Showing posts with label Datuk Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Datuk Shafie Apdal. Show all posts

Saturday, October 09, 2021

DI SEBALIK PENYOKONG PARTI WARISAN BEBAS GUNA DEWAN KENAMAAN (DEWAN KINABALU) KKIA


JIKA berpandukan protokol yang ditetapkan, Dewan Kenamaan (Dewan Kinabalu) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hanya orang kenamaan sahaja yang dibenarkan mengunakan dewan tersebut, tetapi mungkin ada pengecualian apabila melibatkan penyokong parti Warisan atau Datuk Shafie Apdal.

Penulis dikongsikan dengan beberapa gambar yang menyerupai ruangan dewan tersebut, di mana ternampak penyokong Datuk Shafie Apdal berkumpul.

Malah dewan tersebut digunakan oleh Presiden Warisan itu, untuk sidang akhbar, seolah-olah dewan itu milik persendirian.

Jika meneliti siapa-siapa yang boleh menggunakan dewan tersebut selain orang-orang kenamaan seperti Raja-Raja atau Sultan-Sultan atau Perdana Menteri, disyaratkan mesti mendapat kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). Tanpa kelususan daripada SKN, maka tiada orang biasa boleh menggunakan dewan tersebut.

Mungkin Datuk Shafie Apdal mendapat kelulusan daripada SKN, kerana beliau bukan lah termasuk dalam senarai sebagai orang kenamaan yang dibolehkan menggunakan dewan tersebut, jika berpandukan protokol yang disediakan oleh Bahagian Istiadat Dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri, Sabah.

Kedudukan Shafie sebagai ahli parlimen dan Dun, bukan ditafsir sebagai orang kenamaan yang dibenarkan menggunakan dewan tersebut.

Duluan sebelum ini, semasa Shafie sebagai Ketua Menteri, tiada orang biasa diluar senarai yang dibenarkan menggunakan dewan tersebut.

Jika benar, gambar yang dikongsikan pada penulis tersebut adalah ruang legar Dewan Kinabalu, bilik orang-orang kenamaan di KKIA, maka, kemungkinan besar Shafie dan penyokong beliau mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Jika kelulusan itu bukan daripada SKN, maka, kebenaran diberikan oleh pegawai Malaysian Airport Bhd (MAB). Jika itu yang berlaku, dengan sendirinya melanggar peraturan yang dikeluarkan bahagian protokol & istiadat Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Kerajaan Sabah perlu semak, siapa kah kambing-kambing hitam di sebalik bebasnya penyokong Warisan dan Shafie menggunakan, kemudahan yang sepatutnya tidak melayakkan mereka menggunakannya.

Saturday, September 18, 2021

LOMPAT PARTI DAN SHAFIE


DATUK Shafie Apdal marah sungguh dengan mereka yang lompat parti.

Tidak sedar kah Presiden Warisan tersebut dapat menjadi Ketua Menteri Sabah kerana lompat parti.

Lompat parti, walaupun salah daripada segi moral, akan tetapi sah dalam demokrasi.

Sepatutnya, Shafie membidas soal lompat parti daripada awal-awal lagi, bukannya semasa kehilangan kuasa.

Mungkin Shafie lupa bahawa beliau adalah pemimpin Umno/Bn pada tahun 1994, semasa PBS hilang kuasa kerana lompat parti.

Mengapa baru sekarang, ahli parlimen Semporna tersebut marah sangat dengan mereka yang lompat parti? Sedangkan beliau merasakan kenikmatan berdekad malah selama lebih dua tahun sebagai Ketua Menteri kerana bantuan lompat parti?

Jika Shafie ada integriti, sepatutnya beliau tidak sanggup menerima sokongan mereka yang berbuat demikian. Namun, semasa adanya sokongan sehingga mendapat kuasa, maka tindakan lompat parti dianggap sebagai hero.

Cuba teliti kembali hujah-hujah Shafie dan rakan-rakan beliau dalam Warisan semasa menyambut tindakan 6 ADUN Bn yang melompat selepas PRU-14 yang menyebabkan kerajaan sah tumbang. Mereka itu dianggap sebagai hero pulang daripada kemenangan perang.

Bagi pendapat penulis, Presiden Warisan bertindak seperti terlepas ayam tetapi tangan berbau tahi.

Kalau pun bersetuju dengan undang-undang anti lompat, jangan lah sampai menghina, kerana meludah ke langit terpercik di muka sendiri.

Sunday, October 22, 2017

Dana RM7.5bilion KKLW: Hak Rakyat Luar Bandar Dinafikan

1. Siasatan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW hampir “full circle”. Mereka yang pernah menjadi “inner circle” rata-rata sudah ditahan reman. Kalau melihat modus operandi penahanan, memang terlihat bahawa target utama adalah Datuk Shafie Apdal.

2. Dalam skandal sebesar ini, memang sah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa. Memang daripada segi argumentasi, Shafie tidak melakukannya seorang, akan tetapi, beliau mendapat nasihat modus operandi dari seseorang atau kumpulan orang, bagai mana mempergunakan SOP yang berkuat kuasa. 

3. Satu kejayaan Shafie adalah, beliau berjaya mengumpul para individu yang mempunyai “kepala” yang sama, sebab itulah, LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, tidak dapat mengesan apa yang berlaku.

4. Kalau bukan kerana keluhan rakyat luar bandar Sabah, tidak mungkin skandal RM7.5bilion dana KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan menjadi perhatian SPRM.

5. Cuba bayangkan berdekad lamanya rakyat luar bandar menunggu bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya kampung.

6. Apabila mereka mengetahui bahawa kerajaan telah memperuntukan berbilion ringgit untuk penyediaannya, namun malang sungguh selepas semua wang itu habis dibelanjakan, meraka tidak merasakan kemudahan asas tersebut.

7. Ramai pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir mempersoalkan, apa kah siasatan terhadap dana itu bakal dilakukan, jika Datuk Shafie Apdal masih bersama Umno? Soalan tersebut membawa makna bahawa siasatan SPRM terhadap mantan menteri KKLW itu bermotifkan politik.

8. Pengerusi parti PPBM itu cuba mengelirukan rakyat, kononnya jika Shafie masih bersama Umno, maka SPRM tidak akan bertindak. Namun, pada masa yang sama, beliau lupa, bahawa ramai juga pemimpin yang disiasat malah telah dihadapkan ke mahkamah, walaupun mereka masih bersama Umno.

9. Dakwaan pembangkang, jika seseorang pemimpin menyertai pembangkang, maka bersedialah berdepan dengan SPRM atau siasatan daripada pihak berkuasa. Namun, mereka tidak memberi tahu rakyat, bahawa ramai juga pemimpin Bn dan Umno telah keluar daripada parti, seperti Datuk Wilferd Bumburung, Datuk Lajim Ukin, tidak juga berdepan dengan SPRM atau sebarang siasatan.

10. Bumburing dan Lajim merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mantan menteri, malah Lajim semasa keluar daripada Umno tahun 2012, masih berjawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan AMT Umno.

11. Siasatan terhadap projek-projek KKLW daripada Tahun 2009-2015, sebenarnya didorong oleh keluhan rakyat luar bandar yang diperkuat oleh wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan di mana projek-projek itu sepatutnya telah dirasai rakyat.

Saturday, October 21, 2017

Shafie Kecewakan Rakyat Sabah

Datuk Shafie Apdal
1. Bayangkan penderitaan rakyat luar bandar Sabah sejak sebelum merdeka yang mengharapkan kemudahan asas seperti bekalan air berish, bekalan elektrik dan jalan raya kampung, namun apabila kerajaan memberikan peruntukan untuk menyelesaikan keperluan mereka itu, pemimpin yang diharapkan menyelesaikannya, tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana diamanahkan.

2. Memang kerajaan negeri daripada awal-awal dapat menghidu bahawa peruntukan untuk rakyat luar bandar itu tidak bakal sampai ke sasaran, sebeb itu kerajaan negeri meminta kerajaan Persekutuan menyalurkan terus peruntukan untuk luar bandar Sabah kepada kerajaan negeri. 

3. Oleh kerana pemimpin yang mengawal peruntukan itu adalah pemimpin Sabah, maka permintaan itu tidak ditunaikan, malah sebagai tindak balas kepada permohonan kerajaan negeri tersebut, KKLW menubuhkan pejabat-pejabat sendiri di seluruh daerah, kononnya bertujuan mengagihkan,melaksanakan, mengawal dan memantau projek-projek KKLW.

4. Kehadiran KKLW di Sabah umpama kerajaan dalam kerajaan, kerana mereka bergerak secara solo, tanpa melibatkan kerajaan negeri. Jika ada agensi kerajaan negeri dilantik sebagai pelaksana, maka keputusan itu adalah keputusan sepihak, iaitu hanya diputuskan oleh kementerian tersebut.

5. Sidang Dewan Udangan Negeri Sabah pada Tahun 2016 telah diberi tahu, bahawa sepanjang Datuk Shafie Apdal menjadi menteri selama 11 tahun termasuk sebagai menteri KKLW, beliau tidak pernah berbincang dengan mana-mana pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Sabah berkaitan keperluan pembangunan negeri.

6. Kerajaan Sabah semakin musykil, apabila mendengar keluhan rakyat luar bandar berkaitan kemudahan asas, dan keluhan rakyat itu diperkuat oleh wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka, sedangkan kerajaan negeri tahu ada peruntukan yang besar kepada Sabah yang diumumkan melalui Bajet Persekutuan, yang mana bajet tersebut disalurkan melalui KKLW.

7. Bermula Tahun 2009, purata peruntukan untuk penyediaan kemudahan asas bagi penduduk luar bandar Sabah adalah RM1.5bilion setahun. Peruntukan itu merupakan 39.5% berbanding bajet Kerajaan Negeri. 

8. Perbezaan peruntukan KKLW untuk luar bandar, adalah seluruh peruntukan itu adalah untuk pembangunan, manakala bajet kerajaan negeri peruntukan untuk pembangunan antara 10-15% daripada keseluruhan bajet. Bajet Kerajaan Negeri berlegar-legar antara RM3.8- RM4.04 bilion.

9. Apabila KKLW mencapai NKRA bukan 100% akan tetapi 106% sepertimana pengakuan Datuk Shafie Apdal, maka rakyat Sabah termasuk pemimpin negeri tertanya-tanya, ke mana kah wang berbilion itu dibelanjakan?

10. Sebagai contoh, kerajaan Negeri terpaksa menyediakan peruntukan sebesar RM166juta untuk penyediaan bekalan air terawat di Semporna, sedangkan menurut maklumat, KKLW juga membina Loji Penapis Air Di Semporna dengan kos RM48juta. Apabila dipantau di lapangan, rupanya projek yang dibina oleh KKLW hanya gajah putih.

11. Kini, ekoran rungutan rakyat, SPRM sedang menyiasat kemana wang RM7.5bilion dana KKLW dibelanjakan, apa yang malang lagi, dikatakan tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu masuk poket pihak-pihak tertentu.

12. Tugas SPRM memang berat, kerana agensi itu perlu memberitahu rakyat, siapa sebenarnya yang menyelewengkan dana untuk rakyat tersebut. 

13. Apapun hasil siasatan itu, rakyat sasaran tetap berada pada situasi rugi, ibarat durian dan timun.

14. Apa yang malang lagi, pemimpin pembangkang khususnya parti Warisan Sabah mendakwa bahawa siasatan SPRM yang melibatkan pemimpin mereka, bermotifkan politik, sedangkan nyata, bahawa kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah, yang tersebar, daripada Kudat, Kota Belud, Keninagau, Beaufort, Sandakan, Tawau dan kawasan-kawasan lain yang sepatutnya sudah dirasai rakyat, akan tetapi telah dinafikan hak.

15. Dakwaan pemimpin parti Warisan Sabah bahawa siasatan terhadap Datuk Shafie Apdal bermotifkan politik, membawa makna, bahawa mereka juga turut bergembira, jika kemudahan asas keperluan rakyat luar bandar tidak dilaksanakan, kerana ianya boleh menjadi isu yang mereka PUTAR BELITKAN.

Friday, October 20, 2017

Dana RM7.5Bilion KKLW: Akhirnya Shafie Kecundang

Datuk Shafie melawat Loji Air Kota Belud
Datuk Shafie Apdal mendakwa bahawa sisatan terhadap beliau berkaitan dana RM7.5bilion KKLW untuk luar bandar Sabah semasa beliau menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermotifkan politik.

Hujah Presiden parti Warisan Sabah itu, mengapa siastan dilakukan selepas beliau bukan ahli Umno dan selepas menjadi pembangkang.

Berikutan dakwaan Shafie itu, salah seorang pemimpin pembangkang yang juga mantan pemimpin Umno Sabah- Datuk Lajim Ukin mempersoalkan kenyataan mantan Naib Presiden Umno tersebut. Menurut Lajim, mengapa beliau tidak disiasat SPRM, sedangkan beliau mantan Timbalan Menteri Perseekutuan, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri pada Kerajaan Sabah.

Menurut Lajim, SPRM tidak akan melakukan siasatan secara suka-suka, hanya bertujuan memalitkan imej buruk kepada individu, samada mereka itu pemimpin pembangkang atau bukan, jika memang tidak terdapat bukti-bukti atau fakta yang menjurus kepada rasuah atau penyelewengan dana awam.

Pendedahan salah laku dana KKLW bermula pada Oktobr 2016, apabila SPRM bertindak terhadap Jabatan Air Sabah yang merupakan pelaksana penyediaan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) Sabah yang bernilai RM3.3bilion. Dana itu merupakan sebahagian daripada RM7.5bilion yang sedang disiasat.

SPRM sebenarnya menjadi musykil apabila begitu banyak rungutan rakyat di seluruh Sabah khususnya daripada Kudat, Kota Belud, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau, Sandakan serta kawasan pedalaman, malah kawasan Kota Kinabalu berkaitan kemudahan BALB, Bekalan Elektrik Luar Bandar (BALB), jalan raya Luar Bandar (JRLB) sedangkan dana yang besar telah habis dibelanjakan untuk tujuan penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut.

Selain itu, rungutan ramai wakil rakyat di kawasan-kawasan itu, mengapa kemudahan asas yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan.

Ekoran rungutan daripada rakyat dan wakil-wakil rakyat, maka SPRM menubuhkan pasukan pemantau, dan akhirnya merealisasikan pemantuan pembasmi rasuah itu pada Oktober 2016, dan kemudiannya dilanjutkan setahun kemudian.

Bermula pada 5 Oktober 2017, beberapa individu telah ditahan reman, termasuk ahli politik, juga saudara mara Datuk Shafie Apdal.

Pada Khamis 19 Oktober, sekitar 9.30 malam, Shafie akhirnya ditahan bagi membantu siasatan skandal dana RM7.5bilion KKLW.

Apapun hasil siasatan, jika benar sebahagian dana itu telah diselewengkan, tidak akan dapat mengembalikan dana itu kepada rakyat yang dinafikan hak mereka.

Namun, menerusi siasatan itu, setidak-tidaknya rakyat tahu, bahawa Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak menafikan mereka kemudahan asas yang ditunggu-tunggu berdekad lamanya, akan tetapi akibat perbuatan beberapa individu, hak mereka dinafikan.

Blog Archive