JIKA benar, Sabah dapat manafaat dari Penubuhan Malaysia? Mengapa ada sesetengah rakyat mempertikai, sehingga timbulnya kenyataan SABAH FOR SABAHAN, malah ada sebahagian rakyat Sabah gemar untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia!!!
Kalau membandingkan keadaan tahun 1963 dengan keadaan sekarang, sudah tentu kenyataan SABAH DAPAT MANAFAAT DARI PENUBUHAN MALAYSIA tidak dapat disangkal. Namun kena juga membandingkan, kadar manafaat itu, antara manafaat yang diperolehi Semenanjung Malaysia dan kadar manafaat yang diperoleh Sabah. Apabila kadar manafaat itu dikuantitatifkan, maka faktor itulah yang menyebabkan ada rakyat Sabah tidak puas hati keberadaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Faktor fahaman politiklah yang menyebabkan kadar manafaat yang diperolehi Sabah melalui Persekutuan Malaysia menjadi kurang. Zaman kegelapan Sabah bermula tahun 1985 dan berlarutan sehingga tahun 1994. Selama 9 tahun, Sabah dinafikan sebarang sokongan daripada Persekutuan Malaysia. Pada period itu, Sabah hanya bergantung kepada pendapatannya sendiri untuk membangun, membangun wilayah yang luas, dengan peruntukan kewangan yang terhad. Akibat kekurangan kewangan untuk membangun, Sabah tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia, dengan kadar kemiskinan melebihi 30 peratus.
Pemerintahan Persekutuan Malaysia yang didominasi Parti Umno, yang diterajui Dato Seri Dr Mahathir, selama 9 tahun, menghukum rakyat Sabah, akibat kekalahan Parti Berjaya pada tahun 1985 kepada Parti Bersatu Sabah. Walaupun PBS diterima sebagai kompnen BN kebangsaan, namun diperigkat negeri, berseteru dengan Parti Usno, parti rakyat bumiputera beragama islam.
Kerjaan Persekutuan telah memisahkan diri dengan pembangunan negeri, dengan menubuhkan Jabatan Persekutuan Sabah, dimana Jabatan itu diterajui oleh para pegawai daripada Semenanjung, bermula daripada pegawai atasan sehinggalah kepada peringkat kerani, malah termasuk pemandu. JPNS, kononnya mahu membantu rakyat Sabah untuk membangun, namun cara mereka, bukan berasaskan kepada pembangunan mapan, akan tetapi, hanya sekadar meluluskan projek-projek untuk mendapatkan “political fund” bagi pihak-pihak tertentu, sifat mereka hanya memberi ikan, bukannya menyediakan kail. Akibatnya, kesan JPNS itu, tidak ternampak, malah kadar kemiskinan rakyat Sabah terus meningkat.
Tempoh masa 9 tahun, bukannya singkat. Tempoh masa itu mengakumulatif semua kepincangan. Tempoh masa itu mengakumaltif kemunduruan, antara lain, pembangunan infrastruktur, kemudahan pengembangan aktiviti ekonomi dan sebagainya. Akibatnya, kerajaan Sabah terpaksa menjual berbagai agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Berjaya, hanya kerana, agensi kerajaan itu, tidak berdaya maju, kerana kekurangan daya dukung. Apabila agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan kerajaan dimiliki pihak lain, maka dengan sendirinya, syarikat/agensi itu bukan di bawah kawalan kerajaan lagi. Apabila bukan di bawah kawalan, maka pendapatan negeri daripada syarikat itu, hanya berbentuk cukai pendapatan, pun demikian, cukai yang dibayar syarikat itu, bukan kawalan kerajaan negeri, akan tetapi kerajaan Persekutuan. Ertinya, melalui penjualan syarikat milik kerajaan negeri kepada pihak lain, kerajaan negeri hanya mendapat bayaran secara “one-off”. Selain terlepas mendapatan pendapatan, peluang pekerjaan juga, tidak lagi berorentasi kepada penduduk Sabah, melainkan, telah terbuka kepada semua, kerana syarikat sudah tentu mempergunakan pendekatan kemahiran dan kepakaran, untuk tujuan daya maju syarikat.
Kita pernah dengar, bahawa hampir sejuta hektar tanah kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat daripada Semenanjung oleh Kerajaan PBS, tujuannnya, agar kerajaan negeri mendapat aliran tunai. Tanah seluas itu, ditanami dengan Kelapa Sawit oleh syarikat-syarikat bukan milik rakyat Sabah. Adalah lumrah, setiap keuntungan syarikat itu, adalah untuk syarikat mereka, manakala Sabah, tidak mendapat apa-apa bayaran balik, kerana sumbangan cukai syarikat itu dibayar kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri, bukannya terus kepada perbendaharan negeri. Bayangkan selama 9 tahun, Sabah kekurangan dana untuk pembangunan, manakala bantuan Persekutuan jika ada, hanya melalui JPNS. di mana peranan jabatan itu seperti kerajaan dalam kerajaan.
Pemimpin politik, memang bijak mengambil peluang. Selepas menyedari, bahawa Sabah tidak kewangan lagi untuk diagih-agih, malah kawasan balak juga hanya berbaki konsesi Yayasan Sabah, malah kedudukan kewangan negeri hampir negatif, maka pemimpin politik mengubah haluan. Selepas PRU tahun 1994, berlakulah perubahan Kerajaan Negeri. Apabila berlaku perubahan kerajaan negeri, maka fahaman politik yang menjadikan rakyat Sabah korban, secara perlahan-lahan dikurangkan. Benar juga, apabila pahaman politk bukan sebagai pengekang kepada kemajuan, maka rakyat Sabah mula merasakan manafaat daripada penubuhan Malaysia.
Tahun 2003, simpanan kewangan negeri tidak sampaipun RM200juta. Namun, secara perlahan-lahan pendapatan negeri terus meningkat, dengan lebihan yang konsisten, maka pada tahun 2011, simpanan kewangan negeri telah mencapai lebih RM3bilion, dan jumlah itu, sehingga kini bertahan.
Rakyat Sabah mendapat manafaat daripada Penubuhan Malaysia, apabila fahaman politik bukan dijadikan penghalang. Kini, bukan sahaja Sabah akan tetapi Sarawak juga menyambut 16 September sebagai Hari Malaysia, dan hari berkenaan telah menjadi CUTI UMUM bagi negara, sedangkan sebelum ini, hanya disambut sebagai kelepasan am , kerana dijadikan sebagai cuti bagi Sabah sahaja, kerana dijadikan sebagai HARI JADI TUAN YANG TERUTAMA NEGERI.
Akibat menghilangkan kekangan fahaman politik, maka Sabah dan Sarawak akhirnya mendapat lebuhraya Pan Borneo, selepas 53 tahun bersama Malaya membentuk negara baru- PERSEKUTUAN MALAYSIA.
Kepada rakyat Sabah, anda perlu mengambil iktibar pada keadaan tahun 1985-1994, apabila fahaman politik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak selari, maka anda akan menjadi korban. Nampak gayanya, ada pemimpin Sabah sekarang, melihat bahawa simpanan kewangan Sabah cukup mengiurkan, atas sebab itu, cenderung meracuni rakyat Sabah, agar menumbangkan parti yang sedang memerintah, seperti mana berlaku semasa pemerintahan Parti Berjaya yang pernah mengumpulkan kewangan untuk negeri, selepas wang itu habis, maka kembali berkawan semula dengan parti yang memerinth Persekutuan. Fikir-fikirkan Lah.