih: Ada anasir komunis terlibat

Menurut mantan IGP Tun Hanif omar, ada anasir komunis menyusup dalam Bersih. Tanda-tanda itu tercermin, apabila kebencian terhadap polis oleh kumpulan itu sungguh membimbangkan.

Melihat Himpunan Bersih3.0 yang menjanjikan perhimpunan aman, namun bertukar kepada himpunan ganas, menunjukkan bahawa ada anasir komunis yang terlibat, agar supaya keadaan huru-hara berlaku dalam negara.

Selain anasir komunis, hasutan Anwar dan Azmin untuk menjadikan himpunan itu menjadi himpunan ganas merupakan salah satu faktor himpunan Bersih3.0 pada Sabtu bertukar ganas.

Amaran Tun Hanif Omar, tidak boleh diambil remeh oleh pihak polis. Pengalaman beliau sebagai IGP berhadapan dengan tindak tanduk anasir komunis mempunyai merit untuk dipercayai.

Adalah tugas polis bermula daripada sekarang untuk melakukan penyiastan rapi berhubung tindak tanduk Bersih.

Wednesday, September 28, 2011

Apa masalah BERSIH lagi??

Sepatutnya pengharaman BERSIH secara automatik telah ditarik balik, memandangkan ISApun telah dimansuhkan.

Apa yang dikhuatirkan tentang BERSIH? Bersih hanya merupakan nama kepada Himpunan lebih 60 NGO.

Seharusnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) syorkan kepada Bersih untuk mendaftar kepada ROS, agar ianya menjadi pertubuhan sah.

Bersih menjadi perhatian apabila berjaya meghimpun ribuan penunjuk perasaan terutama penyokong pembangkang dan turut disertai para pemimpin pembangkang, seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang, namun kelibat pemimpin DAP langsung tidak kelihatan pada perhimpunan 9 Julai itu, di seluruh kawasan Kuala Lumpur untuk menuntut Pilihanraya yang adil.

Tindakan pihak polis terhadap himpunan 9 Julai itu telah mencalarkan nama Perdana Menteri, sehingga semasa lawatan ke United Kingdom, secara simbolik Najib disambut dengan warna kuning, warna pilihan Bersih.

Piha polis terpaksa mengambil tindakan terhadap himpunan itu, disebabkan syor Perdana Menteri, agar himpunan itu diadakan di sebuah Stadium di luar Kuala Lumpur, tidak diterima oleh Ambiga sebagai penganjur, sebaliknya penganjur berdegil menggunakan Stadium Merdeka.

Saturday, July 09, 2011

Sandiwara Anwar



Himpuan 9 julai: 1401 jumlah di tahan: IGP

Hanya 1401 ditahan; 1273 lelaki, 115 wanita, 12 remaja lelaki dan 1 orang remaja perempuan. Tiada kematian dilaporkan, akan tetapi jumlah yang tercedera tidak diketahui.

Sementara itu, Anwar mendakwa tercedera dikepala dan lutut.

Para pemimpin yang ditangkap termasuk ketua Pemuda Umno-Khairy Jamaluddin, Pengerusi Bersih-Ambiga; Presiden Pas-Hadi Awang serta anak Anwar Nurul Izzah.

Kelibat Presiden PERKASA tidak diketahui, namun sumber-sumber menyebut, Ibrahim bersembunyi di rumah.

Para pemimpin DAP juga tidak kelihatan semasa himpunan tersebut-nampaknya--hanya kaum melayu yang terlibat.

LIVE Himpunan:Beberapa Ambulance menuju KLCC-Kereta FRU juga mengarah ke KLCC

SAM KETOT MENGHILANG
Husam dikhabarkan Ketuai Bresih Di kawasan Stadium Merdeka.
Anwar pura-pura cedera-Konon kini dihantar ke Hospital Pantai.

PENIPUNYA ANWAR. ANWAR LARI SEMBUNYI DALAM HOTEL HILTON. TIADA TANDA2 CEDERA. DASAR PEMBOHONG!!!! PENIPU!!!!
KJ dan Reezal Merican telah ditangkap; Tian Chua dan Nurul Izzah juga sudah kena tahan.

Propaganda Pembangkang-Anwar KONON tercedera dan kini kembali ke Hotel Hilton.
AMBIGA DAN MARIA CHIN ABDULLAH BERJAYA DITAHAN.
ANWAR MENUNJU KL SENTRAL, NAMUN KELIBATNYA BELUM KELIHATAN.
ORANG SABAH TURUT DITAHAN.
14:16 Dilaporkan 10,000 penunjuk perasaan berada di Puduraya.

14:13 Polis Selangor berjaya menahan penyokong Bersih, kerana membawa peluru hidup.

HUJAN MULA TURUN DI KUALA LUMPUR.

Gas mula dilepaskan.
13:55 Pemimpin Pakatan bersiap sedia meninggalkan Hotel HILTON menuju Stadium Merdeka. Polis masih mengepong Hotel berkenaan.

13:53 Helikopter Polis terbang rendah di kawasan Puduraya.

13:42 Twitter Anwar mula Aktif- menghasut rakyat mengubah kerajaan.

Setakat ini informasi mengenai gerak Aman PERKASA tidak kedengaran. Ke mana gerangan IBRAHIM ALI????

Mat Sabu juga berjaya ditahan. Setakat ini 540 berjaya ditahan.

Patrriot-Pemuda Umno mula bergerak daripada Jalan Bukit Bintang menuju Stadium Merdeka.

Bersih ubah lokasi- KL Sentral jadi lokasi- berarak ke Istana Negara bermula pulul 2 petang.

Fauziah Salleh MP Kuantan berjaya ditahan.

13:14 KJ arah penyokong Patriot memakai baju Patriot berwarna Merah menuju KFC Bukit Bintang.

13:12 Hadi Awang tiba di Hotel Hilton.

13:09 Para Pemimpin Pakatan berada di Hotel Hilton. Mereka Terperangkap dalam Hotel.

13:07 Sebahagian penyokong Bersih berarak daripada PUDU Plaza.

13:02 Twitter Azmin tidak Aktif- Mungkin telah tertangkap??

13:00 Twitter Anwar mula tidak aktif, mungkin dalam perjalanan ke lokasi-Stadium Merdeka.

The Edge melaporkan-polis mula menggunakan gas pemedih mata menyuaraikan penunjuk perasaan berdekatan bangunan DAYABUMI.

12:56 Setakat ini 441 telah ditahan termasuk 20 wanita.

12:51- Sekitar 2000 ribu penyokong Brsih mendekati Mydin-Jalan Tuanku Abdul Rahman

Terkini: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob ditahan di KL Sentral. Nurul Izzah belum ditahan, hanya Kad Pengenalan disita polis.

Azmin Ali melalui twitternya-masih mencuba merentasi beberapa blokade, sebelum sampai ke tempat sasaran.

Semalam Anwar berkata-Beliau akan berada di Stadium Merdeka, caranya; Jangan Tanya katanya.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Azmin Ali juga mengaku sudah berada berhampiran Stadium Merdeka, namun lokasinya belum jelas.

Khairykj Khairy Jamaluddin
Pemuda/Patriot mula berhimpun di Jln Bukit Bintang jam 1pm. Ketua Pemuda UMNO Pahang Abu Jimi ditahan polis di hentian Putra.
21 minutes ago

Belum ada informasi berhubung Presiden PERKASA Ibrahim ALI?? mungkin beliau sekarang ini bersama-sama dengan penyokong Perkasa di salah satu lokasi berdekatan Stadium Merdeka.

Setakat ini, sosok Tubuh Anwar belum kelihatan. Namun, Twitnya cukup aktif di twitter.

Stadium Merdeka jadi REBUTAN

Kawasan Sogo dan Dataran Merdeka Lengang

Warga Emas inipun berdemo juga

Bandaraya: Seperti Padang Jarak Padang Tekukur

LOKASI: Jalan PUDU
Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Semalam dalam satu ceramah, Anwar mungkin melakukan MAGIC dan kononnya ada caranya tersendiri hadir di Stadium Merdeka, untuk memimpin Himpunan BERSIH.

Friday, July 08, 2011

Tentera mula masuk Kuala Lumpur

Ramai yang melihat bahawa trak-trak tentera mula masuk ke pusat bandaraya.

Pada masa yang sama,dikhabarkan para peniaga Melayu di Jalan Masjid India mengambil keputusan untuk menutup premis masing-masing, sekaligus menerima kenyataan bahawa BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah mendatangkan kerugian yang sangat besar kepada mereka.

Para peniaga pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman juga khabarnya terpaksa mengambil keputusan untuk tidak berniaga pada hari esok. Kebanyakan premis perniagaan yang lain, termasuklah Sogo, terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka kerana bimbangkan kekacauan yang melanda di seluruh Kuala Lumpur.

Kehadiran dan kemasukan anggota tentera ke pusat bandaraya semakin mengesahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa BERSIH 2.0 digunakan oleh pihak asing untuk menimbulkan kekacauan dalam negara.

BERSIH Berdegil berhimpun di luar Stadium Merdeka

Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas perhimpuan bersih.

No Way himpunan di KL: Hisham

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus bertegas untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara esok.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, anggota polis sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berdegil untuk menganjurkan serta menghadiri apa-apa perhimpunan esok.

"Tidak kira sesiapa saja. BERSIH, Pemuda UMNO atau PERKASA...tiada pihak dibenarkan membuat perhimpunan atau perarakan di ibu negara esok," katanya pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Anwar akan Ketuai Himpunan BERSIH ESOK

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “ Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, atas kapasiti sebagai rakyat negara ini bukan sebagai Pengerusi Bersih, kerana Bersih adalah kumpulan Haram; Ambiga Sreenevasan mengumumkan bahawa BERSIH 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Pihak Kerajaan menawarkan Stadium Melawati untuk tujuan perhimpunan tersebut, dengan syarat pertubuhan yang sah atau individu hendaklah memohon permit terdahulu. Namun, tawaran Kerajaan itu ditolak oleh Ambiga, sebaliknya berdegil mahu juga berhimpun di Stadium Merdeka.

Pihak pengurusan Stadium Merdeka, tidak dapat memenuhi permintaan Bersih, sekiranyapun membuat permohonan, kerana Stadium tersebut masih dalam proses baik pulih.

BERSIH Tetap berhimpun di Stadium Merdeka

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

Apa BUKTI Kerajaan TUMBANG kerana Demonstrasi Jalanan itu Baik?

Di Filipina. Marcos tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara itu menjadi baik? malahan ekonomi merundum, pelarian ekonomi memuncak.

Di Indonesia. Pak Soeharto tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara itu menjadi baik? Malahan ekonomi merundum, pelarian ekonomi memuncak.

Di Mesir. Hosni Mubrak tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara menjadi baik? malahan hingga kini demonstarsi masih berlaku. Ekonomi merundum, pelancong merundum, keadaan ekonomi Mesir bertambak buruk.

Apa yang Bersih Mahu? Tuntutan 8 Perkara Bersih, diluar bidang kuasa SPR.

Sebenarnya Pilihanraya dalam negara ini sungguh baik. Ayat sejak tahun 85 telah mengundi. Belum pernah ternampakpun, seseorang pengundi mengundi 2 kali. AYT terlibat langsung dengan menyemak daftar pemilih, tidak pernahpun terjumpa dua nama dengan kad pengenalan yang sama dalam senerai pemilih.

Memang terdapat pemilih yang menggunakan alamat yang sama, sebabnya pemilih-pemilih itu tidak menukar alamat semasa berpindah alamat. Keadaan ini berlaku, pada mereka yang menyewa rumah tempat tinggal.Dalam perkara ini, salah kah SPR?

Kalau betul lah SPR boleh menipu dan Kerajaan boleh mempengaruhi badan itu, mahu kah Kerajaan kalah?

Bukti dalam pilihanraya negara, sesebuah negeri akan jatuh di tangan pembangkang. Tahun 1990-Kelantan dirampas Pembangkang, dan keadaan itu berlaku hingga kini. Tahun 1999, Terengganu berjaya dirampas Pas. Mahukan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad kalah? Sedangkan masa itu, mantan MB Terengganu itu begitu yakin akan mempertahankan Kerajaan BN Terengganu.

Tahun 2008, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang. Jika Kerajaan mempunyai kuasa ke atas SPR, Mahu kah Tun Abdullah Badawi, kalah di negeri-negeri tersebut. Kita semua tahu, akibat kekalahan tersebut, Abdullah terpaksa melepaskan Jawatan Nombor satu negara.

Pendek kata, SPR tidak dikuasai oleh kerajaan. SPR hanya menjalankan tugas mengadakan pilihanraya. Parti mana yang menang, seluruhnya ditentukan oleh rakyat.

Sistem pemilihan negara kita adalah berasaskan kawasan. Rakyat yang mendiami satu kawasan adalah juga pengundi di kawasan tersebut. Terpulang kepada pengundi kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat mereka. Sebenarnya, isu-isu kawasan lain, tiada hubungan langsung dengan kawasan-kawasan lain. Bukti nyata, apabila kawasan bandar seperti Bukit Bintang, sejak berapa pilihanraya terus dimenangi DAP, namun tiada pengaruhpun bagi kawasan Kota Belud, demikian juga sebaliknya. Demikian juga Kawasan Kota Kinabalu, pengundi kawasan itu memilih DAP, sedangkan Penampang memilih BN, sedangkan kawasan Kota Kinabalu dan Penampang, hanya dipisahkan oleh imaginary line.

Tuntutan BERSIH kepada SPR, hanya bertujuan mengkambing hitamkan badan itu. Bersih mempunyai niat lain.

Niat Bersihhanya untuk menimbulkan huru hara dan seterusnya merampas kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Bukti kukuh, apabila Ambiga dengan degilnya mahu meneruskan demostrasi di Stadium Merdeka, kerana Stadium itu berada di Tengah Bandar. Jika berlaku rusuhan, sukar bagi pihak keselamatan mengatasinya. Jikapun berjaya, pasti harta benda awam akan rosak binasa.

Pemimpin Pembangkang yang berada dibalik HIMPUNAN Bersih, mempunyai niat agar HIMPUNAN itu akan menjadi kacau bilau. Tujuan hanya satu, apabila tidak AMAN, maka kuasa luar akan campur tangan. Mereka melihat di LIBYA, MESIR, kuasa luar masuk campur, untuk menghancurkan negara.

Anwar dalam hal ini, tiada pilihan, laporan pemantau rating;Rating Ketua Pembangkang itu telah menurun dengan drastik. Anwar mengharapkan, jika BERIH berjaya, maka akan menaikkan semula ratingnya di kalangan rakyat.

Laporan media antara bangsa, secara terus menerus menulis secara negatif mengenai tindakan pencegahan pihak keselamatan terhadap himpunan Bersih. Walaupun, beberapa senjata berbahaya termasuk bom molotov berjaya dirampas, namun siaran mengenainya tidak disentuh.

Media asing hanya memfokus kepada pengakapan aktivis-aktivis, tanpa menjelaskan sebab musabab aktivis tersebut ditangkap.

Thursday, July 07, 2011

Kenapa Ambiga pilih Stadium Merdeka?

Pertama, kerana ianya berada di tengah bandar Kuala lumpur.

Kedua, berhampiran dengan tempat-tempat ibadat;

Ketiga, kerana jalan sempit, mudah bagi peserta saling sokong menyokong

Kempat, stadium itu hanya mampu menampung 50ribu, ertinya sebahagian besar peserta akan menemuhi jalan-jalan dan kawasan stadium;

Kelima, apabila berlaku rusuhan, sudah tentunya mereka yang berhimpun akan memilih tempat-tempat ibadat untuk berlindung; sebenarnya ini lah yang diinginkan oleh pengajur; atas sebab apa? station TV Luar negara, seperti CNN, BBC dan semacamnya akan memberi fokus dan sudah tentunya akan diubah suai, sesuai dengan matalamat memburukkan imej negara.

Keenam, atas sebab ruang yang sempit dan pengap, maka mudah bagi peserta naik angin- jika ini berlaku, maka mereka akan ikut stawa lebah, bila seekor mula menyerang, maka satu koloni akan menyerang. Apabila ini, berlaku- maka huru-hara akan tercetus.

Kepada Kerajaaan TOLONG.. JANGAN BENARKAN MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA.

Ambiga Degil: Tan Sri Ismail Omar

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya cadangkan kepada mereka untuk berhimpun di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. Ia boleh menggangu lalu-lintas, perniagaan dan orang awam yang tidak terbabit dengan perhimpunan itu.

"Saya cadangkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor juga telah membuat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia besar, mengapa anda mahu memilih di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalakan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

"Jika ingin menyampaikan mesej, katakan anda berada di stadium di Pahang, ia tidak bermakna anda tidak boleh menyampaikan mesej?”

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

Orang ini berlatar belakang undang-undang-Orang ini juga memijak undang-undang

Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam, seorang peguam dan pengamal undang-undang. Orang yang tahu undang-undang, akan tetapi memijak undang-undang.

Nama Ambiga menjadi bualan, apabila Himpunan Bersih yang diketuainya diberi laluan mudah oleh kerajaan sejak Mac lagi. Kerajaan membiarkan tindak tanduk mereka berkembang.

Apabila rakyat sendiri bertindak, melalui laporan-laporan polis, yang kini mencecah ribuan laporan, baru lah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak 2 Julai lalu.

Ibarat meniup balon, Kerajaan membiarkan balon ditiup dan berkembang, baru nak dipecahkan. Membiarkan api kecil menjadi besar dan merebak, baru nak dipadamkan.

Bagi Ambiga, besi telah panas memerah, jika api dihentikan, maka perlu masa untuk memanaskannya semula. Tiada pilihan, melainkan meneruskan acah mereka, mengacah dan mengacah, sehingga kerajaan kewalahan dan kedodoran.

Wednesday, July 06, 2011

Himpunan Bersih tidak layak dapat Permit

Setakat ini locus standi Bersih tidak layak memohon Permit, kerana himpunan itu adalah Himpunan Haram.

Jika Polis memberikan permit, maka ianya akan menjadi "landmark" dalam negara, bahawa kumpulan Haram diberikan permit.

Sebelum ini Ambiga berkata, bahawa Himpunan itu akan dilakukan di Stadium Merdeka, namun pengurusan Stadium tersebut menolak permohoan himpunan tersebut.

Petang ini,menurut Datuk Rais Yatim, kabinet telah memutuskan bahawa Himpunan Bersih tidak memenuhi kretiria sebagai pengguna Stadium milik kerajaan, kerana pertubuhan itu adalah pertubuhan tidak berdaftar.

Menurus Rais, pihak penganjur himpunan tersebut, perlu menggunakan pertubuhan sah untuk membuat permohonan.

Pakatan kata nak himpun 300ribu penyokongnya ikut Perhimpunan BERSIH

Jika benarlah bahawa Pakatan mampu menggerakkan 300ribu penyokongnya membanjiri stadium? Stadium mana? Pengurusan Stadium Merdeka telah menolak permohonan BERSIH, mungkin Stadium Shah Alam; suasana Ibu Negara pada 9 julai akan menjadi lautan manusia.

Biasanya satwa lebah, apabila seeokar sahaja menyerang, maka koloni lebah akan menyerang sama.

Kemungkinan besar hari itu, akan tercetus huru hara, walaupun jaminan pengajur, bahawa himpunan itu adalah aman. Perhimpunan sebesar itu, 100% tidak akan terkawal, pasti ada sahaja "samseng" yang akan bermula melakukan kekacauan.

Jika berlaku kekacauan yang mencetuskan huru hara, 100% pihak pengajur akan menyalahkan pasukan keselamatan. Pada masa dan ketika itu, tiada siapapun yang mampu mengawal keadaan, kecuali pasukan keselamatan termasuk ATM.

Baik penganjur mahupun yang memberi restu kepada himpunan itu, dijamin akan gagal mententeramkan keadaan, jika sekiranya, himpunan itu menjadi hiruk pikuk.

Adalah lebih baik, himpunan itu dibatalkan sahaja.

Blog Archive