Showing posts with label Anwar penderhaka. Show all posts
Showing posts with label Anwar penderhaka. Show all posts

Friday, May 04, 2012

Akhirnya Anwar mengaku-sanggup diperkuda DAP asalkan dapat rampas Putrajaya

Anwar kata, dia tidak kisah, kalau DAP memperkudakannya, demi merampas Putrajaya. Itulah pengakuan Anwar semasa ceramah dalam sebuah Majlis Pakatan di Perak pada Rabu.

Memangpun, sejak Anwar dipecat daripada Umno tahun 1998, dia kehilangan haluan perjuangan lagi. Dia menjadi petualang. Baginya apa sahaja halal, asalkan dapat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kalau lah mengubah agama, bangsapun, Anwar sanggup, asalkan cita-citanya tercapai.

Sebelum masuk Umno, Anwar lebih dikenali sebagai Pejuang Islam, melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), namun itu hanya kedok ketua Pembangkang itu, agar mampu menyusup dalam Umno.

Apabila berjaya masuk Umno, Umno menjadi rosak. Anwarlah biang kerok politik wang. Pada tahun 1993, semasa merebut jawatan Timbalan Presiden Umno, Anwar membeli  hampir semua ketua-ketua Bahagian Umno, sehinggakan penyandang jawatan itu, Encik Ghafar Baba, hanya mampu mendapat 5 pencalonan.

Apabila melihat bahawa kaum melayu yang sudah tentunya beragama islam, tidak mampu dipenagruhi Anwar; terbukti sejak pilihanraya 1999, 2004 dan 2008, maka Anwar mengubah haluan. Anwar menukar haluan perjuangannya yang sebelumnya condong kepada islam, kepada hak asasi manusia. Atas sebab itu, Anwar kini adalah pejuang kesamaan seks, kesamaan agama.

Hanya kebetulan Anwar dilahirkan islam, namun jika melihat kepada tindak tanduknya kini, sebenarnya akidahnya sudah jauh terpesong daripada ajaran islam. Perjuangan perkahwinan sejenis yang direstui Anwar, adalah salah satu perbuatan yang dilaknat Allah dan haram disisi agama islam.

Mengingat kepada perubahan perjuangan Anwar ini, yang kesihan adalah parti Pas. Pemimpin Pas terpalit dengan perjuangan Anwar. Namun, sayang sekali, pemimpin seperti Hadi dan Nik Aziz, walaupun sadar dengan keadaan ini, atas dasar nafsu kuasa, maka walaupun akidah dipertaruhkan, tidak mengapa.

Kepada kaum melayu/bumiputera yang sempat terpengaruh dengan dakyah Anwar, belum terlambat berpatah baliklah... Yakin dan percayalah, Anwar hanya mempergunakan saudara-saudara untuk memenuhi keinginan nafsunya.

Tuesday, December 07, 2010

Orang melayu pertikai hak melayu dan islam derhaka kepada bangsanya sendiri: Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.

"Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan tetapi turut mewarisi tanggung jawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung.

Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda semasa merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di Kuala Kangsar hari ini.

Titahnya, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah.

Sebaliknya, titah baginda, jika ini dibiarkan, tidak ada maknanya lagi apabila bangsa di kemudian hari menghadapi sesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.

"Barang dijauhkan Ilahi daripada berlaku...oleh itu wajib dijadikan pengajaran daripada peristiwa kejatuhan empayar dan sejarah keruntuhan pemerintahan Islam. Begitu juga kisah-kisah ketewasan tentera Islam dalam pelbagai peperangan...belajarlah daripada nasib malang yang telah menimpa umat terdahulu akibat daripada perpecahan," titahnya.

Baginda menegaskan keistimewaan yang dinikmati umat Islam ini bukannya pipih datang melayang atau bulat datang menggolek kerana status agama Islam di negara ini mempunyai sejarah lama dan ketahanan umat Islam untuk tidak mudah dipesongkan daripada aqidah Islam adalah kerana telah dibina mekanisme-mekanisme secara perundangan untuk melindungi umat Islam daripada dipengaruhi oleh sebarang usaha dakyah.

"Sedarilah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara, "titah Sultan Azlan.

Baginda bertitah keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan

Umat Islam dari seluruh pelusok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.

Titah baginda, pencapaian tersebut melambangkan manifestasi satu perjuangan asas yang kudus lagi suci yang meletakkan Islam pada martabat yang tinggi dan melindungi umat Islam dari sebarang usaha pemesongan.

Demikian tahap kejayaan perjuangan yang dapat dicapai melalui perpaduan ummah iatu perpaduan yang tidak dipisahkan oleh sempadan negeri, ideologi, profesion, disiplin pengajian atau status sosial mahupun status ekonomi, titahnya.

"Keistimewaan akan hanya dapat dikekalkan jika keistimewaan itu terus dipelihara dengan prinsip dan asas perjuangan yang bersandarkan kepada sejarah bumi yang dipijak dan salahsilah langit yang sedang dijunjung," tegas baginda.

Baginda turut berpesan agar sambutan Maal Hijrah dipenuhi dengan peringatan agar ummah dapat bermuhasabah untuk tidak mengulangi kesilapan, dapat bertawaduk untuk merendahkan ego diri serta sama-sama memohon Nur Illahi mencari jalan yang diredai.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak 1432 kepada Megat Riduan Megat Taib, 76.

Megat Riduan adalah kekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak dan pernah menjadi tenaga utama dalam menubuhkan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi dengan Sekolah Agama Rakyat di negeri ini.

Blog Archive