Showing posts with label Hadi dan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Hadi dan Anwar. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Calon-Calon PKR Bermoral Rendah- Malah ada Yang Menganut Fahaman Komunis; Hadi Awang

PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan

"Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya.

Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Sunday, June 12, 2011

Masih relevan kah Anwar di mata Hadi Awang?

Telah banyak anggapan dan persepsi beredar kini, bahawa Anwar tidak lagi relevan di mata Presiden Pas Datuk Haji Hadi Awang.

Semasa membentangkan Konsep Negara Berkebajikan-asas perjuangan Pas yang baru; Haji Hadi berkata bahawa negara berkebajikan itu nanti akan dipimpin oleh seseorang YANG BERILMU DAN BERTAKWA.

Walaupun Haji Hadi tidak menyebut mengenai kepincangan Anwar, namun Presiden Pas itu menekankan pra-syarat mutlak, bahawa pemimpin negara yang diinginkan Pas adalah pemimpin yang tidak diragui ketakwaan kepada Allah Ta'ala.

Anwar dikelilingi masalah moral, sehingga mengakibatkannya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998. Sejak peristiwa itu, kini Anwar dilanda berbagai isu moral termasuk melanggan pelacur sepertimana yang telah dirakam melalui video seks yang didedahkan oleh Datuk T pada 21 Mac lalu.

Selain itu, Anwar masih berhadapan dengan kes meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan bersambung Julai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Walaupun Para pemimpin Pas menekankan-bahawa untuk pembuktian perlakuan zina disisi islam-memerlukan empat saksi lelaki yang tidak diragui keimanannya.

Kenyataan Para Pemimpin Pas tersebut-hanya bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan Anwar, namun dilubuk hati mereka; Anwar adalah liabilti kepada Pas.

Untuk sementara-memang Pas masih terikat dengan Anwar-kerana menurut persepsi mereka-Anwar masih ada pengaruh dikalangan pengundi yang tidak terganggu dengan masalah moral-selain itu, Anwar boleh dihandalkan sebagai pemimpin yang masih mampu berdepan dengan sesiapa sahaja daripada UBN untuk berdebat.

Bagi Pas, dalam masa kegahiraan menawan Putrajaya-adalah lebih baik berkerjasama dahulu-untuk mengumpul kerusi yang diperlukan dan selepas itu-barulah mengenyahkan Anwar.

Selain Pas masih beranggapan- Bahawa Anwar masih mendapat kepercayaan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh- atas sebab itu- walaupun Anwar merupakan liabilti jangka panjang terhadap Pas-Pas terpaksa juga akur untuk sementara waktu.

Tetapi yang pasti- Pas telah menyediakan landasan yang kukuh- bahawa kepimpinan negara berkebajikan bukanlah Anwar orangnya.

Melalui muktamar itu, terserlah, bahawa Hadi menyindir Anwar apabila presiden Pas itu berkata "Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa".

Blog Archive