Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

Mudahnya Ambiga Keluar Masuk Istana!!

Ambiga mengaku selepas perhimpunan BERSIH 9 Julai, sekali lagi dia dan Pengajur lain akan ke Istana untuk menyerahkan memorandum TUNTUTAN BERSIH yang terbagi kepada 8 perkara.

Pada Seleasa, Ambiga telah diterima menghadap oleh SPB Agong di Istana. Namun peluang itu tidak digunakan untuk menyerahkan Memorandum yang berisi tuntutan mereka.

Jelas, Ambiga digunakan oleh Pembangkang untuk merealisasikan satu tujuan tersirat yang amat besar.

Monday, July 04, 2011

Ambiga beri Pra syarat pada SPB Agong satu penghinaan

Ambiga berkata HIMPUNAN BERSIH yang dijadual akan diadakan pada 9 Julai akan dibatal jika SPB Agong memperkenaan Ambiga untuk menghadap.

Pra syarat itu adalah satu penghinaan kepada SPB Agong.

Rakyat negara ini terutama kaum melayu, perlu melihat kenyataan Ambiga itu telah mempersenda raja Melayu.

Polis siasat Akaun Bank Ambiga

Polis akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan pada 9 Julai, Datuk S Ambiga untuk menerima dana dari beberapa NGO asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.

"Kita akan menyiasat sesiapa juga yang ada elemen-elemen yang saya katakan boleh menunjukkan ada perkara-perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau pun dirancang berlaku yang boleh menjuruskan kepada ketidaktenteraman awam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas Majlis pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM -ATM.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demonstrasi haram itu yang dirancang pada 9 Julai ini.

Menurut laporan itu lagi bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing kerana sebahagian saham bank itu dimiliki seorang pemimpin pembangkang.

Blog Archive