Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Persepsi baru: Menurut Soi Lek-Kalau Pakatan Menang- PAS pula yang berkuasa

Menurut Soi Lek, kaum cina mengetahui, apabila Pakatan berkuasa, maka PAS yang memerintah! Betul kah?

Persepsi Soi Lek itu benar, di atas kertas. Di Perak perkara yang sama berlaku (april-2008-Februari,2009) semasa Pakatan masih memerintah negeri itu.

Perak di bawah Pakatan, diketuai oleh Pas, walaupun kerusi terbanyak dimiliki DAP. Namun, jangan lupa di luaran PAS adalah MB, tetapi pemain dibelakang layar adalah DAP.

Kenyataan Soi Lek, bahawa kaum cina akan dikuasai oleh PAS, mungkin berlaku di negeri-negeri majoriti melayu, namun bukan di Pulau pinang, Perak atau Selangor atau wilayah persekutuan.

Menarik kaum cina menyokong MCA bukan begitu caranya, menakut-nakutkan. Kaum cina faham dan tahu apa yang mereka buat.

Betulkan keadaan diri dulu, betulkan parti, pupuk kerjasama erat antara semua pemimpin parti di semua peringkat, dan yakinkan kaum cina, bahawa MCA adalah parti yang boleh disandari.

MCA patut menyalahkan diri sendiri, kerana kaum cina lebih mempercayai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berbanding Soi Lek, yang memimpin parti "terbesar" kaum cina.

AYT lebih yakin,dalam konteks BN kaum cina lebih mempercahayai pemimpin Umno berbanding pemimpin mereka sendiri.

Thursday, June 09, 2011

Chua Soi Lek akui- kaum cina kini lebih yakin pada DAP

Sejak 50 tahun lalu, MCA menjadi tunjang utama yang memperjuangkan bahasa, ekonomi dan kepentingan politik masyarakat Cina di negara ini. Namun hari ini parti itu mendapati kedudukannya berada di persimpangan jalan.

Semua tanda-tanda menunjukkan masyarakat Cina tidak lagi mengalas harapan terhadap parti itu. Sebaliknya, selepas pilihan raya negeri Sarawak, sokongan mereka kini ke arah Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan portal berita pro Pembangkang- Malaysiakini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau percaya masyarakat Cina telah lama mengamalkan sikap pragmatik apabila mengundi, khususnya dengan melantik campuran kedua-dua pihak sebagai perwakilan di Dewan Rakyat.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, keseimbangan itu telah menjadi huru-hara dan terumbang-ambing.

"Orang Cina adalah masyarakat yang strategik. Mereka mahu seseorang dalam kerajaan bagi meluahkan rasa kecewa mereka, (tetapi) pada masa yang sama, mereka juga inginkan pembangkang yang kuat bagi (mengimbangi) kerajaan.

"Tetapi ada kalanya, apabila mereka cuba melakukan perimbangan ini, ia menjadi huru-hara,” kata Chua yang telah berpengalaman selama 35 tahun dalam politik.

Jelasnya, jauh tersirat, masyarakat Cina masih mahu mereka diwakili dalam kerajaan BN tetapi kerana gagal menyelaraskan sesama diri sendiri, ia berakhir dengan lebih ramai perwakilan di pihak pembangkang.

"Jadi dalam hati, mereka kata 'Oh, saya mahu supaya pembangkang lebih kuat'. Tetapi akhirnya semua mereka mengundi pembangkang (sehingga menyebabkan) tiada wakil di pihak kerajaan,” kata Chua.

Ketika pilihan raya umum 2008, MCA hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya atas tiket BN manakala bagi kerusi dewan undangan negeri pula, mereka hanya berjaya mendapatkan 32 daripada 90 kerusi. Sebahagian besar kerusi-kersi itu dimenang oleh seteru politiknya, DAP.

Blog Archive