Showing posts with label Cerita Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Altantuya. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Mahfuz Omar-Lebih Tahu Tatacara Imigresen Australia-Berbanding Negera itu

Mahfuz Omar, pemimpin Pas berkata bahawa pada Isnin ada telesidang bersama Sirul Azhar Umar, sedangkan pihak imigresen Australia berkata, tidak mudah mendapat kebenaran/kelulusan bagi seorang yang di tahan di bawah bidang kuasanya. Kalaupun ada sidang seperti itu, ianya berlaku dalam kawalan ketat.

Sirul yang didapati bersalah membunuh Atantuya, dijatuhi hukuman gantung sampai mati bersama seorang lagi anggota UTK.

Sirul yang dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2014, pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu, dan tidak pulang-pulang lagi.

Kepergian Sirul ke negara itu, kemungkinan besar satu konspirasi daripada pihak tertentu, bagi mengangkat kembali kes tersebut, apa tah lagi kes tersebut dikaitkan dengan Perdana Menteri oleh pihak-pihak tertentu.

Kita akan menunggu apa kaitan kes Sirul dengan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan 5 tahun kerana didapati salah meliwat.

Pihak pembangkang ini, mempergunakan berbagai cara untuk mempengaruhi rakyat, agar supaya percaya, bahawa Anwar dipenjarakan kerana satu konspirasi politik.

Apa kah kes Sirul, bakal menjadi "trading" untuk membebaskan Anwar?? jika itu berlaku, satu persepsi yang paling buruk akan berlaku kepada kepimpinan negara. Jangan sampai ianya berlaku.

Monday, April 12, 2010

Isu Altanyua: Deepak Dan Nizam Sudah Disoalsiasat. Mana Bala??

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri hanya berkata: “Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.

Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Blog Archive