Showing posts with label Heli Terhempas. Show all posts
Showing posts with label Heli Terhempas. Show all posts

Tuesday, April 07, 2015

Wanita Misteri- Identiti Disahkan


KAJANG: Identiti mangsa keenam berstatus "Tidak Diketahui" yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi nahas di sini , sebentar tadi.

Wanita Terlibat Nahas Heli- Masih Misteri

Depan- Adik tiri "mangsa" Ajdiana Baizeiva memberi sampel DNA di HKL pada Isnin
SALAH seorang korban nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu masih misteri, walaupun telah diwar-warkan bahawa wanita itu seorang warga Kyrgystan berumur 23 tahun dan tinggal di Malaysia lebih setahun.

Dipercayai kesukaran mengenal identiti mangsa kerana tubuh mangsa mengalami kebakaran semasa nahas itu.

Semalam, seorang wanita yang menagku sebagai adik tiri "mangsa" telah memberikan DNA untuk dipadankan dengan mangsa.

Dalam perkembangan terkini, bapa kepada "mangsa" diterbangkan dari Kyrgstan untuk tujuan pengecaman dan ujian DNA.

Nahas helikopter pada Sabtu, turut mengorban 5 penumpang termasuk MP Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Rombongan itu bertolak daripada Kuantan Pahang tujuan Subang selepas menghadiri Majlis Perkahwinan anak Perdana Menteri.

Monday, April 06, 2015

Siapa Ajdiana Baizieva?

Terkini- wanita misteri tersebut dikatakan sudah berada di Malaysia lebih setahun. Menurut ceritanya, wanita itu masih bujang, berumur 23 tahun.

Semasa berada di Malaysia, dia tinggal di sebuah kondo mewah.

Persoalan kini? siapa wanita ini? sehigga boleh bersama-sama dengan VVIP? 

SIAPA Ajdiana Baizieva yang turut terkorban bersama lima orang lain termasuk Tan Sri Jamaluddin pada Sabtu petang di Semenyih, akibat helikopter yang dinaiki laluan Kuantan Subang terhempas pada kira-kira 4.45 petang?

Tengah hari tadi,adik  kepada wanita misteri itu telah menunut jenazahnya yang di simpan di HKL, di mana sebelumnya dikategorikan sebagai "orang yang tidak diketahui".

Ada sumber menyatakan, bahawa wanita rakyat Kyrgystan itu merupaka pembantu juruterbang dan satu sumber merupakan kakitangan Cempaka Avaition yang mengurus Helikopter Dauphin yang mengalami nahas tersebut.

Sunday, April 05, 2015

Nahas Heli- Jasad Tan Sri Jamaluddin dan Dato Azlin Dikenal Pasti

JENAZAH semua mangsa nahas helikopter di Semenyih petang semalam di bawah ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan pengecaman identiti dan post mortem. Pagi ini, menurut jurucakap Jabatan Perdana Menteri, jasad Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias telah dikenalpasti dan seterusnya dibawa ke rumah masing-masing untuk urusan pengkebumian pagi ini.

Empat mangsa lain- juruterbang Cliff, bisnesmen Dato Robert Tan, Bodyguard Tan Sri JJ dan Pemilik Cempaka Avaition yang mengoperasikan heli jenis eurocopter tersebut.

Dalam nahas semalam, menurut saksi mata, heli tersebut meletop di udara sebelum terhempas pada kira-kira 4.45 petang.

Heli tersebut dikatakan bertolak daripada Kuantan Pahang untuk tujuan Subang, selepas JJ menghadiri Majlis Persandingan anak Perdana Menteri. 

Saturday, April 04, 2015

Majlis Terakhir JJ Sebelum Terlibat Nahas Helikpoter

Majlis terakhir Tan Sri JJ sebelum terlibat dengan nahas Helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi. Heli itu berlepas daripada Pahang menuju Subang. JJ diserati 5 penumpang lain termasuk juruterbang Heli tersebut. Turun terkorban Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, Bisnesman Datuk Robert Tan, Cliff (Juruterbang), bodyguard dan seorang bernama Ajdiana Baizera.

Heli Terhempas- Tan Sri Jamaluddin Jarjis Turut Terkorban

Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada 4.45 petang Sabtu.

Maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memberitahu bahawa sekurang-kurangnya lima terkorban dalam insiden itu.

Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Selain itu KSUS Perdana Menteri Datuk Azlin salah seorang penumpang helikopter nahas itu.

Helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.
Bangkai Heli yang terhempas- saksi mata menyatakan heli itu meletup di udara

Heli jenis Dauphin itu dipandu sendiri oleh pemiliknya Cliff Fournier.

Heli itu dikenadlikan oleh Cempaka Aviation dan dimiliki IGB (pemilik Midvalley & Garden).

Heli Terhempas Di Semenyih- Beberapa VVIP Menaikinya

PESAWAT Heli jenis Douphin yang dinaiki 6 penumpang termasuk juruterbang dalam perjalanan daripada Kuantan Pahang ke Subang terhempas di Sungai Lallang- Kg Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.45 petang tadi. Setakat ini, lima penumpang telah disahkan maut di tempat kejadian, sementara yang seorang lagi belum diketahui statusnya.

Dipercayai, seorang Tan Sri yang juga merupakan wakil rakyat darpada Pahang bersama dengan seorang Pegawai Perdana Menteri menaiki pesawat malang itu.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi berhubungan dengan kemalangan itu.

Blog Archive