Showing posts with label Anwar Biseksual. Show all posts
Showing posts with label Anwar Biseksual. Show all posts

Saturday, June 09, 2012

Siapa kata Anwar Gay?

Anwar ada isteri dan ada anak, maka itu mengesahkan yg dia ada keinginan seks kepada wanita. Dan itu juga adalah bukti bahawa dia bukan gay kerana (lelaki) gay hanya ada keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki juga.

Di dalam kes liwat Azizan juga membuktikan Anwar bukan seorang gay, tetapi ialah seorang bi-seksual - iaitu keinginan seks kepada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.

Kenapa dikatakan sedemikian? Ini kerana lima hakim yg membicarakan beliau kesemuanya PERCAYA BAHAWA KEJADIAN MELIWAT DI TIVOLI VILLA MEMANG BERLAKU!

Hakim Mahkamah Tinggi mensabitkan dia BERSALAH meliwat. Hakim Mahkamah Rayuan juga bersetuju dgn keputusan Mahkamah Tinggi. Manakala Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan (proses perbicaraan akhir) juga PERCAYA yg Anwar meliwat Azizan w/pun dua org hakim berkenaan melepaskannya krn isu teknikal (tarikh tidak tepat).

Dan kpd mereka yg mungkin tidak yakin, berikut adalah petikan written judgment dua orang hakim yg melepaskan Anwar itu:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find
evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities
and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa
did happen,...."  Sila rujuk di link ini m/s 788, perenggan ke-3.

Friday, April 06, 2012

Biseksual: Pendedahan Nalla membuatkan Anwar PANIK

ANWAR menjadi panik apabila Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakarupan mendedahkan bahawa Anwar adalah BISEKSUAL.

Menurut Nalla, Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang atau Perdana Menteri atas sebab-sebab sifat dua alamnya itu.

Akibat pendedahan Nalla itu, Anwar jadi panik, sehingga kebolehan PUTARALAMNYA tiba-tiba tumpul dan tidak mampu berfungsi lagi.

Anwar seolah-olah MATI AKAL apabila sifat dua alamnya didedahkan oleh orang yang mengetahui sifat2 itu.

Selain itu Anwar juga kehilangan PUNCA apabila rakannya daripada DAP dan PAS tidak menyokongnya berhadapan dengan pendedahan bekas teman bermain tenis Anwar itu.

DAP dan PAS kelihatan percaya bahawa sifat DUA ALAM Anwar itu memang benar.

Melihat keadaan tersebut, Anwar bertindak menyaman Nalla RM100 juta, malangnya, tindakan itu hanya tindakan sehala, atas sebab saman itu belum dihantarpun kepada yang disaman.

Tindakan saman adalah sandiwara Anwar untuk mengabui mata rakyat, bahawa beliau sanggup bertindak untuk menafikan pendedahan tersebut.

Saturday, March 24, 2012

Biseksual: Bekas teman Anwar tetap dengan pendedahannya

Senator Datuk S Nallakaruppan tidak akan mengendahkan notis guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya memohon maaf kerana menuduh ketua pembangkang seorang biseksual.

Sebaliknya, Nallakaruppan - yang juga bekas rakan baik Anwar - berkata, beliau akan menunggu Anwar untuk menyamannya di mahkamah.

"Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar.

"Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh.

"Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir sama pada sidang media itu bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha peribadi Anwar, Anuar Shaari dan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali yang kini bersama-sama berikrar untuk menjatuhkan ketua umum PKR itu.

Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah

Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.

"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.

"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.

Blog Archive