Showing posts with label Anwar digantung di dewan rakyat. Show all posts
Showing posts with label Anwar digantung di dewan rakyat. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Anwar digantung kerana menipu dewan: Nazri

Pengantungan Anwar daripada dewan rakyat selama 6 bulan kerana Anwar menipu dewan rakyat mengenai konsep 1Malsyaia.

Anwar mendakwa bahawa konsep itu adalah ciplakkan Najib daripada One Israel-1999 slogan yang digunakan Ehud Barak semasa kempen pilihanraya.

Bagaimanapun menurut kandungan surat yang dihantar oleh Firma perhubungan Awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

Surat APCO itu merupakan asas kepada penggantungan Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Berasaskan kepada kandungan surat APCO itu, jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu.

Nazri selanjutnya berkata bahawa beliau menerima AKAUN BERSUMPAH daripada Robert M.Sharum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Sharum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan pengelibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Dalam Dewan Rakyat Mac lalu, Anwar ada menyebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapannya, tetapi melalui surat APCO itu, jelas orang yang bertanggungjawab itu (Robert M.Sharum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel.

Nazri juga mengulangi bahawa Anwar telah diberikan peluang membela dirinya sejak Mac 2010 dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel", namun Anwar telah beberapa kali tidak mengambil peluang itu, sebaliknya menggunakan kesempatan itu terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".

Sebenarnya konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan adalah ciptaan Datuk Seri Najib sendiri dimana slogan ini diutarakannya sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 lalu. Selanjutnya Najib menyatakan bahawa konsepnya itu hanya terdapat di Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

Selama 6 bulan dewan rakyat tiada ketua pembangkang

Anwar akan digantung sebagai ahli dewan rakyat selama 6 bulan. Selama itu juga dewan rakyat tidak mempunyai ketua pembangkang.

Penggantungan Anwar disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Bebas parlimen yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Syor penggantungan Anwar itu akan dibicang di dewan rakyat khamis ini.

Namun syor penggantungan 6 bulan itu ada beberapa anggota Jawatankuasa Hak dan Bebas Parlimen dari Barisan Nasional merasakan hukuman gantung enam bulan yang disyorkan panel itu tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu APCO-Israel-gagal 1 Malaysia.

Dua anggota berkenaan iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Dr Fong Chan Onn menyokong syor hukuman enam bulan tetapi berkata kenyataan Anwar mengaitkan gagasan 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel telah menjejaskan imej negara.

Menurut minit mesyuarat jawatankuasa itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini, Razali dipetik berkata beliau pastinya menyokong hukuman lebih berat jika keputusan dibuat lebih awal.

“Jika ini (keputusan) dibuat awal, saya mungkin merasakan (hukuman gantung) enam bulan tidak mencukupi kerana apabila ia (dakwaan) dibuat, dakwaan itu adalah serius dan telah memberi kesan ke atas pandangan masyarakat mengenai konsep 1 Malaysia,” kata Razali kepada jawatankuasa itu pada mesyuaratnya 3 Disember lalu

Blog Archive