Showing posts with label 30 Murid tadika dikurung penjanyah. Show all posts
Showing posts with label 30 Murid tadika dikurung penjanyah. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

Hebatnya UTK-hanya satu tembakan Lelaki mengurung 30 kanak2 tewas

MUAR, 7 Julai – Seorang lelaki yang dipercayai menahan 30 kanak-kanak dan empat guru wanita sebagai tebusan cedera selepas ditembak polis dalam kejadian di pusat asuhan di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata semua kanak-kanak yang berusia antara tiga dan lima tahun serta guru terbabit selamat dalam kejadian pukul 3.45 petang itu.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah di sini untuk pemeriksaan lanjut, katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Dipetik laporan Bernama Online, Jalaluddin berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke hospital tersebut untuk rawatan.

Terdahulu, sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha membebaskan tebusan menemui jalan buntu.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi kejadian turut mendengar bunyi tembakan dilepaskan.

Drama tebusan itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis apabila seorang lelaki bersenjatakan tukul dan parang menceroboh pusat asuhan tersebut.

Tebusan Murid Tadika: Lelaki kurang siuman itu cedera Parah di Kepala terkena Tembakan Polis

Banglo yang menempatkan tadika di mana seorang lelaki bersenjatakan tukul besi menahan 30 kanak-kanak sebagai tebusan di Sungai Abong, Muar

MUAR: Akhirnya pihak polis berjaya membebaskan 30 murid tadika berserta 3 guru, apabila pihak polis berjaya melepaskan tembakan ke arah lelaki bersenjata itu sebentar tadi.

Muar: Seorang lelaki cina bersenjata parang-jadikan 30 murid tadika tebusan

MUAR, 7 Julai — Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini.

Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Pada saat-ssat ini pihak UTK mengepong tadika berkenaan sambil meneruskan rundingan, agar penjenayah tersebut menyerah diri.

Motif sebenar penjenayah tersebut masih belum diketahui.

Blog Archive