Showing posts with label Dolak Dalik Pemimpin PKR. Show all posts
Showing posts with label Dolak Dalik Pemimpin PKR. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Presiden PKR: Anwar Tarik Diri

Untuk memastikan, bahawa tiada orang lain bertanding jawatan Presiden PKR, maka Anwar awal-awal lagi menawarkan diri. Maka, selama beberapa minggu, ramailah mengulas, bahawa pertandingan jawatan Presiden PKR merupakan satu sandiwara Anwar.

Benar juga, hari ini Pengerusi Pertandingan parti itu Johari Abdul mengumumkan, bahawa Anwar menarik diri, untuk membolehkan isterinya kekal sebagai Presiden PKR tanpa tanding.

Wan Azizah adalah Presiden parti KeAdilan sejak tahun 1998, sebelum parti bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat, selepas bergabung dengan Parti Sosialis Malaysia yang berhaluan kiri.

Anwar sebelum ini megertak badan kehakiman berhubung rayuan sodomi IInya di Mahkamah Rayuan, apabila bertindak meminta seorang ADUN PKR mengosongkan DUN Kajang untuk membolehkan beliau bertanding agar beliau boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, belumpun sempat bertanding, Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Undang Tubuh Kerajaan Selangor tidak membenarkan seseorang yang sabit kesalahan penjara menjadi wakil rakyat negeri itu.

Juga sebelum keputusan Rayuan sodomi II, Anwar awal-awal lagi mengumumkan bertanding jawatan Presiden PKR, di mana sebelum ini belum pernah beliau lakukan.

Tindakan-tindakan Anwar bagi mengintipasi keputusan Rayuan Sodomi II, seolah-olah beliau sangat terdesak, kerana beliau yakin bahawa keputusan tidak menyebelahinya, selain rayuan Peguam Negara diketahui oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, juga Anwar tahu bahawa kes liwat II, memang benar-benar berlaku.

Terlihat melalui keputusan mahkamah rayuan, bahawa sebenarnya Anwar dan pasukan pembelaanya, tidak mencabar pertuduhan, sebaliknya, hanya membuat kenyataan penafian, sama seperti kenyataan akhbar di luar mahkamh.

Wednesday, May 02, 2012

Kenapa pemimpin PKR suka sangat bohong??

Apabila Saifuddin Nasution-Setiausaha Agong PKR menganggap bahawa dia berjaya membongkar satu rahsia besar dan sangat yakin ianya boleh membantu pembangkang mendapat simpati daripada rakyat, ternyata meleset. Malah pembongkarannya memakan diri sendiri.

Ahli Parlimen Machang, Kelantan itu mendakwa bahawa Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar sebagai ahli UMNO, dan siap dengan nombor keahlian dan cawangan dan bahagian sekali.

Pemimpin PKR itu begitu yakin sekali dengan pendedahannya itu, sehingga meminta Wan Ahmad meletakkan jawatan.

Bukan calang-calang tempat bagi Saifuddin, semasa mendedahkan bahawa Wan Ahamd adalah ahli Umno, pendedahan itu berlaku di lobi Parlimen Malaysia.

Melalui pendedahan itu, puak-puak membangkang dengan pantas meminta Wan Ahamd letak jawatan, kerana kononnya, sebagai ahli Umno, sudah tentu beliau tidak dilihat sebagai berkecuali dalam menjalankan urusan pilihanraya.

Apabila siempunya badan membuka mulut, yakni Wan Ahmad, bahawa individu yang dimaksudkan oleh Saifuddin itu, sebenarnya bukanlah dirinya, melainkan orang lain, yang mempunyai nama sama dengan beliau.

Wan Ahmad menjelaskan, bahawa semua pendedahan Saifuddin itu adalah bohong dan fitnah, kerana semua fakta yang disangka dirinya adalah milik orang lain.

Sebenarnya, tujuan Saifuddin menuduh Wan Ahmad adalah untuk mencemarkan nama baik SPR dan sekaligus membuat hasutan, agar rakyat kehilangan keyakinan terhadap badan itu.

Sejak tahun 2007, pihak pembangkang mencuba berbagai cara untuk memburukkan SPR, yang mereka zahirkan melalui BERSIH. Pembangkang mempergunakan Bersih untuk menwujudkan suasana agar supaya rakyat tidak yakin lagi kepada badan yang melaksankan pilihanraya di negara ini sejak merdeka.

Perkembangan terkini, Pembangkang mahu mempergunakan Bersih untuk mencetuskan huru hara dalam negara melalui rusuhan.

Pada 28 April, janji pengajur, bahawa Himpunan Bersih3.0 adalah aman, ternyata bohong, kerana himpunan itu begitu ganas.

Akibat keganasan para peserta himpunan, maka ramai orang awam dan polis tercedera, selain itu harta benda awam dirosak binasakan.

Pihak polis telah berjanji, bahawa perusuh-perusuh akan ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Nampaknya, walaupun berbagai penipuan dan pembohongan para pemimpin PKR, rakyat tidak juga terpengaruh, melainkan yang terpengaruh itu, adalah mereka yang tidak boleh menerima kebenaran, hakekat dan fakta. Mereka, berada didunia lain, fikiran dan akal mereka, bukan tergolong manusia-manusia normal.

Thursday, March 04, 2010

Krisis PKR : Akibat Dolak Dalik Para Pemimpinnya

Begitu mudah para pemimpin PKR menuding jari kepada wakil-wakil rakyat mereka yang telah keluar kerana konon mereka itu bermasalah dan dihadapkan pula kepada lembaga disiplin, namun bagai mana pula wakil rakyat yang tidak di hadapkan ke lembaga itu, namun keluar?

Semalam jurucakap kumpulan yang konon masih setia kepada PKR dan Anwar Ibrahim, memberi alasan pula, bahawa wakil rakyat mereka yang keluar itu disebabkan ada aktiviti tawar menawar.

Ini lah sifat para pemimpin PKR asyik berdolak dalik, semuanya dengan muslihat, hanya berasas andaian atau asumsi.

Krisis PKR kini adalah berpunca daripada sifat dolak-dalik para pemimpin mereka.

Dengan melihat krisis terbaru yang melanda PKR rakyat sudah membuka minda dan telah mampu menilai keupayaan sebenar parti itu dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Sejak awal lagi, sudah banyak pihak meramalkan PKR yang ditubuhkan semata-mata kerana perasaan marah dan benci berikutan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.

Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu sudah membuktikan bahawa kehadiran PKR dalam arena politik negara tidak akan mampu membantu meningkat taraf hidup rakyat.

Sebaliknya ia hanya diwujudkan semata-mata untuk memperjuangkan nasib seorang ahli politik sahaja dan lebih buruk lagi ia bermatlamat hanya merebut kuasa politik, tidak lebih daripada itu.

Justeru adalah wajar jika keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaludin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah  dan yang terkini YB Mohsin Fadzli Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak dilihat secara positif.

Rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya kesemua mereka adalah ‘sampah’ dalam PKR. Sebaliknya hujah dan faktor kenapa mereka berbuat demikian harus dipertimbang dan difikirkan secara mendalam.

Walaupun menyedari akan dituduh mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka kerana bertanding menggunakan tiket PKR tetapi mereka terpaksa meninggalkan parti itu selepas melihat kepincangan kepimpinan yang berlaku.

Mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR yang dilihat begitu taksub untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan memperolehi undi.

Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan hanya sekadar tuduhan dan dakwaan bagi mewujudkan persepsi buruk rakyat kepada ahli-ahli politik itu.

Pembangkang terutamanya pemimpin PKR akan terus berbuat demikian seolah-olah untuk menggambarkan parti mereka paling sempurna dan mereka yang meninggalkan parti itu adalah insan-insan yang berperibadi buruk.

Dalam berhadapan dengan tohmahan seumpama itu, rakyat perlulah berfikiran terbuka dan menilai konflik yang terjadi dalam PKR dengan sebaik-baiknya.

Sejarah politik negara sebelum ini sudah membuktikan bagaimana sebuah parti yang ditubuhkan semata-mata kerana ingin merebut kuasa politik tidak akan bertahan lama.

Rakyat tidak harus terus diperbodohkan dengan hujah-hujah fitnah dan pembohongan serta lakonan terbaik oleh pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah hanya merekalah, pejuang rakyat sebenar.

Kaji dan lihatlah apa yang sudah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini memberi perhatian penuh dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

Ini berbeza dengan PKR mahupun parti pembangkang lain yang lebih suka melihat apa sahaja yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul.

Semoga apa yang berlaku dalam PKR sekarang akan menjadi pengajaran berguna kepada rakyat bahawa pilihan raya bukanlah medan ujian, sebaliknya ia bakal penentu masa depan mereka.

Paling penting kita jangan mudah terperangkap dengan retorik politik parti pembangkang.

Krisis PKR menjadi bukti hakikat ini dan sifat dolak-dalik itu tidak akan kemana-mana, pasti memakan diri sendiri. Rakyat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur untuk membantu mereka.

Rakyat tidak mau pemimpin yang hanya tahu berpidato dan mencanangkan berbagai retorik, kerana rakyat mahu kan pembelaan dari semua sudut, apa kah ekonomi, keselamatan. pendidikan dan sebagainya.

Atas sebab itu lah bagi mereka yang masih di bawah kemah para pemimpin PKR atau Pakatan kena membuat keputusan, pilih lah pemimpin dari parti yang berwibawa dan terbukti membela rakyat.

Blog Archive