Showing posts with label Cabaran BN. Show all posts
Showing posts with label Cabaran BN. Show all posts

Friday, May 19, 2017

PRU-14: Peluang BN Menang Cerah

Perpecahan dalam kalangan parti pembangkang adalah satu daripada tiga faktor utama yang memungkinkan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perkembangan politik semasa menunjukkan kelebihan berpihak kepada BN untuk memenangi PRU-14 berbanding pembangkang. 

Perpecahan dalaman pakatan pembangkang, khususnya tidak terlibatnya PAS dalam Pakatan Harapan (PH) menyumbang antara penyumbang utama kepada indikator itu. 

Pengalaman PRU-PRU lalu untuk melawan dan menang ke atas BN memerlukan barisan parti pembangkang yang betul-betul kuat, namun ketika ini rakyat melihat pembangkang sedia ada tidak mampu untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil. 

Keadaan ini memberi peluang baik untuk BN mempertahankan kepemimpinan kerajaan pusat, namun kemampuan untuk menang besar, khususnya dengan majoriti dua per tiga masih menjadi persoalan memandangkan sokongan pengundi bandar masih menjurus ke arah pembangkang,

Faktor lain yang memungkinkan kejayaan BN adalah keadaan ekonomi negara yang semakin mengukuh dan dijangka berterusan hingga hujung tahun ini, susulan peningkatan pelaburan asing. 

Faktor ketiga adalah melihat kepada Sabah dan Sarawak yang masih dilihat sebagai 'fixed deposit' (simpanan tetap) BN kerana pembangkang sukar menembusi dua negeri tersebut.

Parti Barisan Nasional terus merangka untuk mendapatkan undi bukan Melayu, khususnya bangsa Cina yang jelas lebih terarah kepada pembangkang, selain pengundi di bandar serta pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun yang akan membuat keputusan saat akhir.
 

Tuesday, December 29, 2015

Harapan BN Untuk Tahun 2016

Tahun 2016, selain merupakan tahun persiapan BN bagi berdepan PRU-14, juga akan menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-12, yang perlu diadakan paling lambat pada Jun. PRN ke-11 negeri itu adalah pada Tahun 2011, yang menyaksikan untuk pertama kali, parti-parti pembangkang DAP dan PKR mendapat banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Melihat kepada trend pengundian melalui PRN itu, pada masa itu, parti-parti yang berpakat melalui Pakatan Rakyat, mengunjurkan akan mendapat kerusi yang mencukupi di peringkat parlimen bagi menumbangkan kerajaan barisan nasional. Sarawak mempunyi 31 kawasan parlimen daripada 222 keseluruhan kerusi parlimen negara. Pada PRU-13, terbukti unjuran parti-parti pembangkang itu hampir mendekati kebenaran, apabila mampu menang 7 daripada 15 daripada unjuran asal. Perolehan kerusi di Sarawak oleh parti-parti pembangkang sebanyak itu, merupakan julung kalinya berlaku.

Bagi Bn, kerusi parlimen merupakan kunci untuk mempertahankan Putrajaya. Mengimbas kedudukan kerusi Bn pada PRU-13, di Sarawak adalah 24, di Sabah 22, WP Labuan 1 dan di Semenanjung 86, berbanding Pakatan Sarawak 7, Sabah 3, dan Semenanjung 79. Di Semenanjung hanya 7 kerusi membedakan antara Bn dan PR (kini pakatan harapan). Melihat kepada trend itu, maka kunci bagi sesebuah parti menduduki Putrajaya adalah Sabah dan Sarawak. Parti yang menguasai dua negeri itu, maka akan membentuk kerajaan persekutuan.

Kedua-dua belah pihak benar-benar tahu duduk perkara, atas sebab itu, masing-masing pihak mahu memperkukuh atau mahu mendapat sokongan daripada dua negeri itu. Bagi Bn, menghandalkan kepada sokongan padu parti-parti yang bergabung dalam Bn, yang dikemudikan oleh Ketua Menteri masing-masing negeri. Bagi Sabah, memang sokongan kepada Bn kukuh, kerana parti yang memerintah ditunjangi oleh parti terbesar, manakala bagi Sarawak sangat tergantung kepada parti yang diwakili Ketua Menteri, iaitu parti PBB. Untuk rekod, parti PBB, tidak pernah kalah sebarang kerusi setiap pilihanraya, baik kerusi Dun mahupun parlimen.

Melihat kepada senario politik semasa, nampaknya, parti seperti PBB tidak akan berdepan mempertahankan kerusi yang dimenanginya, namun parti-parti lain termasuk di Sabah, agak sukar parti-parti mempertahankan sokongan yang diperolehi Tahun 2013. Di Sabah, hanya kawasan parti Umno akan mengekalkan kedudukan. Manakala di Semenanjung, semua parti yang bergabung dalam Bn, akan mengalami penurunan undi, malah kemungkinan besar kehilangan kerusi. Parti-parti yang diperkirakan mengalami pukulan adalah MCA dan Gerakan serta MIC, manakala Umno akan kehilangan 2-3 kerusi marjinal.

To the worst katakan, di Sarawak, Bn hanya menang 20, sementara di Sabah 21 termasuk WP Labuan, maka di Semenanjung Bn perlu menang 71, untuk mendapatkan majoriti mudah. Di atas kertas, jumlah 71 boleh diperolehi Bn di Semenanjung. Melihat perkiraan ini, apapun cara parti-parti pembangkang, termasuk menguar-uarkan berbagai isu yang mengelilingi Perdana Menteri, serta isu-isu lain seperti GST serta kenaikan tambang tol dan sebagainya, nampak gayanya selepas PRU-14, UBN masih mengekalkan Putrajaya, walaupun dengan jumlah kerusi yang sangat berkurang. Jikalah, keadaan demikian berlaku, maka pemerintahan sangat rentan, dan bila-bila masa akan jatuh, kerana boleh-boleh sahaja ada MP yang bertukar kapal, seperti mana berlaku di Perak Tahun 2009 dan Sabah Tahun 1994.

Melihat senario yang bakal berlaku, maka bagi Bn, untuk mengelak keadaan itu berlaku, maka tahun 2016 sehingga tahun 2018, perlu benar-benar dimanafaatkan bagi mengubah persepsi rakyat. Para pemimpin Bn, perlu mencari formula yang tepat, selain menghindar kenyataan-kenyataan "bodoh" sepertimana yang dilontarkan oleh "Dato Ahmad Maslan" berkaitan dengan cadangan agar rakyat mempunyai dua kerja bagi menambah pendapatan.

Sebenarnya, kerajaan tahu benar, mengapa rakyat resah. Seharusnya kerajaan mencari kaedah untuk mengurangkan keresahan itu, Ibarat seorang sakit berjumpa doktor, doktor perlu memberi obat yang menyihatkan pesakit, bukan memberi cadangan agar itu ini, kerana sipesakit mahukan obat penawar, agar sakitnya cepat hilang atau sembuh.

Memang diakui, faktor yang berimpak kepada perekonomian negara adalah faktor luaran, seperti penurunan harga minyak, penurunan harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah, namun perekonomian negara bukan seluruhnya bergantung produk-produk itu. Syogianya kerajaan mengerakan perekonomian dalaman khususnya berkaitan dengan makanan, kerana saban tahun, bil makanan negara senantiasa defisit berbanding antara eksport dan import. jika bil import makanan boleh berputar-putar dalam negara, maka bukan sahaja mengurangkan fiskal negara, malah boleh menjana pendapatan kepada rakyat, tindakan itu, sebenarnya lebih berkesan berbanding saranan, bekerja lebih satu kerja untuk menambah pendapatan.

Bagi Tahun 2016, kerajaan perlu mencari/mengwujudkan berbagai kaedah untuk menlenyapkan keresahan rakyat, kalau tidakpun sekurang-kurangnya berkurang. Sebenarnya, menangulangi faktor-faktor yang merupakan keresahan rakyat, adalah harapan Bn tahun 2016, sebagai mementum mempertahankan Putrajaya.

Thursday, February 12, 2015

Kalau Najib Letak Jawatan- Boleh Kah Bn Kembali Kuat?

KALAU Dato Seri Najib Tun Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, boleh kah Barisan Nasional (Bn) kembali kuat? Satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin Umno dan Bn serta penyokong UBN di semua peringkat.

Tun Abdullah Badawi meletakan jawatan pada 2 April 2009, kerana diminta bertanggungjawab kepada kegagalan UBN mempertahankan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas itu, Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun yang sama, dan kemudian mengetuai UBN pada PRU-13.

Semua orang tahu, walaupun UBN membentuk kerajaan pusat, namun jumlah kerusi tahun 2008 berkurang 7, daripada 140 ke 133. Dan untuk pertama kali, undi popular UBN dirampas pembangkang. UBN hanya mendapat 47 peratus undi popular, manakala PR 52 peratus. Kalau sistem demokrasi Indonesia, UBN sudah kehilangan kerajaan. Oleh kerana sistem demokrasi negara berasaskan jumlah kerusi, maka parti-parti mana yang mempunyai banyak kerusi itulah pememang, bukannya berasas kepada undi popular.

Sejak hujung tahun lepas, Najib mendapat kritikan daripada mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, daripada mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, malah daripada mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddun Maidin. Juga, secara konsisten kritikan kepada Najib datangnya daripada wartawan veteran A Kadir Jasin, dan Yahya Ismail. Itu semua daripada lingkaran pemimpin melayu, tidak termasuk daripada pembangkang, yang mempergunakan kritikan para individu yang disebutkan, menambah rempah ratus, membakar, mengipas dan semua serapah agar kedengaran, bahawa Najib ada seorang pemimpin yang tidak diperlukan.

Terbaru, malah Tun Dr Mahathir berkata, jika beliau masih Perdana Menteri, tindakan pertama beliau menjawab semua kritikan, adalah meletakkan jawatan.

Najib diselebungi berbagai masalah peribadi mahupun pentadbiran. Masalah peribadi dikaitkan dengan tingkah isteri beliau Datin Rosmah Mansor, yang menampakan tindakan isteri Perdana Menteri sebagai control master kepada suaminya. Masalah pentadbiran pula dikaitkan dengan isu 1MDB, yang kini sudah menjadi isu kontraversi, hampir 200 kali ganda teruk berbanding NFC.

Memang Najib dalam pendekatan, sangat murah hati mempergunakan kewangan negara, sebagai contoh kerana bencana banjir baru-baru, beliau telah mengumumkan RM500 juta untuk membantu mangsa banjir secara langsung, RM800 juta untuk pembaikan infrastruktutur dan bantuan-bantuan lain.Demikian juga 4 tahun lalu, beliau memperkenalkan Bantuan kewangan 1Malaysia (BRIM), dan yang terbaru menurunkan tarif litrik, ekoran penurun harga minyak.

Secara jangka pendek, memang kelihatan pendekatan Perdana Menteri mahu membantu rakyat, Akan tetapi selama mana bantuan itu? atau sekerap mana?

Rakyat perlukan satu polisi yang mapan untuk berdepan dengan fenomena perekonomian dunia, sepertimana pendekatan Tun Abdullah yang memperkenalkan berbagai koridor, program pembasmian kemiskinan melalui projek Agropolitan, manakala Najib hanya memperkenalkan NKRA dan KPI yang lebih mengarahkan kepada pelaksana, bukannya kepada sasaran utama, iaitu rakyat jelata.

Program NKRA hanya melibatkan para pelaksana, demikian juga KPI tertunpu kepada pelaksana. Apa yang rakyat mahu, adalah satu kebijakan yang membuatkan rakyat mudah mendapatkan pendapatan, demi berdepan dengan sara hidup yang semakin meningkat.

Jika peluang pekerajaan semakin banyak, rakyat tidak akan mengeluh berkaitan dengan harga barangan yang tidak turun-turun, walaupun harga minyak telah turun.

Persoalannya sekarang, desakan demi desakan agar Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan, jika ianya berlaku, boleh kah dalam tempoh masa 3 tahun, penggantinya boleh mengubah keadaan? atau kah keadaan akan semakin buruk? kerana damage has been done.

Melihat keadaan semasa, siapapun Perdana Menteri, akan berdepan dengan keadaan yang bercelaru, tiada seorangpun boleh menyelamatkan keadaan. Fikir-fikirkan lah

Tuesday, December 02, 2014

Beri Peluang Kepada Muhiyiddin Mengetuai BN pada PRU-14

BARISAN NASIONAL, perlu seseorang yang bersifat kebapaan untuk mengayumi rakyat, selain bebas tomahan; juga mengerti rakyat.

Muhiyiddin ada ciri-ciri itu. 

Ucapan beliau semasa Pau Umno yang baru sahaja berlabuh, menunjukkan bahawa beliau mengerti kehendak akar umbi.

Sunday, December 08, 2013

Keperitan Hidup Rakyat -Akan Menghantui Bn Menjelang PRU-14

Bagaikan domino, satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu- SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pulang dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali.

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman.

Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

Dalam sistem pilihanraya negara, suara majoritilah yang menentukan kemenangan. Dan ternyata, suara majoriti inilah yang terkena impak besar terhadap kebijakan kerajaan yang sedang dilakukan.

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabar, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak merdeka lagi.

Pada zaman pre-merdeka, slogan itu, memang sesuai, kerana kita mahu menuntut kemerdekaan; namun kita sudah merdeka 56 tahun, tak kan slogan yang sama perlu diulang lagi.

Para pemimpin, kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluasan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat, menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan.

Sebenarnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan, bukannya sibuk dengan kewujudan ketimpangan anutan sosial seperti LBGT. Aliran ini, sebenarnya sukar dibendung, kerana dari segi fakta agamapun, keadaan ini telah wujud berkurun lamanya.

Aliran LBGT, sebenarnya adalah penyimpangan sosial untuk membezakan antara manusia yang diredahi Allah dan yang bukan. Sebabnya, jika perkahwinan antara lelaki dan lelaki atau wanita dan wanita berlaku, maka mereka tidak akan mempunyai zuriat sebagai penerus kehidupan songsang mereka. Ertinya, dunia ini, akan terlepas gejala ini, kalau semua pelaku songsang ini, pupus di dunia. Pada masa itu, hanya mereka yang diredahi Allah sahaja yang menghuni muka bumi ini. Seseungguhnya Allah maha mengetahui, maha tahu dan maha perancang, kepada semua gejala yang menyimpang dalam kehidupan semulajadi manusia. 
 
Kerajaan, seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. mudah difahami, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.
 
AYT, berkata demikian, kerana menurut pengalaman, kalaulah kabel seseorang itu, tidak kuat, maka kata orang :habukpu tarak"
 
Jika Bn, mahu mengekalkan tapuk kuasa "beyond" PRU-14, maka mulai sekarang, perlu mengambil kira keperluan rakyat majoriti terutama yang berada di pedesaan.


Blog Archive